Wednesday, 24 December 2014

Benarkah Vitamin E Memberi Impak kepada Kecantikan Kulit Muka anda?

Saya masih ingat lagi masa saya belajar di kampus, saya dah mula menggunakan minyak vitamin E untuk hilangkan parut jerawat di muka. Parut jerawat kat muka takde la banyak sangat tapi very the obvious la kat muka tu. Tanpa saya sedari, saya tau yang vitamin E memang selalu dikaitkan dengan kecantikan kulit. Saya yakin juga apabila saya yang tidak begitu teliti tentang kecantikan kulit ni pun boleh tau akan khasiat vitamin E apatah lagi ramai wanita kat luar sana yang lebih mementingkan kecantikan kulit.

vitamin E Shaklee
bukan muka saya

Walaubagaimanapun, tetapi tidak ramai orang yang boleh memberitahu anda apakah sebenarnya yang dilakukan oleh nutrien ini.Sebenarnya, vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan memperbaiki kulit anda.

Apakah antioksidan sebenarnya?

Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, yang merupakan molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. Secara kimia yang mudah dapat menjelaskan bagaimana vitamin E melakukannya. Atom yang membina tubuh badan anda cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron dan itu yang menjadikan mereka stabil. 

Jika atom mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil. Apabila kulit anda terdedah kepada dari faktor luar, seperti sinar ultraviolet matahari, badan anda boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan bilangan ganjil elektron, dan apabila mereka terbentuk di dalam badan anda, mereka mencuri elektron daripada sel-sel sihat yang membina kulit anda. Ini boleh menyebabkan satu rantaian tindak balas yang merosakkan, dan itulah di mana antioksidan seperti vitamin E diperlukan.

Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku. Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat, tetapi badan anda tidak boleh menghasilkannya, yang bermakna anda perlu memastikan anda mendapat cukup nutrien berharga ini dalam diet anda. Makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E jika anda tidak boleh mendapatkan cukup melalui pengambilan makanan anda boleh boleh membantu mencegah penuaan pra-matang kulit dan kerosakan DNA anda. 

Vitamin E Shaklee

Terdapat kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka panjang juga boleh mengurangkan "sun burn" yang terjadi akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa mengambil vitamin atau memakai vitamin E menjadikan lesen untuk anda mendedahkan secara langsung kulit kepada sinaran terik matahari, tetapi anda boleh membantu kulit anda kekal sihat dan gebu dengan memastikan anda mendapat cukup vitamin antioksidan ini.


Apakah makanan yang mengandungi Vitamin E?

Vitamin E adalah lemak boleh larut yang banyak didapati di dalam kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab tu la, supplemen vitamin e atau apa-apa barang kosmetik vitamin E ni dalam bentuk minyak. Seorang dewasa sebenarnya memerlukan 15mg vitamin E setiap hari.

Bagus tau kalau anda seorang yang rajin mengunyah kekacang seperti badam, hazelnut, kacang tanah, dan lain-lain, sebab secara tak langsung anda sedang melengkapkan dos vitamin E anda. Walaubagaimanapun, perkataan sedang melengkapkan tu bukan bermakna keperluan vitamin E anda telah pun cukup dengan mengunyah kekacang sahaja. Sayur-sayuran seperti bayam, tomato, asparagus, kentang, buah-buahan epal, avocado, mangga juga mengandungi vitamin E.
Vitamin E Shaklee


Kunci untuk melengkapkan keperluan vitamin E dalam tubuh adalah dengan makan makanan yang seimbang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Zaman yang serba sibuk ni juga mungkin memaksa kita untuk menelan supplemen bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan.

Shaklee ada Vitamin E?

Eh, mesti la ada. Vitamin E yang sangat berkualiti diekstrak dari biji anggur. Apa khasiat biji angggur?? Lain kali la saya cerita. Tambahan bulan disember ni Shaklee offer promosi untuk vitamin E, beli 6 percuma 1. Kongsi2 beli dengan kawan-kawan untuk banyak tau!

Untuk dapatkan vitamin E hebat ini, boleh hubungi saya segera untuk dapatkan penjimatan yang hebat juga. Anda hebat jika anda menjaga diri anda. Kerana anda begitu berharga. Kat bawah ni ada maklumat saya, boleh pilih mana-mana medium pun. InsyaAllah anda takkan kecewa.

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha

COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA



Sunday, 21 December 2014

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Cuba anda belek muka di cermin, ada tak lubang-lubang halus pada kulit muka yang kelihatan seperti kulit limau? Kehadiran liang kulit terbuka atau pori-pori ini menyebabkan kulit muka kelihatan kusam dan tua. Mereka yang mempunyai kulit berminyak biasanya terdedah kepada masalah ini. Liang kulit terbuka yang terdedah ini juga boleh membawa kepada komplikasi lain seperti bintik hitam dan jerawat. Faktor-faktor seperti tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat juga menyumbang kepada pembukaan pori-pori.

Set Kecantikan Shaklee

Sebenarnya memang ada banyak produk kosmetik mahupun kesihatan yang dapat membantu mengatasi masalah liang kulit terbuka ini. Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin kongsikan 10 cara mudah, murah dan berkesan untuk atasi masalah kulit liang terbuka. Tips ini sesuai jika anda rajin, tiada anak kecil yang sentiasa di sisi  dan mengekori anda seperti saya.

set kecantikan shaklee


1. Telur Putih : Putih telur digunakan untuk mengecutkan liang kulit yang terbuka. Topeng putih telur akan membantu menyingkirkan minyak-minyak yang tidak diperlukan pada kulit. Ambil sebiji putih telur, campurkan dengan oat dan 2 sudu teh jus lemon. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit (sementara tu boleh la nak basuh pinggan ke, sidai baju ke, tapi jangan nak bercakap sangat sebab tegang muka tu). Kemudian bilas dengan air sejuk.Cuba la dua kali seminggu, ia sangat sesuai juga untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat elakkan jerawat.

Set Kecantikan Shaklee
2. Jus Timun : Campurkan jus timun yang diblender dengan tepung jagung untuk jadikan ia likat. Sapu pada muka dan biarakan 15 minit. Topeng timun ni bukan saja dapat merawat linag kulit, malahan mencantikkan lagi tekstur kulit.

3. Losyen Tomato: Sapukan jus tomato pada muka dan biarkan ia duduk di muka anda selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam. Tomato mengandungi tahap asid yang tinggi dan kalium, yang membantu untuk mengurangkan parut pada muka.
Set kecantikan Shaklee

4. Kiub Ais: Menggosok sekeping ais atau ketulan ais yang dibalut dengan kain pada kulit adalah salah satu cara terbaik dan berkesan untuk mengecilkan liang roma. Ia juga membantu untuk mengurangkan pengeluaran sebum pada kulit.
Set Kecantikan Shaklee

5. Soda Penaik: soda penaik mempunyai beberapa ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang membantu dalam mengurangkan komplikasi seperti jerawat. Campurkan bahagian yang sama soda dan air panas (2 sudu besar setiap satu), kemudian tenyeh ke muka dan urut perlahan-lahan selama kira-kira 30 saat menggunakan gerakan membulat. Bilas dengan teliti menggunakan air sejuk. Ia membantu membuang sel-sel mati kulit, kotoran, dan kekotoran lain. Soda penaik mengawal kandungan asid kulit dan mengekalkan keseimbangan pH.
Set kecantikan shaklee

6. Scrub Madu & Gula: Ambil 1 sudu besar madu, 1 sudu besar gula perang dan campurkan dengan sedikit jus lemon. Basuh muka dengan air biasa, kemudian gosok dan urut perlahan-lahan pada kawasan yang terjejas selama lebih kurang 3-5 minit. Bilas dengan air suam. Anda juga boleh menggunakan teh hijau dengan gula untuk sebagai scrub.
set kecantikan shaklee

7. Betik: Betik sedap dimakan, bahkan ia juga berkhasiat. Lenyek betik yang sedap tu kemudian sapu pada muka. Biarkan sehingga 20 minit sebelum membilasnya dengan air sejuk. Ia membersihkan kulit muka secara mendalam.

8. Jus Lidah Buaya aka Aloe Vera: Pelembab muka dengan jus aloe vera membantu untuk mengecilkan liang-liang besar. Jus membersihkan dan menyuburkan kulit dan membuang minyak dan kotoran dari liang-liang tersumbat.
set kecantikan shaklee

9. Wap (steaming) : Cara yang paling mudah untuk atasi liang-liang tersumbat pada kulit adalah cara pengewapan atau steaming. Ia membantu liang untuk membuka perlahan-lahan. Liang terbuka memudahkan penyingkiran cepat bakteria dan kekotoran.
set kecantikan shaklee

10. Jus Lemon : Jus lemon juga mengandungi ciri-ciri astringen (sejenis zat untuk mengecutkan kulit). Oleh itu ia membantu menegangkan kulit dan menghilangkan ketersumbatan liang. Ia telah dianggap sebagai salah satu ubat yang paling berkesan untuk bintik hitam. Kandungan asid sitrik yang membantu melonggarkan ikatan kimia yang kotor dengan kulit dan membantu memecahkan ia perlahan-lahan, dengan itu membantu membersihkan liang kulit.

Anda boleh pilih mana-mana cara yang anda rasa mudah dan selesa, yang penting rajin dan istiqamah. Bukannya buat sekali je tapi mengharapkan kesan yang segera.

Jika anda tidak mempunyai cukup masa untuk buat mana-mana tips yang saya kongsikan, boleh la cuba set kecantikan shaklee.




Saturday, 20 December 2014

Atasi Masalah Penyusuan Susu Ibu sebelum Anda Berfikir untuk Berikan Susu Formula kepada Bayi Anda

Salam sejahtera buat semua, kali ini saya nak berkongsi cerita tentang penyusuan susu ibu,bagaimana seorang ibu yang kental dan kuat semangat untuk atasi kekurangan penghasilan susu ibu yang semakin merudum. Pemberian susu badan oleh ibu bekerjaya kini dilihat semakin menjadi pilihan dan ia adalah sesuatu yang sangat positif. Tetapi melakukannya bukanlah semudah ABC, 123.
Set Penyusuan Shaklee

Di dalam penyusuan susu ibu, untuk memastikan bekalan susu ibu Express Breast Milk (EBM) mencukupi memerlukan daya juang yang tinggi, pengorbanan, dan doa yang bersungguh-sungguh. Khasiat susu ibu memang tiada tandingannya, biarpun pelbagai pengeluar susu berjenama cuba memformulasikan susu dengan pelbagai bahan ia tetap takkan dapat menyamai langsung kelebihan susu ibu itu sendiri. Pastinya ibu-ibu di luar sana inginkan yang terbaik untuk anak yang mereka kandungkan dan lahirkan dengan langkah pertama ialah memberikan susu ibu sebagai makanan pertama mereka.
Set Penyusuan Shaklee

Walaubagaimanapun, dek kerana pelbagai kekangan atau kurang semangat, penghasilan susu ibu dalam tempoh awal kelahiran anak tidak membolehkan si ibu menyimpan bekalan susu ibu yang mencukupi untuk penggunaan selepas habis cuti bersalin. Pelbagai faktor yang biasa disuarakan adalah, anak kerap menyusu direct, so tak sempat nak pam, susu tak banyak sangat nanti anak tak cukup bila nak menyusu nanti, dan alasan paling best ialah MALAS nak pam. Ingat ye, bila jadi ibu tak boleh nak malas-malas sangat. Apatah lagi ingin menjayakan penyusuan susu ibu.

Mari saksikan video seorang ibu iaitu Puan Farawahida yang bekerja sebagai jururawat, jadual kerja shift, bekalan susu anak pula tidak banyak, tetapi beliau tekad untuk memastikan anaknya menyusu badan sehingga dua tahun. Mari kita saksikan apa yang dia sanggup lakukan?



Puan Farawahida telah mengambil tindakan yang bijak dengan memilih produk shaklee untuk membantu mengatasi kekurangan susu ibu. Antara produk shaklee yang diambil dengan konsisten ialah:

Set Penyusuan Shaklee

ESP : Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Set Penyusuan Shaklee


Vitaleaianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
Set Penyusuan Shaklee


B Complexlengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.
Set Penyusuan Shaklee


Ostematrix:Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.
Set Penyusuan Shaklee


Alfalfaraja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan penghasilan susu ibu.
Set Penyusuan Shaklee

 Akhir sekali, kejayaan takkan datang tanpa usaha yang berterusan, begitu jugalah untuk berjaya dalam penyusuan ibu. Apabila sekali kita diuji dengan kekurangan susu, berusahalah sehabis baik untuk atasinya ye. Saya juga masih menyusukan anak ketiga saya Nur Atikah Nashuha yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.

Untuk dapatkan set penyusuann shaklee ini, anda boleh hubungi saya melalui:

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:


Tuesday, 16 December 2014

Dek Tersalah Pilih Produk Kecantikan Kulit, 7 Tahun Terpaksa Menanggung Malu

Salam semua, kali ni nak kongsi tentang kesan sekiranya tersalah memilih produk kecantikan kulit. Maunya 40 hari 40 malam tak berhenti meraung bila tersalah pilih produk kecantikan kulit ni. Ye la, dah la muka dah tumbuh jerawat, cari produk untuk atasi jerawat, tapi apa yang berlaku adalah keadaan semakin parah.

Almaklum, kecantikan kulit dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Jerawat sebiji pun adakalanya menjadikan kita resah gelisah, apatah lagi bila jerawat penuh di muka kan. Maka, memilih produk kecantikan kulit yang sesuai adalah satu misi yang perlu diselesaikan.

Mari kita saksikan video ini...




Jangan tunggu muka penuh jerawat baru nak cuba produk shaklee yang best ni tau. Saudari Farizan ini mengambil Vitamin C, Vitamin E dan juga Shaklee Collagen Powder.

Berbaloi sungguh kalau anda bertindak sekarang.. Ya, sekarang! Kerana Bulan Disember ini Bulan Cantik... Ketiga-tiga produk Sustained Released Vit-C, Vit E Complex dan Shaklee Collagen Powder ni tengah promosi. Jauh berbeza daripada harga kebiasaannya.

Segera hubungi saya untuk penjimatan yang berganda-ganda..

JUHAINA MOHAMAD

SMS/Whatssapp/ Call

013-2922464

Facebook:



COD : Krubong, Malim, MITC, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah

Penghantaran : seluruh Malaysia





Monday, 15 December 2014

Kulit Cantik, Licin dan Gebu Mengalahkan Puteri Kayangan turun dari Langit.

     
 Kulit yang cantik, licin dan gebu, umpama puteri kayangan dari langit, siapa yang tak nak? Cuba bagitau saya? Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti tak mau muka mereka dihinggapi jerawat batu ke, jerawat pasir ke, jeragat ke. Ia adalah bendasing yang tidak patut berada di muka kita. Betul tak?


           Allah jadikan azalinya kulit kita ni cantik, licin dan gebu je macam kulit bayi tu. Tapi oleh kerana faktor-faktor pemakanan, hormon, persekitaran dan lain-lain, maka kulit kita yang gebu licin pada asalnya pun mula bertindak balas dengan faktor-faktor yang saya sebutkan tadi.

          Bagaimana jerawat boleh muncul ye? Jerawat ni terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Faktor-faktor untuk setiap orang juga berbeza, ada yang disebabkan hormon (yang ni biasanya remaja), pemakanan (suka makan makanan berminyak), stress dan lain-lain.
Set Kecantikan Shaklee
Ewww....jerawat!!

           Jeragat pula biasanya sangat suka menyinggah di atas muka orang yang berkulit cerah. Ia adalah seperti tompokan hitam yang biasanya ada di pipi. Jeragat ni muncul sebab terdedah kepada cahaya terik matahari, penggunaan hormon seperti pil perancang, dan juga pengunaan kosmetik yang tidak sesuai.
Set Kecantikan Shaklee

          Walau apa sebab sekalipun jerawat atau jeragat itu muncul di muka anda, percayalah, kita berhak mendapatkan kulit yang cantik, licin dan gebu tau. Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika kulit muka anda berjerawat dan berjeragat? Apakah langkah yang perlu dilakukan?
             Saya nak kongsikan petua tradisional cara hilangkan jeragat.

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.


Rajinkah anda semua nak buat tu semua?? Huhu, kalau saya sejujurnya memang tak sempat.. sempat mandi pun dah Alhamdulillah. Anak dah stand by tunggu depan pintu toilet. Saya perlukan cara lain yang lebih pantas tetapi berkesan. Apakah caranya? 

Lihat video seorang wanita yang mengalami masalah kulit muka yang kronik akhirnya berjaya mengatasi masalah itu.



Set Kecantikan Shaklee


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
set Kecantikan Shaklee

Apa mereka kata tentang set kecantikan Shaklee


Set kecantikan shaklee




Bagaimana untuk mendapatkn set ini dengan penjimatan berganda? Boleh hubungi saya melalui 

SMS/Whatssapp/ Call

013-2922464

Facebook:


COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah

Penghantaran : seluruh Malaysia





Friday, 21 November 2014

Kaedah Bersunat atau Berkhatan yang Paling Mudah dan Selamat agar Anak Anda tidak Meraung Sepanjang Hari

Salam ceria semua, sekarang ni dah mula cuti persekolahan. Ibu-ibu dapat rehat sikit dari rutin gosok baju sekolah anak, kelam kabut pagi-pagi nak kejut anak, sediakan breakfast dan pelbagai drama pagi yang sungguh kalut itu pun reda buat seketika. Mesti ramai juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah agar masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah. Takde la dok hadap gadjet memanjang kan. Begitu juga aktiviti bersunat atau berkhatan untuk anak teruna masing-masing. Ada yang anjurkan bersunat secara berjemaah... seronok tu! Siap siram dengan air pili bomba...hehe.... tu kat bandar la. Nak berkubang kat sungai takde..:-). Ada juga yang bersunat secara persendirian, bawak anak gi klinik yang terpilih untuk disunatkan. Bersunat sendirian ni lebih menjimatkan masa la, sebab tak perlu tunggu turn ramai-ramai. Jadi, ibu-ibu bapa bapa dah survey ke kaedah bersunat atau berkhatan yang paling mudah dan selamat? Sebenarnya ummi ni pun tengah survey untuk menyunatkan anakanda sulungku Ammar Fakhri yang sudah berumur 6 tahun.


kaedah berkhatan
Anakanda Ammar Fakhri


Ummi dah berkali-kali tanya Ammar, "Ammar sunat ye tahun ni", "Ok Ummi, sunat tak sakit pun kan. Macam kene gigit semut kan ummi. Bukan macam kene gigit harimau. Mail tipu je kan.", kesan dari cite upin ipin. Bagus la citer upin ipin tu, banyak mempengahruhi jiwa anak-anak (yang positif). Lepas tu nanti ummi tanya lagi "Ammar sunat ye", "Ammar kan dah kata nak!", anakanda menjawab. Huh,  ummi yang telebih risau ni...betul ke Ammar dah ready nak kene sunat. Ummi tanya lagi di waktu yang lain, "Ammar sunat ye?", Ammar jawab "Nak, tapi doktornya yang macam dalam cerita upin ipin tu. Bagi lolipop kat Ammar, pastu Ammar makan, lepas tu doktor kata dah siap. Tahniah! adik dah selamat bersunat." Gulp... telan air liur ummi.. ada ke doktor nak bagi lolipop? Mungkin ummi yang kene bersepakat dengan doktor bagi lolipop untuk diberi pada Ammar...hehe.

kaedah berkhatan



Maka ummi pun dengan sibuknya study tentang kaedah bersunat.


Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakanwajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.
Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.

Kaaedah berkhatan pula, ada beberapa cara yang ummi share dari blog seorang doktor perubatan. Sila baca apa yang ummi pun baca ye.


KAEDAH KONVENSIONAL
Kaedah konvensional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.Kaedah berkhatan
Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.
Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai "laser" walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2500 - RM 5000 mengikut jenisnya. Oleh itu bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. (Saya pun pinjam dengan orang). Cautery menggunakan bateri daripada jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM 2000. 
Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih juga digunakan oleh sebilangan doktor. Pakar bedah plastik yang mengajar saya berkhatan dahulu pun masih menggunakan kaedah ini. Pendarahan diberhentikan menggunakan teknik "Ligation" iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana, saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.




kaedah berkhatan
Walaubagaimanapun, cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery.
Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

KAEDAH KLAMP
Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terikini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.
Jika tak silap saya salah satu klamp yang awal dihasilkan berasal daripada idea seorang doktor berketurunan sikh di Malaysia. Aneh kan? Seorang Doktor yang bukan Islam menghasilkan satu alat yang rata-ratanya orang Islam yang banyak menggunakannya.
Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

  Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.
Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200 hingga RM 350 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150- RM 180 sekiranya diadakan berkahatan beramai-ramai kerana dari segi bilangan peserta yang ramai akan mengurangkan kos.
Ada ramai doktor yang tidak beberapa menyukai kaedah klamp. Ini juga termasuk saya. Ada juga yang pada awalnya menggunakan klamp tetapi akhirnya bertukar kepada kaedah khatan konvensional.
Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.
Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.
Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.


KESIMPULAN
Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan, pantas dan mudah dijaga maka pilihlah klamp.

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang masih mengekalkan tradisi lama. 

Setelah membaca entry doktor azwan tu, ummi masih berkira-kira lagi nak guna kaedah apa nak sunatkan anakanda Ammar ni. Bagi ibu-ibu di luar sana, pilihlah mana-mana kaedah pun. Jangan lupa berdoa yang terbaik untuk anak. Insya Allah apa-apa cara pun ok. 


Nanti kalau Ammar dah bersunat, ummi share cerita ye.




Friday, 14 November 2014

4 Sebab Berat Badan Anda Tidak Turun-turun

Berat badan yang ideal...semua orang mahu. Betul tak? Adakah anda salah seorang yang telah berusaha pelbagai cara, pelbagai petua, berhabisan wang ringgit untuk mengembalikan berat badan ideal anda tetapi berat badan anda tetap tidak turun-turun? Jadi anda mungkin perlu teliti sebab-sebab yang menyebabkan berat badan anda tidak turun-turun itu kenapa. Bila dah tau sebabnya, barulah boleh cara kaedah yang sesuai untuk atasinya...betul tak?
Menurunkan berat badan
Alamak ada quitick kat kuku lak. Kaki sapa la ni... (sumber google)
Makanya, ku ingin kongsikan dalam entry ku ini antara 4 sebab berat badan tidak turun setelah pelbagai usaha diet dilakukan.

1. Berlakunya Operasi Defisit Tenaga dalam Badan.
Apabila terdapat defisit tenaga kronik (lebih sedikit kalori datang daripada pergi keluar), dari masa ke masa badan mula memikirkan bahawa makanan sukar didapati. Ini menyebabkan badan berpegang kepada lemak sebagai satu cara untuk melindungi dirinya. Untuk membuat analogi, fikirkan badan anda seperti sebuah rumah. Jika anda tidak membuat wang yang cukup untuk membayar bil elektrik anda, apa yang anda lakukan? Biasanya kita akan fikirkan cara untuk meminimumkan penggunaan elektrik seperti jangan pasang aircond walaupun kepanasan, masak nasi guna periuk atas api, dan lain-lain. Harapnya situasi itu tak berlaku..huhu. Jadi, badan ini beroperasi dengan cara yang sama. Apabila tidak ada kalori yang cukup yang datang, badan menjimatkan tenaga dengan mengurangkan suhu badan (memperlahankan metabolisme), menolak jus pencernaan (membuat penghadaman lemah), mengurangkan nadi, dan memperlahankan fungsi tiroid (mengakibatkan tenaga yang kurang). Ini adalah tindak balas survival terbina dalam oleh badan, untuk membantu anda pergi lagi pada kurang makanan. Ini sering didorong melalui pengiraan kalori dan berdiet.
2. Anda Tidak Sihat dengan Sebenar-benar sihat
Menurunkan berat badan
Sihatkah aku???

Berat badan bukan keutamaan apabila badan anda dan organ-organ dalaman tidak dipelihara. Tiada jalan pintas untuk turunkan berat badan, ia harus datang hanya selepas badan adalah cukup sihat untuk melakukannya secara semulajadi. 
3. Anda Makan Makanan yang Melebihi Keupayaan Penghadaman Badan Anda
Menurunkan berat badan
Comelnya baby nak makan tembikai besar.
Ha, yang ni rasanya memang diriku la. Bab makan serah je kat ummi Ammar ni...hai. Apabila anda makan makanan yang melebihi keupayaan tubuh untuk mencerna, maka makanan-makanan itu akan mengerjakan anda.Ambik, kene kerjakan dengan makanan plak!.  Ini adalah perkara biasa bagi orang-orang yang bergelut dengan hutang pemakanan (kira macam qodho' makan). Kekurangan pemakanan membuat tubuh lebih sensitif kepada sukar untuk mencerna makanan, terutamanya susu dan gluten. Badan anda perlu membuang makanan tersebut. Setelah sistem badan normal, bolehlah makan lagi. Tapi, dalam Islam pun kan dh ajar makan ketika lapar , berhenti sebelum kenyang.
Menurunkan berat badan

4. Anda Mengabaikan Langsung Pengambilan Karbohidrat dan/ atau Gula 
Apabila anda tidak cukup makan karbohidrat yang tepat yang penting untuk merangsang metabolisma dan penukaran hormon tiroid (T4 kepada T3) di dalam hati, penurunan berat badan adalah hampir mustahil. Tanpa sebuah kedai yang cukup karbohidrat (glikogen) di dalam hati, badan tidak akan membuat cukup penukaran tiroid yang sangat penting ini. 
Begitulah kisahnya 4 sebab kenapa agaknya berat badan anda tidak turun-turun. Jadi, walaupun anda mungkin sedang berdiet untuk menurunkan berat badan, check juga faktor-faktor yang ku tuliskan tau.
Terima kasih sudi membaca..
Untuk dapatkan pelbagai produk kesihatan shaklee, dengan segala hormatnya hubungilah saya. Konsultasi percuma untuk pelanggan yang dikasihi.



Juhaina binti Mohammad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia

Tuesday, 28 October 2014

Kebaikan ESP Shaklee di Sebalik Keburukan Soya yang Sering Digembar-gemburkan

Soya tidak baik untuk kesihatan?

Saya percaya dengan kecanggihan teknologi komunikasi kini, segala maklumat hanya di hujung jari. Begitu juga dengan desas desus yang mengatakan soya tidak baik untuk kesihatan. Soya dikatakan berkhasiat hanyalah agenda orang barat kerana mereka adalah pengeluar terbesar soya. Benarkah hal ini?? Adakah memang benar soya ni tidak berkhasiat langsung? Satu hal yang kita perlu yakin, setiap kejadian Allah pasti ada kebaikannya. Walaubagaimanapun, marilah kita lihat apa yang BURUKNYA soya ni.
ESP shaklee
Ni ler rupenya pokok soya

Adapun keburukan yang pertama, soya mengandungi asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Ha, nnt dah minum soya lepas tu makan makanan lain yang berkhasiat tapi tak berguna, sebab ada asid phytic tu.

Seterusnya, ketidakbaikan soya yang kedua ialah mengandungi hemaglutinin. Hemaglutinin ini merupakan zat yang menyebabkan sel darah merah bergumpal. Apabila darah bergumpal, ia akan membawa kesan yang berbahaya kepada sistem tubuh.

Lagi keburukan soya ialah mengandungi goitrogen yang menyebabkan fungsi tiroid menjadi lemah. Yang keempat, soya selalunya diubahsuai genetiknya untuk menghasilkan saiz soya yang lebih besar, cantik dan sebagainya. Pengubahsuaian ini dilakukan dengan cara yang tidak selamat, seperti penggunaan racun perosak. Yang kelima, soya mengandungi natural toxin yang tinggi. Ia merupakan antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk terus untuk proses penghadaman. Kesannya, perut kembung, kekurangan asid amino, dan kerosakan pankreas. Ada lagi beberapa keburukan soya yang selalu digembar gemburkan tetapi saya tidak kongsikan di sini.

Walaubagaimanapun, saya percaya yang ramai di luar sana adalah penggemar soya seperti air soya, taufufa panas, dan lain2. Apa2 pun sebenarnya wasatiah itu penting.. Berlebih2 itu daripada syaitan. Jangan pula hari2 nk kene minum bergelen-gelen air soya.... 

Kenapa ESP Shaklee Selamat Dinikmati?


Wah, ayat dinikmati tu nampak tak macam lazatnya ESP tu.. Betul, memang lazat, kalau campur susu segar atau penuh Karim kemudian shake shake shake...hasilnya penuh rasa soya yang lazat..perut pun rasa kenyang. Eh eh, bukan nak cerita pasal no sebenarnya. Berbalik kepada isu sama ada ESP Shaklee selamat atau pun tidak, kits perlulah teliti ciri-ciri penghasilan ESP ITU sendiri atau lebih tepat ciri-ciri ESP Shaklee.
Kebaikan ESP Shaklee

Yang pertama sekali, soya yang digunakan adalah Non GMO..ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO.kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi.


Kebaikan ESP Shaklee
Kandungan asid amino perlu dalam ESP


Adapun ciri kedua yang perlu dipertimbangkan adalah protein soya tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu.. Kalau nak tau, badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. Sekiranya salah satu daripada asid amino perlu ini tiada, tahap sistem imunisasi badan kita akan menurun sehingga 30% dan kebanyakan fungsi tubuh akan terganggu dan paling parah mungkin ia akan berhenti berfungsi. Ya, dalam ESP Shaklee ni mengandungi kesemua 9 asid amino perlu yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Ini dia nama-nama asid amino tersebut:

  • Isoleucine
  • Leucine
  • Lisin
  • Methionine
  • Phenylalanine
  • Serine
  • Threonine
  • Tryptophan
  • Valine
Semua asid amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap. Jadi ESP adalah pelengkap protein anda!

Ketiga, dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol. Alkohol yang digunakan untuk proses pembersihan soy flakes akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

Keempat, bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan.. Shaklee melakukan proses penyingkiran bahan-bahan yang tidak diperlukan ini, dalam masa memastikan kandungan asid amino dan isoflavone kekal.

Kelima, mesti tidak melalui proses pemanasan ketika menghasilkan protein. Ini adalah kerana, asid amino ni sgt sensitif dgn suhu yg panas. Asid amino akan termusnah jika terdedah kepada suhu yang tinggi.

Kebaikan ESP Shaklee
Nampak tak kandungan Calcium tu???
Yang keenam, Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur Kalsium... Terdapat kajian yang menyatakan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Justeru itu, unsur Kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium. Berbeza dengan ESP Shaklee ye.

Kesimpulannya di sini, apa yang digemparkan tentang keburukan soya itu bukanlah kerana soya itu tidak berkhasiat, tetapi tangan-tangan manusia yang hanya memikirkan keuntungan diri sahaja sehingga mengabaikan cara yang selamat dalam pengendalian dan penghasilan protein soya itulah yang menyebabkan soya yang kita selalu minum jadi tidak bagus. Tak sampai hati nak kata buruk sangat soya ni kerana, saya pun minum je air kotak soya yang dijual, kadang-kadang beli air soya kat pasar malam, cuma dalam kadar yang sederhana tau. Jangan berlebih-lebih! Saya juga ingin menekankan bahawa ESP Shaklee telah melalui pelbagai ujian makmal R&D nya, hasil kajian bertahun-tahun, dan InsyaAllah ia bukan sahaja selamat, malahan baik untuk kesihatan.

Untuk dapatkan pelbagai produk kesihatan shaklee, dengan segala hormatnya hubungilah saya. Konsultasi percuma untuk pelanggan yang dikasihi.


Juhaina binti Mohammad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464
COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia