Tuesday, 19 May 2015

Resepi Kek Coklat yang Mudah dan Sedap

Salam semua, hari ni terasa nak share resipi Kek Coklat yang memang yummy!

Sebenarnya, diriku bukanlah seorang yang suka mem"baking" or mem"biskut". Tapi, oleh kerana diri sendiri dan suami juga of course anak-anak suka sangat makan kek coklat, gigihlah ummi belajar buat kek coklat. Namanya pun belajar, mesti la ada sesi-sesi kek tak jadi. hehe. Walaubagaimanapu, ummi tak berputus asa. Macam-macam resepi ummi cari dan cuba, dan akhirnya ummi pergi kelas buat kek. Satu hari je pun kursusnya.
Stok kek coklat untuk snek anak-anak

Maka, dengan ini diriku berbesar hati nak kongsikan resepi Choc Moist Cake yang awesome daripada cikgu kelas buat kek iaitu Kak Ju. Dengan resepi ni juga saya dapat buat kek birthday anak-anak sendiri, dan juga untuk suami. Jimat kos beli kek, dan juga lebih terjamin sebab tangan ummi yang buat, dan mesti sedap kerana ditambah dengan kasih sayang, hihi.

Kek Birthday Anas dan Nashuha yang ummi buat

Resepi Choc Moist Cake

Bahan A( pukul sebati)
Telur 2biji
Gula kastor 400gm

Bahan B (kacau sebati)
Susu cair/ segar 200gm
Minyak masak 1 cawan
Esen vanilla 5ml

Bahan C(gaul)
Tepung gandum 250gm
Serbuk koko 90gm(ayak)
Baking powder 10ml
Soda bicarbonate 10ml(ayak)

Bahan D(campurkn)
Air panas  mendidih 1cwn
Garam 1 sudu kecil
Nescafe 1/2 sudu(optional)

Cara
Pukul bahan A sebati
Masukkan bahan B ke dalam A
Masukkan bahan C ke dlm A+B
Masukkn bahan D dan kacau sebati

Kukus lbih kurang 35-40 minit

Nak kukus tu boleh lah sama ada nak masuk dalam loyang atau bekas plastik jernih yang boleh masuk microwave tu, tutup je masa kukus. Kek coklat ni lebih sedap kalau ada topping coklatnya atau dipanggil coklat ganache. Nanti ummi kongsikan pula resepi coklat ganache ye.

1 comment:

  1. memang sedappp kek coklat..kengkadang kalau dah teringin beli jugak Anis Choc Melt kat stesen minyak...huhu

    ReplyDelete