Posts

Showing posts from December, 2013

5 Sebab Wanita Memerlukan Omega-3

Image
Perkataan LEMAK memang amat ditakuti oleh kebanyakan wanita, sehingga timbul dendam yang mendalam dengan segala lemak yang ada di dunia ini. Tapi usahlah berdendam dengan lemak baik yang memang penting untuk diet seharian kita. Lemak tepu ( yang terdapat dalam daging , tenusu dan telur) atau lemak trans ( didapati dalam makanan seperti kentang goreng , kuih , kek, dan lain-lain ) adalah lemak yang tidak baik untuk badan. Lemak ini akan membawa kepada simptom arteri tersumbat dan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit koronari. Walaubagaimanapun, tidak semua lemak diet adalah sama. Terdapat satu jenis lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh kita iaitu Omega-3. Omega-3 adalah sejenis lemak politaktepu yang penting untuk kesihatan yang optimum. Namun, tubuh manusia tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi ia adalah penting untuk mendapatkan Omega -3 dalam diet harian anda. Terdapat pelbagai bentuk omega -3 asid lemak - alfa -linolenik (ALA), asid docosahexaenoic (DHA)

Khasiat Omega 3 Terhadap Kesihatan Tubuh Manusia

Image
Artikel ini dipetik dari laman web PRISTIN. Gelatin Ikan dan kepentingan kesihatan 1. Adakah Omega-3 membantu dalam sindrom kepenatan melampau? EPA bersama dengan asid linolenik gama (GLA) yang hadir di dalam minyak ikan mambantu pengurangan asid lemak di dalam sindrom kepenatan terlampau. Menurut kajian dari Hospital Hammersmith, UK pengambilan tambahan asid lemak Omega-3 dapat membantu di dalam perubatan sindrom ini. Ini adalah kerana Omega-3 mampu mengurangkan pengeluaran cytokine yang dikaitkan denan sindrom kepenatan terlampau (Journal Acta Psychiatrica Scandinavica, 2002). 2. Bolehkah Omega-3 mambantu di dalam mood disorder? Data-data yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji seluruh dunia menunjukkan bahawa EPA bersama dengan DHA membantu di dalam 'mood disorder'. Akibat daripada kekurangan pengambilan lemak, kita mendapat jumlah jumlah asid lemak Omega-3 yg kurang untuk fungsi otak yang sihat dan tahap mood seseorang. Kemurungan adalah lebih b