Jangan Sampai Penyakit Gastrik anda Bertukar Menjadi Semakin Parah sehingga Mampu Meragut Nyawa



Cara merawat penyakit gastrik
Salam ceria semua, harapnya semua sihat dan behagia selalu di samping keluarga tersayang. Anda pernah rasa pedih ulu hati, atau sebu apabila terlewat makan atau tersalah makan? Kalau saya memang selalu sangat, tak boleh skip jadual makan atau tukar secara drastik, memang malamnya perut akan rasa pedih je. Adakala sampai pening kepala. Orang kata dah masuk angin. Bagaimana cara merawat penyakit gastrik? Ada macam-macam petua juga yang ada untuk kurangkan rasa pedih ulu hati, antaranya minum air kosong panas, teh halia dan lain-lain. Jemput baca artikel yang saya "copy" daripada sebuah Facebook Pusat Rawatan Islam Nur Salam.

Cara merawat penyakit gastrik


Punca Penyakit Gastrik

Sebelum nak tau cara penyakit gastrik, kene tahu punca penyakit. Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
                                Cara merawat penyakit gastrik

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.
                                         Cara merawat penyakit gastrik
Bagaimana Gastrik Memberi Kesan kepada Pesakit

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Ada juga yang mengatakan, apabila muntah pesakit akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa. (sumber Nursalam Pusrawi)

Saksikan apa kakak ni buat setelah bertahun menghidap gastrik kronik.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Ok, bagi yang menghidap penyakit gastrik, jangan mudah berputus asa, ikhtiarkan untuk merawat penyakit gastrik anda.

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan