Wednesday, 18 January 2017

Bisnes Paling Kurang Risiko dan Menguntungkan

Assalamualaikum,
Tetiba teringat pesanan ahmad Maslan supaya rakyat Malaysia ni perlu buat 2 atau 3 kerja sekarang ni. Mungkin ramai memandang sinis dengan kata-kata beliau, tetapi itulah hakikatnya. Keadaan ekonomi Malaysia sekarang memang menghimpit rakyatnya, terutama bagi mereka yang duduk di bandar. Mempunyai kerja sampingan lain untuk menambah pendapatan keluarga adalah sesuatu yang perlu.

Antara kerja sampingan yang boleh dilakukan adalah berniaga. Bagi yang masih baru nak berjinak dengan perniagaan, perlu memilih perniagaan yang kurang risiko,  tidak memerlukan modal yang besar dan yang pastinya menguntungkan. Kalau nak tahu, bisnes Shaklee sangat menepati ciri-ciri itu.

BISNES SHAKLEE MENGUNTUNGKAN DAN KURANG RISIKO

Kenapa saya katakan bisnes Shaklee ni menguntungkan dan kurang risiko?
1.  Yuran pendaftaran hanya rm68.90 untuk seumur hidup. Itulah dikira sebagai modal.

2. Setelah menjadi pengedar Shaklee, kita layak membeli produk dengan harga ahli. Kemudian kita boleh menjualnya dengan keuntungan 30% daripada harga ahli kepada pelanggan.

3. Boleh menggunakan medium internet seperti Facebook, instagram, blog dan sebagainya untuk melakukan pemasaran. Zaman siber sekarang ni orang menggunakan internet je nak beli barang. Jadi, kita perlu manfaatkan kelebihan itu. Tak perlu kita keluar rumah untuk bercerita tentang produk kita.

4. Untuk membeli barang dan menghantarnya kepada pelanggan pun, kita beruntung kerana Shaklee mempunyai sistem pembelian online yang canggih dan dipercayai iaitu www.shaklee2u.com.my  . Tinggal klik-klik nanti barang boleh sampai ke pelanggan kita. Tapi, pastikan pelanggan sudah membuat bayaran ke akaun kita barulah kita buat belian di sistem Shaklee.

5. Kita akan mendapat bonus berdasarkan jualan kita setiap bulan. Kita boleh tentukan seberapa banyak bonus yang kita mahu dengan berusaha sesuai dengan kemahuan kita. Bisnes Shaklee adalah bisnes yang sebenar, bukan goyang kaki je duit masuk berkepuk dalam akaun. Ramai surirumah berjaya mendapat pendapatan 4, 5, 6 angka sebulan.

6. Jika korang mendaftar Shaklee dengan saya, saya akan masukkan korang ke dalam kumpulan sokongan yang sangat membantu. Korang pasti akan  teruja dengan kumpulan kami ni. Bahan-bahan untuk iklan dan pemasaran seperti testimoni produk, poster-poster semua dah tersedia. Tinggal nak guna je.

Ok, sebenarnya ada banyak lagi kelebihan bisnes Shaklee ni. Kalau korang ingin tahu lebih lanjut, jangan segan untuk bertanya saya.

Juhaina
013 292 2464
Jom kita sesama berjaya dengan bisnes Shaklee.

Cara Pengiraan Bonus Shaklee


 Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ni nak berkongsi cara pengiraan bonus Shaklee. Klau korang perasan, pengedar Shaklee ni memang merata. Kenapa mereka beria sangat nak berShaklee? Selain berniat untuk membantu orang lain hidup sihat, pengedar Shaklee juga bolen menjana pendapatan melalui untung jualan runcit dan juga bonus daripada Shaklee.

Sebelum tu, korang perlu tahu terdapat 3 bonus utama (3C) yang diberikan kepada pengedar iaitu.

1. Cash Bonus
2. Car Bonus
3. Convention Bonus


Sebelum nak faham Car Bonus, dan Convention Bonus, kita perlu kejar cash bonus terlebih dahulu. Cuba tengok gambar di bawah.


Di dalam sistem Shaklee, tak semestinya upline akan dapat bonus lebih banyak daripada downline. Jika Downline lebih banyak buat kerja, banyak sharing, tak mustahil untuk downline menaiki rank lebih daripada upline. Ini telah pun terbukti oleh super duper upline saya.

Bonus shaklee dibayar mengikut UV Group dan anda boleh dapat bonus besar bila UV group dan UV Personal Besar. Bonus berdasarkan UV mengikut jadual berkenaan:

150 uv 5%
300 uv 8%
600uv 11%
1200 14%
2000uv 17%
2500uv 21%

Contoh cara kiraan
Uv x 3.1 x percent
Cth:kita dpt 2500UV, maka cara kira
2500x3.1x0.21 = RM1627 (BONUS!)

Jika anda ingin menjadi SUPERVISOR
(2500 uv layak 21%bonus)

Belian barang personal + group RM10,000: Layak naik pangkat Supervisor dan UV Ingat 3000 adalah dari kumpulan (UV Personal +UV Group ) ,Oleh itu pentingnya ada Downline kan? sebab bergerak melaui Group lebih cepat Pangkat akan naik.

Kenapa Mesti jadi Supervisor??
Sebab selain bonus dari Personal UV Shaklee bayar lagi Bonus New rank RM 368

CARA PENGIRAAN
Contoh Jika anda buat Personal 3000uv x 3.1 x 21% = RM1953
tambah Bonus New rank RM368
= RM 2321 inilah bonus bila naik rank supervisor

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sistem perniagaan Shaklee ini, boleh hubungi saya:

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia



Monday, 16 January 2017

Punca Kenapa Susah Hamil dan Tips Untuk Cepat Hamil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Memiliki cahaya mata setelah berkahwin adalah satu impian yang pasti ingin direalisasikan. Sebagai manusia biasa, kita pastinya nak membina keluarga kita daripada berdua kepada bertiga, berempat dan seterusnya. Anak-anak ni pengikat kasih suami dan isteri. Ye la kan, kadang-kadang kita suami isteri ni ada masa perang dingin, anak-anak la yang mendamaikannya. Kalau tak, sampai ke sudah la dingin je.
anak sulung saya

anak kedua

yang ketiga

Memasang impian memang la seronok, tetapi bergantung juga kepada rezeki. Ada pasangan suami isteri yang Allah bagi cepat dapat anak, ada yang tunggu bertahun-tahun baru dapat. Bagi pasangan yang dah lama berkahwin dan belum dikurniakan anak, mungkin ada faktor-faktor yang menyebabkan isteri sukar hamil.

FAKTOR KENAPA SUSAH HAMIL

Berat Badan Yang Kurang Ideal

Seringkali kita dengar apabila seorang wanita yang ingin hamil, selalu nasihat yang diberi ialah kurangkan berat badan bagi yang agak besar dan naikkan berat badan bagi yang terlalu kurus. Ini kerana jika terlalu kurus, kemungkinan untuk berlakunya menstruasi yang tidak teratur. Manakala jika berat berlebihan pula akan menyebabkan gangguan keseimbangan hormon oleh kolestrol. Secara tidak langsung kedatangan haid pun tidak teratur.

Tekanan Perasaan /stress


Zaman sekarang kebanyakan wanita pun sama2 bekerja mencari rezeki. Tekanan yang dihadapi wanita sekarang menyebabkan ia terbawa-bawa sehingga ke rumah. Begitu halnya dengan si suami yang juga balik rumah dengan tekanan kerja. Stress seperti ini akan mempegaruhi spermatogenesis iaitu penghasilan sperma dan ovulasi turut terganggu. Selain itu, keghairahan untuk bersama pun tiada. Hasilnya, kuranglah potensi untuk hamil.



Menghisap Rokok atau Menghidu Asap Rokok





Jumlah perokok kat negara kita ni semakin bertambah. Lagi menakutkan, perokok wanita pun semakin ramai. Walaupun di kotak rokok tu letak gambar-gambar yang menakutkan, nampaknya tidak berkesan kepada perokok tegar. Bagi umat Islam pula, merokok telah difatwakan sebagai HARAM.

Merokok juga akan menjejaskan penghasilan sperma bagi lelaki, dan juga menyebabkan gangguan kesihatan kepada wanita terutama wanita hamil. Kalau rasa dah lama kahwin tetapi tiada anak, mungkin tabiat merokok tu salah satu punca penghalang. Jadi, berhentilah merokok!


Mengambil Ubat-ubatan



Penggunaan ubat tertentu mungkin akan mengganggu kesuburan wanita. Jadi, cuba dapatkan nasihat doktor tentang hal ini.

Faktor Usia


Semakin berusia seorang wanita maka semakin menurun kadar produktivitinya. Terutama bagi wanita berumur 37 tahun ke atas. Potensi untuk hamil pun berkurang.


Faktor-faktor sukar hamil di atas hanyalah sebahagian daripadanya. Mungkin ada penyumbang lain kepada kesukaran seorang wanita untuk hamil. 


TIPS UNTUK CEPAT HAMIL

Tips untuk cepat hamil yang saya berikan ni bukan sesuai untuk semua orang, anda tetap perlu mendapatkan nasihat yang pakar sekiranya tidak berjaya hamil setelah melakukan tips-tips berikut.

Menentukan Posisi Berhubungan Intim


Dikatakan posisi yang paling bagus adalah suami di atas kerana ini akan membuatkan sperma suami cepat masuk ke saluran tiub fallopio isteri. Wallahu a'lam.

Berbaring setelah melakukan hubungan intim


Berbaring seketika lebih kurang 10 ke 15 minit adalah salah satu cara untuk cepat hamil. Kedudukan kaki ditinggikan sedikit daripada kepala 

Menjaga Nutrisi Pemakanan


Untuk meningkatkan tahap kesuburan, perlukan makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, ayam, daging dan lain-lain.

Melakukan Hubungan Intim Sesuai Dengan Ajaran Agama Islam


Sebelum bersama seeloknya ambil wudhu terlebih dahulu. Kemudian dilakukan dengan memberi salam dan berdoa dahulu.

Perbanyakkan Sedekah Kepada Fakir Miskin Dan Anak Yatim


Bersedekah melapangkan rezeki. Kita boleh berdoa bersama sedekah kita agar Allah kurniakan anak.
Banyak manfaat sedekah ni. Antaranya:
Allah berfirman, artinya,“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin….”
(QS. an-Nisa: 36).
Allah telah berfirman dalam kitab-Nya, artinya, “Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.”
(Q.S. Adh Dhuhaa, 93:8-9)
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, …”. (Q.S. Al Baqarah, 2 : 177)
Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, …”     . (Q.S. Al Baqarah, 2:215)
“…Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan….”. (Q.S. Al Baqarah, 2:220)

Menjadualkan masa subur

Jika wanita merancang untuk hamil, catatkan waktu datang haid supaya dapat agak kitaran haid dan sekaligus menentukan waktu subur. 

Menggunakan Alat Menguji Kesuburan


Terdapat gajet untuk menguji kesuburan yang mungkin boleh membantu anda. Waktu subur adalah waktu paling ideal untuk bersama suami jika anda ingin hamil.

Gaya hidup sihat

Amalkan gaya hidup yang sihat dengan makan makanan yang seimbang dan bernutrisi, dan bersenam. Ini akan membantu penghasilan sperma yang lebih baik.

Mendapatkan Konsultasi Doktor Pakar


Ini adalah aspek paling penting kerana berjumpa yang pakar akan membantu dan memberi nasihat kaedah-kaedah yang lebih tepat untuk atasi masalah anda.

CEPAT HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

 Set Kesuburan Shaklee, adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.

Di dalam set kesuburan premium ni mengandungi


(1) ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain. 



(2) Vita-Lea (Multivitamin) 
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum

(3) Vitamin C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan

(4) B-Complex 
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan 
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.

(5) Vitamin E & Selenium –
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
(6) Zinc 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
(7) Alfalfa 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugutsakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
(8) GLA Complex – 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 

Walaupun kita berusaha dengan pelbagai ikhtiar, jangan lupa berdoa dan berharap daripada Allah kerana Dia yang Maha pemberi rezeki. Bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan.

Jika anda ingin mempunyai zuriat dan berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut.

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia




Saturday, 14 January 2017

Tips Atasi Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat

Assalamualaikum semua,

Cuba pegang sikit kulit muka, apa rasanya?Alhamdulillah jika muka anda bersih, gebu, "flawless". Tetapi, jika muka anda berminyak dan berjerawat, pasti tak selesa kan. Muka adalah bahagian yang paling penting dijaga kerana mukalah yang pertama sekali yang akan dipandang orang. Mempunyai kulit berminyak akan menyebabkan ketidakselesaan. Ini kerana, kulit berminyak akan menyebabkan mudahnya jerawat naik, jika pakai bedak sekalipun akan mudah luntur dan bercapuk. Ha, kan dah tak comel!

FAKTOR KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak kerana untuk melindungi kulit kita daripada terlalu kering. Walaubagaimanapu, jika berminyak keterlaluan pula akan mendatangkan maslah lain pula. Beberapa faktor yang menyebabkan kulit berminyak, antaranya:

  • Ketidakseimbangan Hormon
    • Kebiasaannya wanita yang sedang datang haid akan lebih cenderung menghasilkan lebih banyak minyak pada bahagian muka.
  • Tekanan (stress)
    • Dalam keadaan tekanan atau stress akan mendorong hormon kartisol yang merupakan tunjang utama terhasilnya minyak di muka. Jangan stress sangat ye, nanti muka banyak jerawat.
  • Cuaca panas
    • suhu panas atau cuaca panas juga akan menyebabkan kulit muka kita menghasilkan lebih banyak minyak siring dengan keluarnya peluh-peluh di muka.
  • Pola Pemakanan 
    • Corak pemakanan yang banyak berminyak juga akan meningkatkan lagi kadar pengeluaran minyak di muka. Kurang-kurangkanlah makanan bergoreng dan berminyak ye.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
    • Pemilihan kosmetik yang sesuai juga penting agar kulit tidak rosak. Kesilapan pemilihan kosmetik akan menyebabkan kulit muka berminyak dan berjerawat.
  • Keturunan
    • Jika ibu bapa kita jenis kulit berminyak, kemungkinan untuk kita mempunyai kulit berminyak juga tinggi.

TIPS ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK

1. Menjaga Kebersihan Muka

Mencuci muka adalah cara terbaik untuk menjaga kebersihan muka dan menghilangkan minyak pada pori-pori muka. Minyak dihasilkan oleh kelenjar sebaceous dan dikeluarkan melalui pori-pori pada kulit kita. Untuk menjaga agar penghasilan minyak dalam keadaan terkawal, kita perlu menjaga muka agar tetap bersih. Pastikan kita gunakan pencuci muka yang mempunyai pH yang seimbang. Waktu paling penting untuk mencuci muka ialah waktu malam dan pagi setelah bangun tidur. 

2. Menggunakan Pelembab


Ramai orang mengabaikan penggunaan pelembab kerana bimbang kulit semakin berminyak. Tetapi sebenarnya pelembab merupakan perkara penting untuk menjaga kesihatan kulit. Pilih pelembab yang berasaskan air. Lagi baik kalau ditambah dengan penggunaan krim malam sebelum tidur.

3. Menggunakan Kertas Penyerap Minyak

Jika terlalu sibuk sehingga tidak sempat mencuci muka di waktu kerja, boleh gunakan kertas penyerap minyak. Pastikan cara penggunaannya dengan menekap secara lembut dan jangan dikesat atau diusap di muka kerana ia boleh menyebabkan luka di muka.

4. Menjaga pemakanan

Untuk menjaga keseimbangan penghasilan minyak di muka, kita perlu juga menjaga pemakanan kita. Lebihkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum banyak air kosong


PENJAGAAN KULIT DENGAN SHAKLEE

Untuk mempunyai kulit yang cantik, ia memerlukan penjagaan dari dalam. Bukan semata-mata luaran sahaja. Jika badan kita mendapat nutrisi yang cukup, ia secara tidak langsung akan memancarkan serinya di wajah gitu. Apa yang terdapat dalam set penjagaan kulit Shaklee ialah:

1. Sunstained Release Vitamin C


Antara fungsi SR vit C ialah:
– Menguatkan sel2 tisu dalam badan.
– Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
– Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

2. Vitamin E complex


Fungsinya ialah:

– Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
– Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
– Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
– Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar


3. B-Complex



B for Beauty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam. Antara fungsinya ialah: 

- Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering


4. Energizing Soy Protein (ESP)


Kelebihan ESP ialah:
-Mengandungi 9 jenis asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Hanya boleh diperolehi daripada makanan bagi pembentukkan sel2 kulit.
-Sel kulit muka kita akan digantikan setiap 21 hari, jadi pengambilan protein yg berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk memperbaharui -sel2 kulit dan menyingkirkan sel2 kulit mati. Menganjal dan melembutkan kulit muka


Kesimpulannya, untuk memiliki kulit yang bebas cela atau ertikata lain nak kulit flawless bukan senang-senang je dapat, perlu ada usaha untuk mencegah atau merawat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang set penjagaan kulit Shaklee ni boleh hubungi saya.


Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia







Thursday, 12 January 2017

Tips Kekal Bertenaga Ketika Hamil Agar Tiada Sesiapa Yang Terabai

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips buat ibu-ibu dan bakal ibu iaitu tips kekal bertenaga ketika hamil agar tiada sesiapa yang akan terabai. Ha ha ha, kenapa saya tambah yang ayat belakang tu? Ini kerana mengikut pengalaman saya sendiri, apabila hamil terutama yang trimester pertama tu. Sungguh-sunnguh jadi ibu dan isteri yang tak berdaya. Masa tu tak kenal lagi erti kepentingan supplemen ni. Kasihan anak-anak dan suami, terabai je rasanya. Di rumah, ibu-ibu ni macam tunggak kepada keceriaan rumahtangga tau.

Walaupun kita sedang hamil, tanggungjawab kita tetap sama. Sebagai ibu, isteri, pekerja, dan paling utama sebagai Hamba Allah. Untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan, kita kena pastikan kita bertenaga dan sihat.

TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA HAMIL TRIMESTER PERTAMA

Trimester pertama adalah fasa yang mencabar dan kritikal bagi sesetengah ibu hamil. Kebanyakan wanita akan rasa tidak selesa, pening kepala, mual, loya, selalu masuk angin, muntah-muntah atau gejala "morning sickness". Ini adalah perkara biasa kerana perubahan hormon badan kita, dan rahim kita baru nak terbentuk janin. Nikmatilah fasa awal ini dengan sabar dan kuat semangat ya. Semoga dengan kesabaran kita, Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Walau bagaimanapun, adalah perlu untuk berikhtiar untuk mengatasi masalah trimester awal agar kita tetap mampu melakukan aktiviti harian kita. Antara tips mudah yang perlu diamalkan oleh ibu hamil pada waktu ini ialah:



  • Makan sikit-sikit tetapi secara kerap. Pastikan di dalam beg tangan tersedia biskut-biskut, kurma, kismis atau apa sahaja makanan ringan yang berkhasiat untuk dikunyah bila terasa loya.
  • Kurangkan makanan berminyak dan terlalu pedas.
  • Amalkan vitamin B complex. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya.
  • Banyak makan sayur-sayuran hijau seperti bayam.
TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA HAMIL UNTUK FASA SETERUSNYA

Setelah melepasi fasa trimester pertama, masuk la fasa seterusnya. Mungkin waktu ni dah kurang mabuk-mabuk, loya dan morning sickness. Masa ni dah boleh buat kerja macam biasa, tetapi tetap kita perlukan "sesuatu" agar kita tetap bertenaga. Kudrat ibu mengandung ni dah tak sama macam orang tak mengandung tau. "sesuatu" yang saya maksudkan adalah samam ada makanan tambahan, atau tips-tips yang boleh membantu. Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

1. Perbanyakkan aktiviti fizikal
Apabila badan sudah semakin berat, maka ia bukan alasan untuk kita duduk-duduk sahaja. Amalkan senaman ringan, atau banyakkan berjalan. Jika ada kesempatan, berenang juga sangat baik untuk ibu hamil.

2. Banyakkan minum air kosong
Amalan minum air kosong ni memang perlu sangat diamalkan oleh sesiapa, apatah lagi ibu hamil. Ibu hamil mudah letih, ini mungkin kerana kurang air, atau haus.

3. Hirup udara segar
Menghirup udara segar akan membantu tubuh kita memperolehi bekaan oksigen yang mencukupi. Oksigen yang cukup akan meningkatkan daya tahan tubuh badan.

4. Mandi secara kerap
Keadaan cuaca yang panas, dan ditambah pula ibu hamil memang mudah berasa panas, mandi adalah satu penyelesaian yang baik. Mandi juga dapat meredakan tekanan, dan sekaligus dapat meningkatkan daya tahan tubuh juga.

5. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
Salah satu punca letih adalah kerana kurang tidur pada waktu malam. Jika ada ruang waktu, cubalah ambil masa untuk tidur sebentar pada waktu siang. Jika cukup tidur, badan akan rasa bertenaga.



SIHAT BERTENAGA DENGAN SET HAMIL SHAKLEE


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)


  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Vitamin-C


  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi agar tidak mudah mendapat jangkitan penyakit dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Selain itu, ia juga penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran selepas bersalin.

3) B-Complex


  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
  • B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Ia amat baik untuk ibu-ibu selepas bersalin bagi mengelakkan meroyan.

4) Ostematrix (Calcium and Magnesium)


  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
  • Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

5) OmegaGuard (EPA and DHA)


  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Atas sebab ini pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
  • Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.


Kesimpulannya, jika anda hamil, tingkatkan lagi penjagaan diri sebab ada nyawa lain bersama kita. Lagi satu, ketika hamil pun ada orang lain di sekeliling kita yang perlukan kita, jangan biarkan mereka terabai kerana keletihan kita.Untuk konsultasi selanjutnya boleh hubungi saya.

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia