Thursday, 2 April 2015

Tips Menjadikan Hari ini Lebih Baik dari Semalam

Assalamualaikum semua,

Hari ni lebih baik dari semalam? Perlu ke amik kisah hal semalam? Nak banding-bandingkan dengan hari ni pulak tu. Perkara yang dah lepas tak perlu lah nak dikenang-kenang kan. Tapi, tu la korang tak tau, bila kita tak pernah nak analisa kita punya life, buat muhasabah diri setiap hari, sampai bila-bila pun kehidupan kita takkan berubah. Melalui rutin hidup yang sama, membosankan, takde tujuan.

Macam mana nak jadikan kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam? Mari saksikan video ni bagaimana kita nak menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

 

Jadi, kita tahu bahawa muhasabah diri tu memang penting untuk memastikan kita kekal positif. Bagaimana cara muhasabah yang betul?

Pertama, muhasabah diri yang memang biasa kita lakukan ialah mengenang apakah dosa, perkara buruk yang kita lakukan agar kita takkan mengulanginya pada hari esok. Kita bertaubat dari kesilapan kita. Tetapi, adakalanya oleh kerana asyik mengenang perkara buruk yang kita lakukan, kita akan jadi down dan tidak bersemangat. Maka, kita lihat tips seterusnya.

Kedua, menyenaraikan perkara baik yang kita buat sepanjang hari. Kita harus berbangga dengan perkara baik yang kita lakukan walaupun kecil. Tidak perlu kita bandingkan dengan orang lain, kita adalah diri kita. Bila kita dah tulis, kita analisa pula, bagaimana kita nak ulang perkara baik itu tetapi dengan menambah baik kualitinya. Supaya hasilnya akan jadi lebih baik dari semalam.

Ketiga, merealisasikan apakah yang telah kita muhasabahkan sebelum ini. Iaitu, melaksanakan perkara baik yang kita sudah lakuakn sebelum ni, dengan lebih baik lagi. 

InsyaAllah, dengan mengamalkan tips muhasabah ini, kita akan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan kita setiap hari. Kekal menjadi orang yang produktif dan positif.

selamat beramal.



No comments:

Post a Comment