Posts

Showing posts from 2013

5 Sebab Wanita Memerlukan Omega-3

Image
Perkataan LEMAK memang amat ditakuti oleh kebanyakan wanita, sehingga timbul dendam yang mendalam dengan segala lemak yang ada di dunia ini. Tapi usahlah berdendam dengan lemak baik yang memang penting untuk diet seharian kita. Lemak tepu ( yang terdapat dalam daging , tenusu dan telur) atau lemak trans ( didapati dalam makanan seperti kentang goreng , kuih , kek, dan lain-lain ) adalah lemak yang tidak baik untuk badan. Lemak ini akan membawa kepada simptom arteri tersumbat dan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit koronari. Walaubagaimanapun, tidak semua lemak diet adalah sama. Terdapat satu jenis lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh kita iaitu Omega-3. Omega-3 adalah sejenis lemak politaktepu yang penting untuk kesihatan yang optimum. Namun, tubuh manusia tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi ia adalah penting untuk mendapatkan Omega -3 dalam diet harian anda. Terdapat pelbagai bentuk omega -3 asid lemak - alfa -linolenik (ALA), asid docosahexaenoic (DHA)

Khasiat Omega 3 Terhadap Kesihatan Tubuh Manusia

Image
Artikel ini dipetik dari laman web PRISTIN. Gelatin Ikan dan kepentingan kesihatan 1. Adakah Omega-3 membantu dalam sindrom kepenatan melampau? EPA bersama dengan asid linolenik gama (GLA) yang hadir di dalam minyak ikan mambantu pengurangan asid lemak di dalam sindrom kepenatan terlampau. Menurut kajian dari Hospital Hammersmith, UK pengambilan tambahan asid lemak Omega-3 dapat membantu di dalam perubatan sindrom ini. Ini adalah kerana Omega-3 mampu mengurangkan pengeluaran cytokine yang dikaitkan denan sindrom kepenatan terlampau (Journal Acta Psychiatrica Scandinavica, 2002). 2. Bolehkah Omega-3 mambantu di dalam mood disorder? Data-data yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji seluruh dunia menunjukkan bahawa EPA bersama dengan DHA membantu di dalam 'mood disorder'. Akibat daripada kekurangan pengambilan lemak, kita mendapat jumlah jumlah asid lemak Omega-3 yg kurang untuk fungsi otak yang sihat dan tahap mood seseorang. Kemurungan adalah lebih b

Merawat Bayi Batuk dan Selesema

Salam ceria semua... fuh..ummi ni baru bleh nak ceria. Bayiku Nashuha diserang virus. Pakej lengkap dia dapat batuk, selesema dan demam. berjangkit dari umminya yang telah menerima jangkitan dari abang-abangnya. Kesian ummi tengok bayi sekecil itu terbatuk-batuk, dan yang paling merisaukan adalah demamnya. Yelah demam boleh membawa kepada sawan dan kalau tidak bernasib baik boleh memberi kesan kepada perkembangannya. Bagaimana yang dikatakan demam itu?? Demam adalah kenaikan suhu tubuh di atas normal. Berikut adalah tanda-tanda anak kita demam:- Suhu badan yg diambil di telinga lebih daripada 38 darjah celcius Suhu badan di dalam mulut lebih daripada 37.5 darjah celcius Suhu badan di ketiak lebih daripada 37.2 darjah celcius Tapi naluri keibuan kita akan tahu dengan memegang anggota tubuhnya, kita dapat merasakan yang anak kita demam. Tapi kalau boleh pastikan anda ada penyukat suhu atau termometer di rumah untuk sekurang-kurangnya menenangkan hati kita atau memberi kita si
Kenapa Tubuh kita Perlukan Supplemen @ Makanan Tambahan?? Haaa tajuk common kan?? Tapi inilah hakikatnya... tubuh kita perlukan bantuan pemakanan yang seimbang. Mungkin kita rasa kita dah ambil pemakanan yang seimbang, contohnya protein dah ada dalam lauk2 yg kita makan mcm ikan, ayam, telur dsb. sayur-sayuran pn kita makan dengan harapan ia membekalkan keperluan vitamin kepada tubuh kita... Tapi korang sume mesti pernah belajar camne bila masak sayur tu tak boleh sampai terlalu layu nnt hilang zat. Bagi sy sendiri pun selalu termasak sampai layu...huhu.. ni kes nak buat baaanyak keje dalam satu masa, (kalau bleh nk bahagi2 badan ni). Akibatnya makan le kita sayur yg kurang dh zatnya tu... apath lagi kalau kita selalu makan di luar (kedai), of course penyedap rasa pun banyak dimasukkan dalam makanan kita. Jadi, boleh tak kita nk jamin kita sudah makan makanan yang seimbang khasiatnya? Sy listkan sebab kenapa kita perlukan supplemen/ vitamin tambahan : Tidak mengikut piramid mak