Amalkan Set Bersalin Terbaik, Nanti Anda tak Serik nak Bersalin Lagi.

Assalamualaikum dan salam ceria selalu, 

Tajuk tak menahan, hehe. Seronok tak dapat anak? Mesti la seronok dan feeling berbahagia sangat kan. Terutama bagi pasangan yang telah bertahun-tahun berkahwin. Kehadiran cahaya mata sangat dinanti-nantikan sebagai penyeri rumahtangga. Sebagai wanita sendiri, saya akan rasa seronok sangat bila dapat berita kelahiran anak kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara mara. Fitrah yang Allah beri kepada semua wanita.
set berpantang terbaik

Hebatnya wanita membawa beban berkilo-kilo dari kebiasaannya semasa mengandung, mengalami kontraksi semasa ingin melahirkan dan seterusnya melahirkan sama ada secara normal atau pembedahan. Kesakitan yang dirasai akan seolah-olah hilang bila menatap wajah anak atau bayi yang comel tu. 

Tapi, tahukah anda wahai para ibu-ibu yang dikasihi, apakah yang berlaku kepada sistem tubuh badan kita sebenarnya selepas melahirkan? Bayangkan rahim yang kecil telah membesar semasa kita mengandung, kemudian mengecil semula setelah melahirkan, pastinya ia seperti belon yang ditiup besar dan kemudian dibuang anginnya. Buruk rupanya, tidak seperti asal belon tu. Macam tu la rahim kita yang Allah anugerahkan memang mampu untuk membesar dan mengecil, tapi untuk pulih seperti sediakala perlukan penjagaan. Sebab tu la perlu berpantang sungguh-sungguh.
set berpantang terbaik

Selain daripada berpantang makan, dan lain-lain, untuk memastikan ibu sentiasa segar dan bertenaga, ibu perlukan makanan kesihatan bagi memastikan ibu dapat khasiat yang sepatutnya. Jadi, mestilah saya akan cadangkan set bersalin Shaklee yang super terbaik kan. Ramai yang amalkan set ni, susu pun meria, ibu pun sentiasa bertenaga je.


Set Bersalin Shaklee dibahagikan kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang dan juga budget masing-masing. 3 Pakej Set Bersalin Shaklee adalah Set Asas (Rawatan Dalaman), Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping). 


set berpantang terbaik
Set Bersalin Shaklee – Set Asas adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia. 



Set Bersalin Shaklee – Set Extra adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia. 


set berpantang terbaik

Set Bersalin Shaklee – Set Premium adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Premium mengandungi 8 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.


Fungsi Dan Kebaikan Set Bersalin Shaklee 

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik 
Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks. 

VitaLea (Multivitamin) 
Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya. 

Vitamin C 
Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

Zink 
Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang. 

ESP – Susu Soya Protein 

ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan. 

Ostematrix (Kalsium) 

Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu. 

Lecithin 

Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu. Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi. Alfalfa Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu. Kesimpulannya Set Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.

Saksikan video kakak yang sangat bersykur dipertemukan dengan set mengandung dan set bersalin
Shaklee.

 

Anda pun boleh dapat manfaatnya sekarang. Hubungi saya jika ingin dapatkannya.

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha


COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan