Kenapa ku Rasa Masa Pantas Berlalu?

Asssalamualaikum, huh, lama nau tak update entry. Camno la blog nak glemer ni,
Camnilah anak-anak syurga saya bermain, habis sepah rumah

Sedar tak sedar 2015 ni dah masuk bulan Mei, dah hampir setengah tahun. Kenapa terasa masa terlalu cepat sangat berlalu. Bermula pagi dengan kelam kabut rutin kesibukan ibu nak siapkan anak-anak ke sekolah, pergi kerja, kemudian rutin mengambil anak-anak di tadika, sekolah, dan rumah pengasuh, (3 tempat tu nak singgah). Hidup memang terasa sangat sibuk. Ye la, masa ambil anak di 3 tempat berasingan, bukannya boleh sampai je sekolah berenti jap, terus jalan balik, nak kene turun jemput, sembang sikit dengan cikgu baru bleh nak gerak kan. Masa banyak juga habis di dalam perjalanan.

Walaupun, adakala saya memikirkan "orang lain takde pun susah-susah buang masa dalam kereta lama-lama macam aku", Allah akan datangkan orang lain yang hidupnya lebih mencabar dari saya, seperti pasangan weekend husband and wife, yang mana semua urusan anak-anak perlu diuruskan seorang diri. Betapa penatnya beliau kan. At least, suami saya ada bersama-sama saya kelam kabut di pagi hari tolong siapkan anak-anak. Alhamdulillah... malu pada diri sendiri yang selalu merungut-rungut penat, takde masa untuk diri sendiri la. Sepatutnya sebagai muslimah kena la yakin, everything Allah dah tentukan sesuai dengan keupayaan hambaNya.

Cukuplah dulu entry ciput ni hari ni. Aisey, camne blog nak maju ni! Okey2 nanti saya rajin-rajin update.

Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran