Khasiat Omega 3 Terhadap Kesihatan Tubuh Manusia





Artikel ini dipetik dari laman web PRISTIN.

Gelatin Ikan dan kepentingan kesihatan


1. Adakah Omega-3 membantu dalam sindrom kepenatan melampau?
EPA bersama dengan asid linolenik gama (GLA) yang hadir di dalam minyak ikan mambantu pengurangan asid lemak di dalam sindrom kepenatan terlampau. Menurut kajian dari Hospital Hammersmith, UK pengambilan tambahan asid lemak Omega-3 dapat membantu di dalam perubatan sindrom ini. Ini adalah kerana Omega-3 mampu mengurangkan pengeluaran cytokine yang dikaitkan denan sindrom kepenatan terlampau (Journal Acta Psychiatrica Scandinavica, 2002).



2. Bolehkah Omega-3 mambantu di dalam mood disorder?
Data-data yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji seluruh dunia menunjukkan bahawa EPA bersama dengan DHA membantu di dalam 'mood disorder'. Akibat daripada kekurangan pengambilan lemak, kita mendapat jumlah jumlah asid lemak Omega-3 yg kurang untuk fungsi otak yang sihat dan tahap mood seseorang. Kemurungan adalah lebih berhubung kait dengan penyakt koronari arteri daripada kepelbagaian personaliti yang lain, kemungkinan kerana kedua-duanya berpunca daripada kekurangan asid lemak Omega-3.

3. Adakah minyak ikan Omega-3 membantu kepada asma?
Sudah tentu, asid-asid lemak Omega-3 telah dicatatkan mempunyai kesan anti-keradangan. Satu kajian telah dijalankan ke atas 29 orang kanak-kanak yang mempunyai asma salur pernafasan. Mereka telah diberikan supplemen pemakanan minyak ikan selama 10 bulan. Kumpulan tersebut seterusnya telah dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak diberikan sebarang supplemen minyak ikan. Mata bagi simptom-simptom asma berkurangan dalam kumpulan yang mengamalkan minyak ikan, tetapi tidak kepada kumpulan kawalan. (Eup Respair J.2000 Nov; 861 -5.).

Satu lagi kajian yang dijalankan di Australia telah menyimpulkan bahawa pengamalan minyak Omega-6 yang tinggi daripada majerin dan minyak sayur-sayuran sebenarnya meningkatkan risiko asma. Kajian ini menunjukkan bahawa minyak Omega-6 mendorong keradangan dan minyak ikan Omega-3, sebaliknya, bersifat anti-keradangan. (Thorax 2001 Royal Children Hospital Melbourne, Australia).

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa supplemen minyak ikan Omega-3 memberikan kesan anti-keradangan kepada penyakit paru-paru kronik yang disifatkan oleh kesukaran dalam pernafasan. (Chest 2005;28:3817-3827). la memberikan kesan perlindungan kepada perigecutan salur pernafasan yang dicetuskan oleh senaman (EIB). (Chest 2006;129:39-49)

4. Bagaimanakah Omega-3 melawan penyakit asma?
Ketika menghadapi serangan asma, badan pesakit akan menghasilkan lebih 3X bahan keradangan yang dipanggil 'leukotriene B4' atauipun LTB4. ubat yang diberi berfungsi dgn menahan pengeluaran LTB4. malangnya terdapat beberapa kesan terhadap pesakit. Asid lemak Omega-3 juga bertindak menahan pengeluaran ini tetapi dengan cara yang berbeza. Omega-3 menyebabkan system daya tahan badan menghasilkan lebih sedikit LTB4 dan meningkatkan pengeluaran bahn saing lain dipanggil LTB5 yang mempunyai kesan penyekatan. Semakin banyak LTB5 dihasilkan semakin kurang serangan penyakit asma

5. Adakah minyak ikan Omega-3 membantu kepada arthritis?
Supplemen EPA dapat mengurangkan kekakuan pada sebelah pagi, kesakitan dan pembengkakan sendi-sendi serta memudahkan pergerakan yang mungkin melumpuhkan arthritis. (Adv. Ther 2002 Mar-Apr:19 (2)101)."Eicosanoids buruk" yang dihasilkan daripada pengambilan karbohidrat ringkas dan minyak Omega-6 yang berlebihan, menggalakkan keradangan pada sendi. Supplemen minyak ikan Omega-3 menindas penghasilan eicosanoids buruk tersebut. (Atherosclerosis, 1990:81: 209-216).

Supplemen minyak ikan sebenarnya memperbaiki tahap kesihatan klinikal pesakit-pesakit yang mengidapi rheumatoid arthritis (J. Rheumatol 2000 Oct: 27 (10); 2343-6) dan bermanfaat kepada pesakit-pesakit yang sememangnya ada rheumatoid arthritis (J. Rheumatol 2001 Nov: 28 (11): 2563-5). Minyak ikan tidak bertindak sepantas ubat-ubatan. la tidak memberikan anda kesan yang pantas tetapi sementara sebagaimana aspirin dapat berikan. Anda perlulah bersabar memandangkan rawatan dalaman akan mengambil masa beberapa bulan. Perubahan imuniti yang menyeluruh mungkin mengambil masa selama 9 bulan. Kesabaran anda akan dibalas kerana terapi sebegini adalah bebas daripada kesan-kesan sampingan. (Arthritis And Rheumatism, 1994; 37: 824-29). Sekali lagi, kami merujuk kepada pengamalan dosej yang tinggi - 3-4g EPA.

Bulan Disember 2013 ini adalah promosi bagi Omega Guard. Beli 6 percuma 1... Percuma keahlian Shaklee (terma dan syarat).





Salam Sayang,

Juhaina (SID : 1066975)
013-2922464
COD : Seluruh Melaka
Penghantaran ke seluruh Malaysia 

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan