Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan

Hai, assalamualaikum semua..

Entry kali ni nak berkongsi tips menghilangkan parut chicken pox yang ohsem sehingga kulit lebih cantik berbanding sebelum kena chicken pox. Chicken pox atau pun cacar air atau dipanggil juga cengkering, rasanya kebanyakan orang maklum tentang penyakit ni. Sebelum tu, mari kita tengok video kak Nur Hidayah yang terkena chicken pox dpadausia dewasa. Chicken pox kalau kene pada orang dewasa, parutnya memang susah nak hilang. Tapi beliau berjaya pulihkan parut tu.


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

Kalau pengalaman saya sendiri, saya kena chicken pox masa tingkatan 2. Bermula dengan demam seram sejuk, dan pada masa yang sama saya merasakan seperti ada jerawat atas kulit kepala. Tangan pun gatal la nak pecahkan jerawat yang muncul tu. Selepas itu, naik lagi kat badan dan tangan, barulah ada kawan saya bagitau yang jerawat tu sebenarnya cacar air atau chicken pox. Oleh kerana saya bersekolah asrama, maka kene la balik kampung.
Ala sian baby ni kene chicken pox..teringat kat anak-anak masa kene.

Pengalaman yang paling sadis adalah bila tahun lepas 2014, ketiga-tiga anakanda saya Ammar, Anas dan Nashuha dijangkiti chicken pox secara bergilir-gilir. Bermula dengan Ammar selama 2 minggu, bersambung Anas, dan terakhir sekali Nashuha. Hampir 6 minggu jadual hidup saya dan suami jadi tak tentu arah kerana terpaksa bergilir jaga anak. Takkan nak ambil cuti banyak. Lagi pun, saya mengajar dan perlu habiskan silibus pada masanya. Kesian kat pelajar nanti nak jawab exam.

Apakah Chicken Pox atau Cacar Air?

Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.

Kebiasaannya mereka yang dijangkiti akan berada dalam tempoh dorman selama 14-16 hari sebelum simptom awal terbentuk seperti demam, batuk dan selsema. Selepas 2-3 hari, kulit pesakit akan mula mengeluarkan ruam merah yang gatal dan melepoh. Ruam melepoh akan merebak ke seluruh badan dalam tempoh 5-7 hari yang berikutnya dan diikuti dengan pembentukan kerak kering pada permukaan ruam. Biasanya seseorang pesakit akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk pulih daripada jangkitan virus ini.

Bagaimana Menghilangkan Parut Chicken Pox? 

Kalau orang dewasa yang kene chicken pox, parut susah sangat nak hilang sebab pertumbuhan sel baru dah tak seaktif masa kanak-kanak. Parut kat muka terutamanya akan menyebabkan kurang keyakinan diri (low self esteem) kerana rasa macam "huduh lak muka aku". Kalau sebagai isteri pula, mesti rasa segan nak show offf muka lama-lama kat encik suami. Jadi, haruslah contohi kak Nur Hidayah yang berusaha untuk menjadi jelitawan di mata suaminya.

Sebenarnya memang ada macam-macam petua untuk menghilangkan parut chicken pox ni. Antara yang saya tau adalah buat bedak sejuk guna beras campur kunyit hidup, beras campur daun semambu, dan apa lagi entah. Tapi kalau saya sendiri memang rimas nak biarkan bedak sejuk tu berlama-lamaan di kulit. Maka, ikutlah cara Kak Nur Hidayah di mana beliau mengambil Sustained Released Vit C, Vit E Comples, B Complex, ESP dan GLA. Dalam tempoh sebulan beliau konsisten dengan pengambilan produk tersebut, Alhamdulillah dengan izinNya, kulit beliau bersih tanpa sebarang parut.


Anda ada masalah kulit berparut? Tidak kira parut chicken pox ke, parut jerawat ke, anda harus cuba atasinya dengan produk tersebut. 

Sesiapa yang ada masalah ini, saya boleh bantu. Don't hesitate to contact me ok!

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha

COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan