Wednesday, 27 April 2016

7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

Assalamualaikum semua,
Harap-harap sihat belaka ye semua. Bukan setakat sihat, cergas dan ceria je selalu. Tetapi, kalau badan terasa lemah-lemah, selalu diserang sakit seperti batuk, demam dan selsema, kemungkinan dalam badan ada ada banyak parasit. UN kali ni nak cerita tentang 7 tanda badan anda mengandungi parasit. Jom Detoks.


Apakah Jenis Parasit di Dalam Badan Kita
http://umminashuha.blogspot.com/2016/04/7-tanda-badan-anda-mengandungi-parasit.html

Pastinya anda pernah tahu yang sifat parasit adalah suka sangat le menumpang di organisma hidup yang lain. Sudah la menumpang, habis dia tumpang makan sekali segala nutrien dari organisma tu. Nampak tak jahat ke tak jahatnya parasit ni? Kalau dalam badan manusia pula, orang selalu sebut cacing, dan biasanya orang sangka ada dalam badan kanak-kanak je. Sebab tu anak-anak kena minum ubat cacing, tapi tidak sebenarnya, orang dewasa juga ada cacing ye dalam badan.

Jenis cacing yang bersarang di dalam badan manusia seperti cacing pita, cacing gelang, cacing tambang, cacing kerawit. Sebenarnya ada banyak lagi jenis cacing yang tak disebutkan di sini.

Bagaimana Parasit boleh ada dalam badan Manusia?

Parasit ini boleh memasuki badan manusia melalui pelbagai cara. Aspek kebersihan adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko dimasuki parasit ini. Ia boleh jadi melalui pemakanan kita, terutama kalau biasa makan kat kedai, mungkin kebersihan kurang terjaga, sayur-sayur dan bahan masakan tidak dibasuh dengan bersih. Begitu juga perkongsian tandas awam akan meningkatkan lagi risiko jangkitan parasit ini.

7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit

1. Sistem imunisasi badan yang rendah dan mudah terkena penyakit.

2. Mudah merasa letih yang teramat sangat. Ini adalah kerana badan anda kekurangan zat, akibat telah disedut oleh parasit di dalam badan anda.

3. Sukar untuk tidur atau insomnia.

4. Gangguan emosi, seperti mudah tertekan, cepat marah, resah gelisah.

5. Bintik-bintik di mata - anda boleh cuba gerakkan anak mata anda ke atas dan ke bawah, akan nampak binti-bintik dari pandangan mata tu.

6. Masalah pada perut- perut anda mungkin akan kerap kembung dan pedih perut.


7. Masalah kulit- Parasit yang menyerang usus dan saluran pencernaan menyebabkan keradangan dalam badan, yang akan menyebabkan beberapa masalah kulit, seperti ruam, gatal-gatal, ekzema dan bentuk lain dari alahan kulit.


Bagaimana untuk menangani masalah parasit dalam badan?
Setelah anda mengenalpasti simptom parasit atau "kecacingan" dalam badan anda, maka perlulah bertindak untuk mengatasi masalahnya. Kita jangan biarkan parasit tu bersenang lenang dalam badan kita ye. Detoks parasit adalah penyelesaiannya. Cara detoks parasit akan saya cerita dalam entry yang lain. Jom Detoks.
7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

Salam Sayang, 
Ummi Nashuha


JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha


COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA


Saturday, 9 April 2016

Benarkah Vivix Menimbulkan Kontroversi di Kalangan Penghidap Penyakit Kronik?

Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca blog Ummi Nashuha (UN) dalam keadaan yang sihat dan bahagia sentiasa. Bahagia itu letaknya di hati, bukan pada rumah yang besar, kereta mewah, atau duit berkepuk-kepuk. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi kehidupan kita. Kesihatan juga salah satu sumber kebahagiaan. "Mukmin yang kuat(sihat) lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah". Dengan kekuatan, of course badan yang sihat baru kuat, banyak sangat amalan dan kebajikan yang dapat kita lakukan. Kalau kita sakit diabetes, kanser kronik, darah tinggi atau strok, pastinya kita akan dalam keadaan lemah. Apa kaitan dengan Vivix ni? Mari UN ceritakan tentang Vivix ni.

Apakah VIVIX?
Jika dilihat pada botolnya pun kita boleh agak produk ini agak eksklusif, dan pastinya kualitinya dan keberkesanannya juga terbaik. Vivix adalah campuran polifenol kuat, dan eksklusif dengan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam kajian makmal untuk memberi kesan positif kepada empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk membantu untuk melindungi dan membaiki kerosakan DNA , mempengaruhi pengawal selia genetik jangka hayat sel , menggalakkan mitokondria pengeluaran tenaga, dan pembentukan perlahan terhadap AGE (advanced glycation end products) .

Kandungan Dalam Vivix

Satu sebatian semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan , buah-buahan , biji , anggur, anggur dan produk yang diperolehi seperti wain merah. Resveratrol mempunyai polifenolik dan aktiviti antioksidan yang didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan berdasarkan kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, ada penyelidikan makmal juga mendapati bahawa resveratrol melawan penuaan selular. Kajian ini juga mendapati bahawa resveratrol mengaktifkan pengawal selia genetik laluan panjang umur selular, yang mungkin mempunyai kesan positif ke atas DNA, kesihatan selular, dan metabolisme.

Kenapa Vivix Kontroversi?

Sebenarnya UN yang berfikir sendiri yang Vivix ni menimbulkan kontroversi di kalangan pesakit-pesakit kronik, pengamal perubatan dan orang awam. Mana taknya, kalau berlambak testimoni yang magis kat luar sana, di mana mereka adalah penghidap kanser, diabetes, strok dan yang sewaktu dengannya beransur pulih setelah berikhtiar dengan vivix. Sudah tentunya segalanya ketentuan daripada Allah setelah seorang hamba berusaha. Di sini juga UN nak kongsikan beberapa testimoni hebat pengguna vivix.


UN kongsikan ini untuk membantu rakan-rakan di luar sana agar dapat membantu insan-insan yang dikasihi di sekeliling anda. Mungkin anda rasa kita tidak perlukannya, tetapi mungkin adik-beradik, ibu ayah, pakcik makcik, datuk nenek anda perlukannya. 

Anda nak cuba kehebatan Vivix ini? Jangan segan hubungi saya.

Salam sayang,
Ummi Nashuha


JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha


COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA