Tuesday, 2 June 2015

5 Sebab Mengapa Ibu Hamil Perlu Kerap Berjalan

Assalamualaikum, salam bahagia semua...

Hari ni nak bcrkongsi tentang 5 sebab mengapa ibu hamil perlu kerap berjalan. Kalau cerita tentang kehamilan, memang secara normalnya wanita-wanita especially yang telah berkahwin akan rasa sangat teruja. Tidak kira orang yang hamil atau mungkin kawan dia yang hamil, sama-sama excited. Betul tak? Betul 3x. Tanya jawab sendiri la saya ni...Mugkin kerana Allah jadikan fitrah wanita begitu, sukakan kelahiran orang baru, rasa bahagia walaupun kawan kita atau kaum keluarga yang dapat baby baru tu.

Ok, kehamilan itu sendiri  adalah satu pengalaman yang indah bagi setiap bakal ibu, tidak kira ibu itu hamil anak pertama atau anak ketujuh sekalipun. Setiap anak yang dikandung pasti akan ada pengalaman yang berbeza.. Dalam tempoh kehamilan, banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh si ibu sama ada dari aspek fizikal, mental dan emosi.

Dalam entry kali ini, saya cuma nak fokuskan kepada aspek fizikal ibu yang hamil. Iaitu senaman untuk ibu hamil. Sebenarnya senaman yang paling baik dan ringkas ialah berjalan. Hanya anda memerlukan sepasang kasut yang sesuai untuk senaman ini, kalau silap kasut anda mungkin mudah sakit kaki, atau tersadung sesuatu atau mudah terjatuh. Jadi, pilihlah kasut sukan yang sesuai untuk keselesaan da keselamatan anda.


5 Sebab Mengapa Ibu Hamil Perlu Kerap Berjalan

Perlu ke banyak berjalan semasa hamil ni? Ia bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi banyak berjalan memberi banyak manfaat kepada ibu hamil. Antara manfaatnya ialah:

1. Kecergasan Fizikal:
Berjalan membuat anda sihat secara fizikal. Ia adalah senaman badan rutin yang lengkap untuk badan yang sihat.dengan cara ini, ia akan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda dan kesihatan otot anda pada masa yang sama.

2. Bayi yang sihat:
Ibu yang sihat fizikalnya secara tidak langsung menyampaikan aura kesihatan kepada bayi yang dikandungnya. Seronok kan. ibu sihat, anak dalam perut pun sihat.

3.Mengurangkan Risiko Diabetes
Dengan senaman, secara tidak langsung anda mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal, ataupun berat badan naik dengan kadar yang sepatutnya. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko terhadap diabetes atau kencing manis ketika hamil.

4. Mengurangkan Risiko Pra-Eklampsia:
Pra-eklampsia adalah tekanan darah tinggi semasa mengandung. Berjalan membantu mengekalkan berat badan dan mengurangkan kolesterol yang membawa kepada keseimbangan dalam tahap tekanan darah semasa mengandung.


5. Meningkatkan Peluang Bersalin Secara Normal.
Banyak berjalan dalam tempoh kehamilan dapat meningkatkan fleksibiliti tubuh anda dan otot pinggul anda, ia mungking membantu semasa proses melahirkan. Rasanya jika masih boleh memilih, semua wanita yang hamil mahu melahirkan anak secara normal. Jadi, banyakkan berjalan untuk meninggikan peluang itu.


Saya Tak Cukup Masa nak Bersenam..


Situasi sekarang ni, memang kebanyakan wanita adalah bekerjaya dan most of the time adalah di pejabat atau tempat kerja. Mana ada masa nak bersenam dengan formalnya. Sebenarnya itu bukan alasan untuk tidak bersenam. Tips di bawah ni mungkin membantu anda mendapat hasil yang sama dengan bersenam di trek.

  • Menggunakan tangga berbanding lif
  • Ambil masa sekitar 10 minit untuk berjalan-jalan di koridor pejabat.
  • Membeli belah di pasaraya di hujung minggu - ni aktiviti kegemaran ibu-ibu hamil kot.


Langkah Keselamatan ketika Berjalan

Ingat, walaupun berjalan itu bagus untuk ibu hamil, jangan abaikan faktor keselamatan diri.


  • Jangan berjalan terlalu cepat, berjalan sekadar kemampuan diri.
  • Jangan biarkan badan anda menjadi terlalu panas, kerana kepanasan yang melampau boleh membawa kepada risiko kontraksi pra matang.
  • Kerap minum air untuk mengelakkan dehidrasi
  • Gunakan alat pelindung matahari untuk kulit muka.
  • Memakai kasut yang sesuai dan selesa.
  • Sediakan payung atau topi. Jika cuaca agak panas, silalah gunakannya.


Sebagai kesimpulannya, ibu hamil perlu sentiasa cergas. Kehamilan bukanlah alasan untuk bermalas-malasan, atau berehat-rehat sahaja. Untuk kekal cergas semasa hamil boleh cuba baca entry ini.

No comments:

Post a Comment