Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran

Assalamualaikum, salam ceria semua.

Sebelum saya teruskan perkongsian saya, di bawah ni saya kongsikan tentang tips menyucikan diri dengan cara bersedekah. Pernah dengar kan sedekah, suci harta dan suci jiwa? Jom kita dengar kakak cantik ni cakap apa.

              


 Entry kali ni nak berkongsi tentang tips mak-mak ye. Iaitu tips menyimpan sayur dalam peti sejuk supaya tahan segar lebih lama. Sebagai ibu bekerjaya seperti saya ni, mestinya kita tetap akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga kita. Kalau boleh semua perkara nak buat sendiri, apatah lagi dalam meneydiakan makanan buat insan tersayang. Kalau boleh hari-hari biarlah suami dan anak-anak makan hasil air tangan kita.

Macam saya sendiri, memang boleh dikatakan setiap hari memasak. Jadi, sebelum nak masak tu kene la pastikan semua barang-barang dah ada dalam peti sejuk kan. Takkan setiap hari mau pegi kedai beli. Dah la kalau pegi kedai nak beli  dua barang je, tapi sudahnya macam-macam lagi kita capai.

Ok, berbalik kepada tajuk saya tentang tips menyimpan sayur tu. Saya selalu beli sayur, tetapi selalu juga buang sayur dek kerana terlebih masa menyimpan. Sedih nak buang, tapi kalau brokoli dah warna kuning, sayur hijau dah kecut-kecut, takkan nak simpan lagi kan. Niat di hati memang murni kan, setiap hari makan kene seimbang dengan lauk-lauk dan sayur-sayuran (walaupun anak-anak tak berapa suka sayur), kerana ini adalah proses pembelajaran untuk anak-anak juga. Semoga dah besar nanti anak-anak ummi suka makan sayur seperti ummi dan abah.

Apa yang saya lakukan untuk memastikan sayur yang dibeli tu kekal segar selama paling tidak pun seminggu. Tapi, dengan tips menyimpan sayur ni, rasanya lebih dari seminggu pun tahan. Tapi, sebelum itu, saya kongsikan dulu bebrapa tips yang bagus untuk menyimpan sayur, iaitu :


  • boleh guna plastik menyimpan makanan untuk memastikan sayur menjadi segar lebih lama. plastik menyimpan makanan ini seperti pembungkus sandwich atau kuih-kuih
  • pastikan sayur dalam keadaan kering sebelum disimpan. pastikan sayur dalam keadaan kering kerana air yang berlebihan boleh membuat sayur-sayuran menjadi busuk.
  • rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit. kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembap supaya kesegaran sayur akan bertahan.
  • hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. kemudian simpan ia didalam peti sejuk. cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
  • bagi sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan kobis, potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. sapukan sedikit garam dan minyak kelapa. kemudian simpan di dalam peti sejuk. pastinya sayur-sayuran ini akan kekal segar dan tidak cepat rosak.
Saya tambah pula cara saya menyimpan sayur iaitu dengan menggunakan satu produk berjenama Tupperware iaitu Modular Keeper with Grid (9.4 Liter)macam gambar kat bawah ni. saya rasa sangat berbaloi membelinya. Kebetulan masa beli tu tengah ada promotion, harganya RM67.80 ke RM56.70, tak ingat mana satu, cuma ingat nombor berturut macam tu la. Saya rasa seronok sangat, sebab bila simpan sayur brokoli, tahan dah dua minggu lebih masih lagi hijau. Kalau sebelum ni, saya simpan kat drawer dalm peti sejuk tu tahan seminggu je, dah kuning lepas tu. Lagi satu, bekas ni boleh simpan banyak juga sayur.

Tips menyimpan sayur
Gambar dari pakcik google.
 Maaf ye saya tak letak gambar sebenar, ada dalam smartphone saya, takde di sisi saya plak sekarang ni. nanti saya update entry ni letak gambar sebenar yang fresh dari peti sejuk rumah saya ye.

Jadi, tak rugi malahan untung beli produk Modular Keeper ni. Sangat berbaloi-baloi. Saya bukan agen Tupperware pun, tapi memang produknya sangat bagus.

Ok la, selamat beramal. Sila lah dapatkannya dari agen Tuperware berdekatan ye.

Di bawah ni saya kongsikan tentang tips menyucikan diri dengan cara bersedekah. Pernah dengar kan sedekah, suci harta dan suci jiwa? Jom kita dengar kakak cantik ni cakap apa.


              

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan