Percutian Keluarga di Lotus Desaru Beach Resort yang Menyeronokkan
Assalamualaikum,
Anak-anak dan air memang tak boleh dipisahkan. Anak-anak ummi pun tersangatlah suka main air. Kalau hujung minggu, selalu juga bagi anak-anak mandi lama sikit sambil bermain. Begitulah kalau nak rancang percutian, temanya mesti ada sesi berenang dan aktiviti main air. Kalau temanya membeli-belah, memang kurang sikit la kegembiraan di wajah anak-anak. Ummi pun bukanlah kaki shopping sangat, kalau shopping online ummi suka..auww.
Pada cuti sekolah yang berkembar dengan cuti hari raya aidiladha baru-baru ini, Allah beri keizinan untuk bercuti di Lotus Desaru Beach Resort. Desaru ni terletak lebih kurang 15km je dari rumah mak saya. Kebetulan, abang saya pun balik kampung, jadi kami pun merancang untuk staycation di Lotus Desaru Beach Resort. Ammar suka la sebab ada sepupu bff dia.
TEMPAH HOTEL DI BOOKING.COM
Saya menempah apartment 2 bilik melalui laman web booking.com sehari sebelum nak check in. Korang boleh juga menempah melalui apa-apa laman web yang serupa. Boleh guna trivago.com untuk membandingkan harga. Melalui booking.com, laman web ni takkan tolak duit kad kredit kita semasa kita tempah. Berbeza dengan agoda.com, memang ditolak siap2 semasa kita tempah. Saya biasa guna 2 laman web ni saje.
KENAPA KAMI CHECK IN LOTUS DESARU BEACH RESORT
Sebenarnya, ini kali ketiga saya check in di Lotus Desaru Beach Resort. Macam takde tempat lain je nak pegi kan? Hihi...kan dah kata anak2 suka sangat main air. Sebenarnya boleh je bermain di waterpark dan lazy river di situ tanpa check in. Bayarannya untuk kanak2 rm25 seorang, dewasa rm38 untuk satu hari daripada pukul 9pg hingga 7 ptg. Saya dan suami berpendapat dengan bayaran sebegitu untuk main air satu hari, tambah sikit duit boleh check in dan dapat main air lagi esoknya. Bila check in apartmen 2 bilik, percuma 4 tiket masuk waterpark, kalau tambahan lain cuma rm5. Anak umur 4 tahun ke bawah percuma masuk.
APA ISTIMEWA WATERPARK LOTUS DESARU?
Sebenarnya waterpark di sini tidaklah seperti Gambang Waterpark, takde pun gelongsor hebat2. Kawasannya pun tak berapa luas sangat.Tapi bagi saya ia mesra keluarga. Tak penat sangat nak kawal anak2 bermain. Antara yang menarik di sini ialah Lazy River, gelongsor panjang dan ada mcm check point berbentuk kolam. Lagi satu yang best ada Giant Coconut Fall. Bila air penuh dalam Coconut tu, nanti ia terbalik dan memuntahkan limpahan air ke bawah. Ramai yang dah stand by nak kene siram dengan air kelapa ni. Ummi pun cuba gak la, 2 kali je, hihi.
Lepas sarapan pagi boleh tengok burung-nurung dalam sangkar besar |
Kereta bomba klasik |
Starting point Lazy River |
Syok Anas main air pancut |
Sebab ni, saya tak sanggup naik Lazy River...nanti berlanggar2 bila tersangkut |
Tu dia Coconut Fall |
Di sekitar Lotus Desaru ni ada lagi swimming pool, spa, bagi yang nak lakukan sukan ekstrem pun ada. Tapi, memang saya tak "explore" semua kawasan2 ni. Layan anak2 kat waterpark pun dah cukup penat.
Kalau anda datang Kota Tinggi, anda boleh cuba alami keseronokan di sini. Mungkin juga anda orang johor atau kota tinggi yang tak pernah pergi ke sini, boleh bawa anak2 bermain air di sini.
Salam sayang
Juhaina ummu Ammar Anas Atikah
hehee..biasa layan anak2 je kan..suka tgk dorg happy
ReplyDeleteSwimmping pool kat Lotus luas dan senang tengok anak-anak
ReplyDelete