Thursday, 28 January 2016

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Assalamualaikum, salam jumaat yang penuh rahmat. Allahumma solli 'ala Muhammad...

Kali ini, saya nak kongsikan puisi yang selalu saya dengar dalam radio IKIM FM, oleh seorang ustazah dari Indonesia iaitu ustzah Halimah Al Aydrus. Biar saya dengar banyak kali pun, air mata saya akan tetap menitis dek kerana terkesan dengan setiap bait puisi itu. Cuba lah baca, dan hayatinya wahai wanita.
video

Perempuan       
Duhai.. 
Siapakah kau ini??          
Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda             
Permata yg siang malam dijaga keduanya..         
               
Jika jd pasangan, ia adalah kesenangan terindah              
Surga untuk pasangann'a di dunia..         
               
Jika jd orangtua, waahh               
Surga itu telah berpindah ditelapak kakinya        
Ia bawa kemana2..         
               
Nabi pun membilangnya sebagai tiang  
Tatkala kehidupan adalah bangunan      
               
Ya, engkaulah tiang itu  
Engkaulah perempuan..               
               
Perempuan adalah tiang negara, jika perempuan baik, baiklah negaranya. Jika perempuan rusak, hancurlah negaranya 
               
Engkaulah tiang dalam bangunan rumah tanggamu         
Engkaulah sandaran bagi dinding, pintu, atap &jendela 
               
Nabi selalu benar memilih istilah kata    
Karena dirumahmu, semua urusan kepadamu bertumpu             
Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan      
Sebagai sandaran kokohmu adalah karang dilautan         
Tidak rentan diterjang angin &badai       
               
Tapi aku tak sekuat itu.. Katamu               
aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini           
Zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh          
Aku begitu lemah, aku tertindas, teraniaya.. Katamu pula.           
               
Tunggu, wahai perempuan         
Kau lupa,            
ada Allah dalam hidupmu, yg siap menanggung segala keluh      
ada Allah dalam harimu, sumber kekuatan yg penuh      
ada Allah dalam hatimu, jika kau serahkan pada-Nya segala sesuatu, Ia akan menjaganya hingga utuh.  

Maka, dlm tiap gerimis kesedihan           
Hanyutkan dirimu dlm dzikir panjang malammu
Dlm tiap kerikil tajam dijalanan, benamkan wajahmu dlm sujud kepasrahan        
Dlm tiap duka yg menyapa, hanyutkan airmatamu dlm sungai kasih-Nya               
Dlm tiap nestapa, larutkan pahit airmatamu dlm manis cinta-Nya              
Dan dlm tiap kelabu langitmu,   
Panggillah nama-Nya     
Allah.. Allah.. Allah..       
Dan tunggulah, hingga Ia merubah mendungmu menjadi pelangi di gelap malam        

Betapa kasihnya Allah dan Rasul kepada kita wanita, bila mana menjadi anak permata hati ibu dan bapa, jadi isteri syurga buat suami, jadi ibu syurga di tapak kaki. Dalam keindahan kata itu, pastinya ada jerit dan perih yang akan kita lalui. Terutama setelah kita menjadi isteri dan ibu, adakala kita tersangat penat, hati kita sedih, terasa banyaknya beban yang terpikul di bahu. Kita terasa betapa tak adilnya dunia ini kepada kita seorang wanita, kudrat yang tidak seberapa tetapi harus dikerah lagi demi keharmonia keluarga.

Tetapi, jangan kita lupa yang kita ada Allah dalam hidup kita. Sumber segala kekuatan dari segala sumber. Vitamin pun tak boleh lawan tau. Luangkanlah masa yang kita ada untuk bermunajat kepadaNya. Menangislah, merayulah, memohonlah apa saja yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu, Maha mengkabulkan doa hambaNya. Jika hati terluka dengan kelakuan anak-anak dan suami, mintalah Allah supaya tetap tenangkan hati kita. Tiada manusia di dunia ini yang sempurna termasuklah diri kita juga. Maafkanlah....pastinya esok akan lebih membahagiakan hati wanitamu...

Sambil baca puisi, dengar sekali puisi yang ustazah Halimah baca, mesti meleleh air mata.

Wassalam

Salam sayang,
Ummi Ammar Anas Atikah

Monday, 25 January 2016

Coretan Ringkas Ummi untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum, alahai rindunya kat blog sendiri. Tersangat la sibuk dengan urusan keduniaan sampai tak ingat nak update blog sendiri. (ini semua alasan)..huhu.

Sedar tak sedar, dah nak habis bulan januari 2016. Rasa macam baru je kot tukar kalendar 2015. Betapa masa yang berlalu sangat pantas sekarang ni. Anak-anak semakin membesar, umur ummi abah semakin pun makin banyak angkanya. Bersyukur Allah masih bagi pinjam nyawa untuk ummi dan abah menjaga amanah Allah yang terindah Ammar Fakhri, Muhammad Anas Syahmi dan Nur Atikah Nashuha. Rasanya, 24 jam yang ummi ada, memang kebanyakannya hanya berkisar tentang korang bertiga. 

Ammar Fakhri dah masuk darjah dua. Dah selamat berkhatan hujung tahun 2015 dengan jayanya...ummi bangga dengan Ammar (terharu anak dah bujang). Semakin mudah diuruskan, untuk ke sekolah, suruh solat pun akan pasti buat walaupun mungkin lengah2 dan tahap kelajuan solat tu macam ETS, mengaji Al-Quran, buat homework. Bagi ummi, semua itu ada peningkatan berbanding tahun lepas. Ya Allah, menguji kesabaran kalau nak suruh solat, mengaji dan buat homework. Kipidap Ammar, dongibab (bahasa budak skrg, jangan amalkan).

Muhammad Anas Syahmi akan masuk 5 tahun...fasa yang menguji kesabaran ummi dan abah. Anak-anak memang ujian untuk kita. Tapi ummi yakin, itu hanyalah satu fasa untuk Anas yang semakin matang. Sifatnya yang peramah, ceria dan happy go lucky memang akan menyenangkan hati sesiapa saja, tetapi bila dia bertukar angin, ummi dan abah je yang selalu hadap..kikiki..ok aje. Sebenarnya, Anas saje nak suruh ummi dan abah belajar lagi kan, how to be a good parent. How to tackle your attention. Terima kasih wahai anak...

Nur Atikah Nashuha, puteri nan seorang ni pun semakin mudah dijaga. Berusia 2 tahun 5 bulan, masih lagi menyusu badan (camno la nak wean off ni). Masa baby sangat fragile, mudah demam, budak kena batuk dan selesema sampai berbunyi paru2. Alhamdulillah, semakin kuat daya tahan sekarang ni. Tapi sayangnya, gigi rongak 4 batang kat depan..ummi syak kerana kesan pengambilan ubat homeopathy pada waktu baby (gigi kuar sebelum 6 bulan lagi), dan juga faktor ummi sendiri yang tak gosokkan gigi waktu baby. Huhu..ummi minta maaf ye ATikah..tapi skrang ummi akan pastikan sebelum tido mesti gosok gigi. Tanak gigi lain pun rosak juga. Nanti dah tumbuh gigi kekal, jaga elok2 ye.

Encik suami????Tanpa dia, saya takkan mampu jadi ummi yang baik. Berkorban masa dan tenaga untuk membantu pastikan anak-anak terurus, dihantar ke sekolah yang baik. Semoga keluarga kita sentiasa dalam sakinah, mawaddah dan rahmah.

Semoga Tahun 2016 lebih ceria, bahagia dan positif selalu.

Salam Sayang,

Ummi Ammar Anas Atikah