Merawat Bayi Batuk dan Selesema

Salam ceria semua... fuh..ummi ni baru bleh nak ceria. Bayiku Nashuha diserang virus. Pakej lengkap dia dapat batuk, selesema dan demam. berjangkit dari umminya yang telah menerima jangkitan dari abang-abangnya. Kesian ummi tengok bayi sekecil itu terbatuk-batuk, dan yang paling merisaukan adalah demamnya. Yelah demam boleh membawa kepada sawan dan kalau tidak bernasib baik boleh memberi kesan kepada perkembangannya.

Bagaimana yang dikatakan demam itu??

Demam adalah kenaikan suhu tubuh di atas normal. Berikut adalah tanda-tanda anak kita demam:-

  • Suhu badan yg diambil di telinga lebih daripada 38 darjah celcius
  • Suhu badan di dalam mulut lebih daripada 37.5 darjah celcius
  • Suhu badan di ketiak lebih daripada 37.2 darjah celcius
Tapi naluri keibuan kita akan tahu dengan memegang anggota tubuhnya, kita dapat merasakan yang anak kita demam. Tapi kalau boleh pastikan anda ada penyukat suhu atau termometer di rumah untuk sekurang-kurangnya menenangkan hati kita atau memberi kita sign bila harus bertindak dengan cemas..hehe. Kalau suhu bayi dah cecah sampai ke 39 darjah celcius, tolong terus dibawa ke klinik atau hospital.

Sang ummi yang kerisauan ini pastinya tak senang duduk melihat Nashuha jadi pasif, menangis pun suara tak keluar.. ye la serak mcm orang dewasa kalau batuk jadi mcm Ella rock gitu. Antara tindakan yang ummi buat adalah untuk memastikan suhu badannya turun dan terkawal. Kejap-kejap check suhu, pastu tuam dengan towel (yang Nashuha tak suka..dia terkejut), juga bagi paracetamol 120mg (2.5ml). Untuk hilangkan batuk...yang tu ummi google mcm2 petua. Antara yang ummi buat adalah bagi air zam zam campur madu sikit. Bagi dia minum, tapi abang Anas dia yg tolong banyak. takpe la kan, abang Anas pn ada batuk gak, lagi pun madu bagus. Malam2 ummi sapu vicks sikit kat dada dan ubun2. Ada yg kata Vicks tak bagus untuk bayi bawah 2 tahun, tetapi ikhtiarkan je sambil doa semoga Vicks yang sikit tu tidak memudaratkan. Dan pastinya ummi tak putus berdoa kepada Allah agar bagi kesembuhan dan kesihatan buat anak2 ummi. Doa ibu kan mustajab...

Ummi tak lupa bawa gi klinik gak. Dua klinik ummi bawak Nashuha ni, sebab rasa tak puas hati...hehe. Klinik pertama mmg selalu pegi klinik ni, Doktor bagi ubat batuk (cairkan kahak) dan antibiotik...ubat demam tak bagi sebab ummi bagitau ubat dah ada. Bila tang ubat2 nk bagi baby mmg ummi risau... kalau boleh tanak bagi ubat banyak kat baby ni..apa lagi antibiotik. Tapi dalam risau tu ada terbagi gak ubat cairkn kahak tu dua kali. ?Klinik kedua adalah klinik pakar kanak2... cuba la tanya mcm2, tp doktor xde perasaan je nk menjawab...emmm takpe la. Doktor bagi ubat titis kt hidung, utk memudahkn pernafasannya dan mencairkn lendir... ok la guna ubat ni je. Agak membantu jugak sebab mlm2 Nashuha tersumbat hidungnya.

Ummi juga menjaga pemakanan sebab baby kan breastfeed, mungkin zat2 dari apa yg ummi makan tu dpt kat dia. Ummi mkn segala supplemen Shaklee yang ummi ada..haha...OmegaGuard, Alfalfa, minum ESP, makan Ostematrix,hehe..lagi bagus kalau ada vit-C, tapi ummi belum beli..

Cukup dulu perkongsian ummi untuk kali ini.

salam sayang,
Juhaina Mohamad
Shaklee Independent Distributor (1066975)
0132922464
COD Area Melaka, Delivery seluruh Malaysia.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran