Posts

Showing posts from July, 2015

Percutian Menyeronokkan Bertaraf 5 Bintang di Cyberview Resort & Spa

Image
Assalamualaikum, Alkisahnya cerita ni kisah percutian menyeronokkan bertaraf 5 bintang di Cyberview Resort and Spa, saya dan keluarga kecil saya beberapa minggu lepas. Cuti sekolah yang berbaki lagi tiga hari perlu dimanfaatkan bersama-sama. Bak kata kawan sepejabat saya, nak bagi anak berenang-renang di kolam, nak lompat-lompat atas katil (kalau katil rumah kene marah je), nak bagi telefon untuk ditekan-tekan nombornya. Jadi, ummi dan abah pun survey la hotel-hotel yang sesuai. Segala macam website seperti Agoda, trivago, Expedia, booking dan yang sewaktu dengannya dibuka. Nak buat perbandingan, nak baca customer review. Kala boleh nak bercuti ke tempat yang tak berapa jauh sebab nanti penat masa travel, ada kolam renang. Akhirnya pilihan kami adalah Cyber view Resort and Spa do Cyberjaya. Dari Melaka nak je situ hanya lebih kurang 1 jam stgh sahaja. Saya booking hotel di booking.com setelah buat perbandingan dengan Agoda. Harga bilik deluxe termasuk tax adalah RM325.50. Mun

Tips Mencuci Pinggan Mangkuk Agar Kerja Dapur anda Lebih Mudah

Image
Assalamualaikum, Salam akhir Ramadhan, semoga semua sedanga memecut untuk mengimarahkan bulan penuh rahmat ini. Mencuci pinggan mangkuk adalah tugas terutama wanita yang sudah menjadi darah daging. Maksudnya kalau sambil pejam mata pun mesti boleh siap basuh pinggan. Kalau tengah malam sedang syok tidur, tetiba terjaga dan teringat sinki penuh dengan pinggan mangkuk pun mata boleh jadi segar. Sinki yang bersih dan kosong adalah sangat penting bagi kita, ibu-ibu ni. Bukannya apa, sesi menyediakan makanan untuk keluarga bukan sekali dua. Terutama kalau yag surirumah, atau kalau bagi yang bekerja macam saya pun, pada hujung minggu dan tidak ke mana-mana. Perlu fikir untuk masaka sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau sinki kosong memang best kita nak buat kerja-kerja memasak, tapi sebaliknya kalau sinki penuh, mood nak memasak pun ke laut. Antara tips mencuci pinggan mangkuk ialah: 1. Rendam pinggan mangkuk dengan air, terutama bekas yang ada nasi ya