Benarkah Vitamin E Memberi Impak kepada Kecantikan Kulit Muka anda?

Saya masih ingat lagi masa saya belajar di kampus, saya dah mula menggunakan minyak vitamin E untuk hilangkan parut jerawat di muka. Parut jerawat kat muka takde la banyak sangat tapi very the obvious la kat muka tu. Tanpa saya sedari, saya tau yang vitamin E memang selalu dikaitkan dengan kecantikan kulit. Saya yakin juga apabila saya yang tidak begitu teliti tentang kecantikan kulit ni pun boleh tau akan khasiat vitamin E apatah lagi ramai wanita kat luar sana yang lebih mementingkan kecantikan kulit.

vitamin E Shaklee
bukan muka saya

Walaubagaimanapun, tetapi tidak ramai orang yang boleh memberitahu anda apakah sebenarnya yang dilakukan oleh nutrien ini.Sebenarnya, vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan memperbaiki kulit anda.

Apakah antioksidan sebenarnya?

Antioksidan adalah ejen yang meneutralkan kesan oksida radikal bebas, yang merupakan molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kekeringan kulit, garis-garis halus dan kedutan. Secara kimia yang mudah dapat menjelaskan bagaimana vitamin E melakukannya. Atom yang membina tubuh badan anda cuba untuk mengekalkan nombor genap elektron dan itu yang menjadikan mereka stabil. 

Jika atom mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ia akan mencuri elektron daripada atom lain untuk menjadi stabil. Apabila kulit anda terdedah kepada dari faktor luar, seperti sinar ultraviolet matahari, badan anda boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan bilangan ganjil elektron, dan apabila mereka terbentuk di dalam badan anda, mereka mencuri elektron daripada sel-sel sihat yang membina kulit anda. Ini boleh menyebabkan satu rantaian tindak balas yang merosakkan, dan itulah di mana antioksidan seperti vitamin E diperlukan.

Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel daripada berlaku. Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat, tetapi badan anda tidak boleh menghasilkannya, yang bermakna anda perlu memastikan anda mendapat cukup nutrien berharga ini dalam diet anda. Makan makanan yang tinggi vitamin E dan mengambil makanan tambahan vitamin E jika anda tidak boleh mendapatkan cukup melalui pengambilan makanan anda boleh boleh membantu mencegah penuaan pra-matang kulit dan kerosakan DNA anda. 

Vitamin E Shaklee

Terdapat kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka panjang juga boleh mengurangkan "sun burn" yang terjadi akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa mengambil vitamin atau memakai vitamin E menjadikan lesen untuk anda mendedahkan secara langsung kulit kepada sinaran terik matahari, tetapi anda boleh membantu kulit anda kekal sihat dan gebu dengan memastikan anda mendapat cukup vitamin antioksidan ini.


Apakah makanan yang mengandungi Vitamin E?

Vitamin E adalah lemak boleh larut yang banyak didapati di dalam kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab tu la, supplemen vitamin e atau apa-apa barang kosmetik vitamin E ni dalam bentuk minyak. Seorang dewasa sebenarnya memerlukan 15mg vitamin E setiap hari.

Bagus tau kalau anda seorang yang rajin mengunyah kekacang seperti badam, hazelnut, kacang tanah, dan lain-lain, sebab secara tak langsung anda sedang melengkapkan dos vitamin E anda. Walaubagaimanapun, perkataan sedang melengkapkan tu bukan bermakna keperluan vitamin E anda telah pun cukup dengan mengunyah kekacang sahaja. Sayur-sayuran seperti bayam, tomato, asparagus, kentang, buah-buahan epal, avocado, mangga juga mengandungi vitamin E.
Vitamin E Shaklee


Kunci untuk melengkapkan keperluan vitamin E dalam tubuh adalah dengan makan makanan yang seimbang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Zaman yang serba sibuk ni juga mungkin memaksa kita untuk menelan supplemen bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan.

Shaklee ada Vitamin E?

Eh, mesti la ada. Vitamin E yang sangat berkualiti diekstrak dari biji anggur. Apa khasiat biji angggur?? Lain kali la saya cerita. Tambahan bulan disember ni Shaklee offer promosi untuk vitamin E, beli 6 percuma 1. Kongsi2 beli dengan kawan-kawan untuk banyak tau!

Untuk dapatkan vitamin E hebat ini, boleh hubungi saya segera untuk dapatkan penjimatan yang hebat juga. Anda hebat jika anda menjaga diri anda. Kerana anda begitu berharga. Kat bawah ni ada maklumat saya, boleh pilih mana-mana medium pun. InsyaAllah anda takkan kecewa.

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha

COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA



Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan