Jalan-jalan ke Negeri Bawah Bayu yang Sungguh Syok!

Assalamualaikum dan salam bahagia selalu, entry kali nak share cerita yang dah basi. Hehe. Mana taknya, kisah percutian ke Labuan dan Kota Kinabalu bulan lepas. Basi tak?

Saya ni bukanlah kaki melancong sangat, kaki merayap je masa bujang dulu. Tapi, bukan kutu rayau ye... Merayap cara solehah, pergi tempat orang untuk program, pergi rumah family kawan-kawan untuk bersilaturrahim. Tu masa bujang, nak melancong shopping mana la ada duit. Ok la, tu cerita lama tak perlu dikisahkan lagi.

Sesi melancong kali ini telah dirancang awal lagi iaitu pada Disember 2013 lagi. Beli tiket murah Air Asia RM0, cuma bayar tax sahaja jadi RM26 ke RM29, dah lupa plak saya ni. Rombongan beramai-ramai keluarga saya anak beranak, keluarga kakak ipar @ kakak Encik Suami, mak dan abah mertua, dan adik ipar lelaki. Jumlah ahli rombongan cik Kiah kita ni dalam 7 orang dewasa, 3 remaja 12thn ke 17thn dan 4 kanak-kanak. Oh, masa ni Nashuha dikira baby lagi, so tiket dia yang paling mahal. RM50  tu.


Labuan Destinasi Persinggahan


Perancangan asalnya memang nak ke Labuan dulu kerana biras saya dah booking Rumah Penginapan Persekutuan di Labuan. Kami bertolak dari KLIA2 ke Labuan pada 10 Januari 2015, penerbangan jam 7.30 pagi lebih kurang. Kami dari Melaka ni ber Homestay di rumah kakak ipar di Putrajaya pada malamnya, sebab perlu berada di KLIA2 sekurang-kurangnya 1 jam 1/2 sebelum penerbangan. Awal pagi dah kene bangun, jenuh gak nak kejutkan anak-anak untuk mandi. Tak biasa bangun pukul 4pagi, bukan anak je, ummi abah pun tak biasa bangun awal, camno?

Pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak ialah dapat naik train atau pun ERL dari Putrajaya ke KLIA2. Mesti la jakun kan anak-anak kita yang biasa naik kereta je. Lagi-lagi Anas, tercengang-cengang, tersengih-sengih dalam ERL tu. Cuma, bila dah sampai KLIA2 tu, kena la menapak sikit untuk ke kaunter dan balai berlepas. Tapi, ok je rasanya, mak abah mertua pun nampak relaks je, takkan saya tak boleh kot. hehe. Di kaunter pendaftaran tu macam biasa la, nak check in orang dan bagasi, ada jugak la sedikit masalah teknikal, tapi mujur datang awal, so ok je la. Cuma anak-anak je la dah meragam sebab tunggu lama.

Penerbangan dari KLIA2 ke Labuan tepat pada masanya, dan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Alhamdulillah anak-anak tak banyak ragam dalam flight, Nashuha dan Anas tidur, Ammar pun tidur tapi masa dah nak sampai baru dia tidur kot.

Sampai di Labuan, kami sewa kereta Alza dan Saga BLM (M) yang agak buruk (kurang berpuas hati) tapi takpe la, boleh je bergerak, Alhamdulillah. Kami solat zohor jamak asar kat Terminal Labuan, baru la bergerak ke Rumah Penginapan Persekutuan tu. Mujur pengurusan Rumah tu benarkan kami check in lebih awal, seingat saya sebelum pukul 2 dah check in. Barang-barang banyak, nak pusing-pusing Pulau bawak barang-barang tu penuh kereta.

Jemput cuci mata tengok gamabr-gambar kami. Tepek je kat sini.



.

Rumah Penginapan Persekutuan tu memang mewah, rumah 3 tingkat setengah siap ada lif. Seronok anak-anak naik turun lif dalam rumah. Memanglah berimpian nak rumah besar, tetapi takde la sampai ada lif dalam rumah..hihi.

Apa yang Menarik di Labuan?

Sebenarnya nama pun persinggahan ke Labuan, jadinya kami tidak sempat sangat nak melawat tempat-tempat yang dikatakan menarik di Labuan seperti World War Memorial Park, Kampung air, bird Park dan lain-lain. Kami sempat ke Ujana Financial Park untuk shopping. Ada juga kami ke free duty zone untuk beli coklat. Mungkin kalau percutian kami ke Labuan semata-mata, boleh kami luangkan masa keliling semua tempat-tempat menarik kat Labuan.

Bagi kami, persinggahan yang menarik di Labuan ni adalah Rumah Penginapannya yang sangat la best, di tepi laut pula tu.

Saya akan sambung kisah pelancongan kami ke Kota Kinabalu pula lepas ni. Next entry ok.

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan