Posts

Showing posts from 2015

Percutian Menyeronokkan Bertaraf 5 Bintang di Cyberview Resort & Spa

Image
Assalamualaikum, Alkisahnya cerita ni kisah percutian menyeronokkan bertaraf 5 bintang di Cyberview Resort and Spa, saya dan keluarga kecil saya beberapa minggu lepas. Cuti sekolah yang berbaki lagi tiga hari perlu dimanfaatkan bersama-sama. Bak kata kawan sepejabat saya, nak bagi anak berenang-renang di kolam, nak lompat-lompat atas katil (kalau katil rumah kene marah je), nak bagi telefon untuk ditekan-tekan nombornya. Jadi, ummi dan abah pun survey la hotel-hotel yang sesuai. Segala macam website seperti Agoda, trivago, Expedia, booking dan yang sewaktu dengannya dibuka. Nak buat perbandingan, nak baca customer review. Kala boleh nak bercuti ke tempat yang tak berapa jauh sebab nanti penat masa travel, ada kolam renang. Akhirnya pilihan kami adalah Cyber view Resort and Spa do Cyberjaya. Dari Melaka nak je situ hanya lebih kurang 1 jam stgh sahaja. Saya booking hotel di booking.com setelah buat perbandingan dengan Agoda. Harga bilik deluxe termasuk tax adalah RM325.50. Mun

Tips Mencuci Pinggan Mangkuk Agar Kerja Dapur anda Lebih Mudah

Image
Assalamualaikum, Salam akhir Ramadhan, semoga semua sedanga memecut untuk mengimarahkan bulan penuh rahmat ini. Mencuci pinggan mangkuk adalah tugas terutama wanita yang sudah menjadi darah daging. Maksudnya kalau sambil pejam mata pun mesti boleh siap basuh pinggan. Kalau tengah malam sedang syok tidur, tetiba terjaga dan teringat sinki penuh dengan pinggan mangkuk pun mata boleh jadi segar. Sinki yang bersih dan kosong adalah sangat penting bagi kita, ibu-ibu ni. Bukannya apa, sesi menyediakan makanan untuk keluarga bukan sekali dua. Terutama kalau yag surirumah, atau kalau bagi yang bekerja macam saya pun, pada hujung minggu dan tidak ke mana-mana. Perlu fikir untuk masaka sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau sinki kosong memang best kita nak buat kerja-kerja memasak, tapi sebaliknya kalau sinki penuh, mood nak memasak pun ke laut. Antara tips mencuci pinggan mangkuk ialah: 1. Rendam pinggan mangkuk dengan air, terutama bekas yang ada nasi ya

Tips Membawa Anak ke Pasaraya Agar Anda Boleh Membeli-belah tanpa Tekanan

Image
Assalamualaikum, salam ceria, Membeli-belah di pasaraya adalah aktiviti yang kerap kami sekeluarga lakukan bersama-sama. Kadang-kadang tu pergi ke pasaraya bukanlah semata-mata ingin shopping barang-barang, tapi nak bagi anak-anak seronok bersiar-siar daripada dok terperap dalam rumah je. Apa yang bagus berjalan-jalan dalam pasaraya ni sejuk ada aircond, jadi anak-anak rasa selesa. Cuaca di Malaysia sekarang ni boleh tahan panasnya, so nak kurangkan terdedah kat panas terik camtu la. Anakanda saya kalau berpanas lama sangat, mudah demam especially Ammar. Tapi, dalam pasaraya kalau ramai sangat orang pun anak mudah dapat penyakit sebab terdedah dengan virus. Kita mana tau kan, orang yg datang pasaraya tu ada penyakit, atau bawa virus. Jadi, tetap kene awasi part yang tu. Membeli-belah bersama anak-anak adakala menjadi aktiviti yang sangat memenatkan dan boleh jadi stress. Ini kerana sikap anak yang tidak terkawal seperti terlalu aktif meneroka pasaraya sehingga ibu nak memb

5 Sebab Mengapa Ibu Hamil Perlu Kerap Berjalan

Image
Assalamualaikum, salam bahagia semua... Hari ni nak bcrkongsi tentang 5 sebab mengapa ibu hamil perlu kerap berjalan. Kalau cerita tentang kehamilan, memang secara normalnya wanita-wanita especially yang telah berkahwin akan rasa sangat teruja. Tidak kira orang yang hamil atau mungkin kawan dia yang hamil, sama-sama excited. Betul tak? Betul 3x. Tanya jawab sendiri la saya ni...Mugkin kerana Allah jadikan fitrah wanita begitu, sukakan kelahiran orang baru, rasa bahagia walaupun kawan kita atau kaum keluarga yang dapat baby baru tu. Ok, kehamilan itu sendiri  adalah satu pengalaman yang indah bagi setiap bakal ibu, tidak kira ibu itu hamil anak pertama atau anak ketujuh sekalipun. Setiap anak yang dikandung pasti akan ada pengalaman yang berbeza.. Dalam tempoh kehamilan, banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh si ibu sama ada dari aspek fizikal, mental dan emosi. Dalam entry kali ini, saya cuma nak fokuskan kepada aspek fizikal ibu yang hamil. Iaitu senaman untuk ibu ha

Resepi Kek Coklat yang Mudah dan Sedap

Image
Salam semua, hari ni terasa nak share resipi Kek Coklat yang memang yummy! Sebenarnya, diriku bukanlah seorang yang suka mem"baking" or mem"biskut". Tapi, oleh kerana diri sendiri dan suami juga of course anak-anak suka sangat makan kek coklat, gigihlah ummi belajar buat kek coklat. Namanya pun belajar, mesti la ada sesi-sesi kek tak jadi. hehe. Walaubagaimanapu, ummi tak berputus asa. Macam-macam resepi ummi cari dan cuba, dan akhirnya ummi pergi kelas buat kek. Satu hari je pun kursusnya. Stok kek coklat untuk snek anak-anak Maka, dengan ini diriku berbesar hati nak kongsikan resepi Choc Moist Cake yang awesome daripada cikgu kelas buat kek iaitu Kak Ju. Dengan resepi ni juga saya dapat buat kek birthday anak-anak sendiri, dan juga untuk suami. Jimat kos beli kek, dan juga lebih terjamin sebab tangan ummi yang buat, dan mesti sedap kerana ditambah dengan kasih sayang, hihi. Kek Birthday Anas dan Nashuha yang ummi buat Resepi Choc Moist Cake Bahan

Kenapa ku Rasa Masa Pantas Berlalu?

Image
Asssalamualaikum, huh, lama nau tak update entry. Camno la blog nak glemer ni, Camnilah anak-anak syurga saya bermain, habis sepah rumah Sedar tak sedar 2015 ni dah masuk bulan Mei, dah hampir setengah tahun. Kenapa terasa masa terlalu cepat sangat berlalu. Bermula pagi dengan kelam kabut rutin kesibukan ibu nak siapkan anak-anak ke sekolah, pergi kerja, kemudian rutin mengambil anak-anak di tadika, sekolah, dan rumah pengasuh, (3 tempat tu nak singgah). Hidup memang terasa sangat sibuk. Ye la, masa ambil anak di 3 tempat berasingan, bukannya boleh sampai je sekolah berenti jap, terus jalan balik, nak kene turun jemput, sembang sikit dengan cikgu baru bleh nak gerak kan. Masa banyak juga habis di dalam perjalanan. Walaupun, adakala saya memikirkan "orang lain takde pun susah-susah buang masa dalam kereta lama-lama macam aku", Allah akan datangkan orang lain yang hidupnya lebih mencabar dari saya, seperti pasangan weekend husband and wife, yang mana semua urusan anak

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Image
Assalamualaikum, salam ceria, Teringat pula masa zaman sekolah dulu, jika ada lawatan sekolah je mesti pergi Melaka. Saya berasal dari Johor, jadi kalau lawatan ke Melaka tu kiranya taklah jauh sangat. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan. Rasanya sampai sekarang pun, banyak sekolah akan pilih Melaka sebagai tempat lawatan sambil belajar untuk murid sekolah. Kenapa Melaka? Sebelum saya teruskan cuba tengok video kat bawah ni. Jika anda sangat suka travel jauh-jauh, pantang hari cuti mesti je nak berjalan-jalan. Berjalan bukan dekat-dekat pula tu. Tapi, cepat penat atau mudah rasa letih lepas tu, esok nak kerja tapi tak larat sampai nak ambil MC. Best ke macam tu? Jadi untuk kekal cergas selepas travel jauh, sampai kawan ofis pun terkejut bila tengok anda tak macam balik dari travel pun. Apa tipsnya? Wajib tonton video ni. Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo . Melaka Bandaraya Bersejarah yang terkenal de

Tips Menjadikan Hari ini Lebih Baik dari Semalam

Image
Assalamualaikum semua, Hari ni lebih baik dari semalam? Perlu ke amik kisah hal semalam? Nak banding-bandingkan dengan hari ni pulak tu. Perkara yang dah lepas tak perlu lah nak dikenang-kenang kan. Tapi, tu la korang tak tau, bila kita tak pernah nak analisa kita punya life, buat muhasabah diri setiap hari, sampai bila-bila pun kehidupan kita takkan berubah. Melalui rutin hidup yang sama, membosankan, takde tujuan. Macam mana nak jadikan kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam? Mari saksikan video ni bagaimana kita nak menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.   Jadi, kita tahu bahawa muhasabah diri tu memang penting untuk memastikan kita kekal positif. Bagaimana cara muhasabah yang betul? Pertama, muhasabah diri yang memang biasa kita lakukan ialah mengenang apakah dosa, perkara buruk yang kita lakukan agar kita takkan mengulanginya pada hari esok. Kita bertaubat dari kesilapan kita. Tetapi, adakalanya oleh kerana asyik mengenang perkara buruk yang kita

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan

Image
Hai, assalamualaikum semua.. Entry kali ni nak berkongsi tips menghilangkan parut chicken pox yang ohsem sehingga kulit lebih cantik berbanding sebelum kena chicken pox. Chicken pox atau pun cacar air atau dipanggil juga cengkering, rasanya kebanyakan orang maklum tentang penyakit ni. Sebelum tu, mari kita tengok video kak Nur Hidayah yang terkena chicken pox dpadausia dewasa. Chicken pox kalau kene pada orang dewasa, parutnya memang susah nak hilang. Tapi beliau berjaya pulihkan parut tu. Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo . Kalau pengalaman saya sendiri, saya kena chicken pox masa tingkatan 2. Bermula dengan demam seram sejuk, dan pada masa yang sama saya merasakan seperti ada jerawat atas kulit kepala. Tangan pun gatal la nak pecahkan jerawat yang muncul tu. Selepas itu, naik lagi kat badan dan tangan, barulah ada kawan saya bagitau yang jerawat tu sebenarnya cacar air atau chicken pox. Oleh kerana saya bersekolah asrama, m

Cara Berkesan Merawat Masalah Rambut Gugur Agar Tak Rasa Malu dengan Suami Mr Perfect 10

Image
Assalamualaikum semua, Kita orang perempuan terutama sekali yang dah beranak pinak tu mesti punya maslaah yang sama iaiatu rambut gugur. Orang tua-tua kata bila anak dan pandai menyembur air liur tu lagi la teruk gugur rambut mak..huhu. Tapi itu mitos je sebenarnya. Hal ini berlaku adalah disebabkan perubahan hormon wanita selepas bersalin. Rimas ke rimas bila keadaan ni terjadi? hihi..tiada pilihan jawapan, of course la rimas kan. Saya sendiri mengalami situasi tu sampai malas nak sikat rambut. Sakit mata tengok lantai lepas tu, bersepah-sepah rambut. Mood nak iakt rambut cantik cantik , nak buat ala ala Elsa Froen pun hilang. Ksian kat encik suami, serabai je tengok isteri dia..hehe. Bila saya tengok video kakak ni, saya berazam untuk konsisten dengan set yang dia ambil. Tapi saya belum beli pula syampu. Saya akan konsisten dengan ESP dan Zink.Harapnya serasi dengan saya. Cik puan kat luar sana harus atasi masalah rambut gugur ni tau. Walaupn kita bertudung, rambut tu mahkota

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran

Image
Assalamualaikum, salam ceria semua. Sebelum saya teruskan perkongsian saya, di bawah ni saya kongsikan tentang tips menyucikan diri dengan cara bersedekah. Pernah dengar kan sedekah, suci harta dan suci jiwa? Jom kita dengar kakak cantik ni cakap apa.                 Entry kali ni nak berkongsi tentang tips mak-mak ye. Iaitu tips menyimpan sayur dalam peti sejuk supaya tahan segar lebih lama. Sebagai ibu bekerjaya seperti saya ni, mestinya kita tetap akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga kita. Kalau boleh semua perkara nak buat sendiri, apatah lagi dalam meneydiakan makanan buat insan tersayang. Kalau boleh hari-hari biarlah suami dan anak-anak makan hasil air tangan kita. Macam saya sendiri, memang boleh dikatakan setiap hari memasak. Jadi, sebelum nak masak tu kene la pastikan semua barang-barang dah ada dalam peti sejuk kan. Takkan setiap hari mau pegi kedai beli. Dah la kalau pegi kedai nak beli  dua barang je, tapi sudahnya macam-macam lagi kita capai

Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Cara Kevin Zahari

Image
Assalamualaikum dan salam bahagia, Cuba anda perhatikan atau imbas-imbas sikit, di sekeliling anda berapa ramai yang menghidapi tekanan darah tinggi? Kalau di sekitar saya sendiri, ibu kandung dan ibu mertua saya memang ada darah tinggi ni. Alhamdulillah masih terkawal. Di kalangan rakan sekerja juga tidak kurangnya. Faktor usia semata bukan lagi penyumbang kepada penyakit ini. Hari ini saya nak kongsikan tips hebat menurunkan tekanan darah tinggi daripada Kevin Zahari  Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah salah satu penyakit "silent killer" Di Malaysia,. Ia tidak menunjukkan tanda yang sangat jelas apabila penyakit ini telah menyerang seseorang kecuali seseorang itu diuji tekanan darahnya dengan alat yang sesuai. Jika ia diabaikan kemungkinan akan membawa kepada keadaan yang lebih teruk seperti stroke, dan kematian. Bagaimana Anda Tahu tekanan Darah Tidak Normal? Tekanan darah yang sihat adalah pada paras  120/80 mm Hg  atau lebih rendah. 140/90 mm