Percutian Menyeronokkan Bertaraf 5 Bintang di Cyberview Resort & Spa
Assalamualaikum, Alkisahnya cerita ni kisah percutian menyeronokkan bertaraf 5 bintang di Cyberview Resort and Spa, saya dan keluarga kecil saya beberapa minggu lepas. Cuti sekolah yang berbaki lagi tiga hari perlu dimanfaatkan bersama-sama. Bak kata kawan sepejabat saya, nak bagi anak berenang-renang di kolam, nak lompat-lompat atas katil (kalau katil rumah kene marah je), nak bagi telefon untuk ditekan-tekan nombornya. Jadi, ummi dan abah pun survey la hotel-hotel yang sesuai. Segala macam website seperti Agoda, trivago, Expedia, booking dan yang sewaktu dengannya dibuka. Nak buat perbandingan, nak baca customer review. Kala boleh nak bercuti ke tempat yang tak berapa jauh sebab nanti penat masa travel, ada kolam renang. Akhirnya pilihan kami adalah Cyber view Resort and Spa do Cyberjaya. Dari Melaka nak je situ hanya lebih kurang 1 jam stgh sahaja. Saya booking hotel di booking.com setelah buat perbandingan dengan Agoda. Harga bilik deluxe termasuk tax adalah RM325.50. Mun...