10 Cara Sihat untuk Relaks dan Hilangkan Stress Agar Tiada Jadi Mangsa Kemarahan

Assalamualaikum, salam ceria.

Entry kali ni nak share tentang cara kita nak atasi dan hilangkan stress atau stress management. Stress ni boleh membawa kepada banyak lagi perkara-perkara negatif lain termasuklah mendatangkan penyakit. Malahan ia boleh mengaktifkan sel kanser dalam badan kita. Jadi atasi stress kita dengan cara yang sihat.

1. Baca Buku 6 Minit: Membaca buku dapat menghilangkan stress tau. pilihlah bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca seperti majalah, novel, atau cerpen yang ringan. Jangan pula anda baca jurnal ilmiah. Bertambah kusut pula nanti fikiran anda. Ingat, jangan ambil masa terlalu lama kerana anda membaca untuk sekadar menghilangkan tekanan.

Cara atasi tekanan

2. Makan buah avocado : kalau bagi saya sendiri, buah avocado ni buah yang ekslusif, sebab sy beli masa nak ajar anak solid food je. hehe.. tapi khasiat avocado ni banyak tau. Ia dapat mengurangakn paras tekanan darah anda dan anda akan rasa lebih tenang. Avocado mengandungi potassium dan lemak tak tepu.

Cara atasi tekanan
3. Kupas buah limau (oren) : ada kajian terhadap minyak buah limau atau oren yang membuktikan bahawa orang yang menghidu aroma kulit limau ni lebih kurang stress. Ini telah diuji oleh pengkaji tersebut dan didapati kesannya lebih lama, walaupun ujian terhadap sampel telah berakhir. Aroma sitrus ini sangat berguna untuk mengatasi gejala stress, kebimbangan, pencernaan dan loya-loya.
Cara atasi stress
4. Kuasa Tidur Seketika : tidur dalam masa 30 minit di waktu siang mampu meningkatkan produktiviti kita. Perkara yang terbaik tentang tidur seketika ini bukan sahaja dapat memberi ketenangan, malahan ia dapat meningkatkan fungsi jantung, hormon, dan pembaikan sel. Orang yang mengamalkan "nap" ni tidak mudah tertekan malahan lebih tenang dalam menghadapi sesuatu perkara. Ingat, bukan anak-anak saja perlukan tidur siang, orang dewasa pun perlukannya.

Cara atasi stress

5. Senaman Ringan : Apa yang boleh anda buat adalah berlari-lari anak, buat sedikit regangan tangan, kakai, dan kepala akan membantu mengurangkan stress anda. Setiap hari anda bersenam meletakkan tekanan pada sendi, otot dan tulang yang membolehkan sistem otot anda, sistem buah pinggang, sistem kardiovaskular dan saraf untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Bukan sahaja badan sihat, emosi pun lebih tenang dan stabil. Tak rugi anda buat senaman ni tau.

Cara atasi stress

6. Hubungi Ibu atau Orang tersayang: semasa kita stress bekerja, atau menghadapi pelbagai tekanan, cuba ambil masa hubungi ibu atau suami tercinta untuk meluahkan rasa atau masalah kita. Berbual-bual sebentar dengan ibu terutamanya akan mengurangkan hormon stress dan membebaskan oxytocin (hormon gembira) dan membuatkan kita berasa tenang dah gembira. Lagipun, bagi  umat Islam, pastinya kita dapat pahala menghubungi ibu kita kan.

7. Dapatkan urutan : Urutan ringan dapat melegakan tekanan atau stress. Ini kerana urutan merendahkan tahap hormon tekanan anda! Ia juga membantu untuk meningkatkan sel-sel darah putih anda, bermakna bahawa urutan ringan boleh meningkatkan sistem imun anda juga.

8. Senyum: Mungkin anda tidak rasa pun nak tersenyum, tetapi percayakah anda dengan walaupun dengan memaksa diri anda untuk tersenyum, ia mampu mengurangkan stress. Apatah lagi jika kita senyum dengan seihklas hati. . Senyuman yang semulajadi terukir di bibir kita menggunakan otot-otot mata dan mulut kita, dapat memperlahankan degupan jantung dan mempercepatkan kita berasa tenang."Senyum, tak perlu kata apa-apa".

Cara atasi stress

9. Berfikir Positif: Senang je sebut fikirlah secara positif! Tapi nak aplikasinya setiap masa tanpa gagal memang perlukan latihan ye. Tapi kita mesti cuba. Berfikiran positif ni sangat baik untuk kesihatan kita, antaranya mengurangkan tekanan, memanjangkan jangka hayat (dengan izin Allah), meningkatkan daya tahan terhadap demam selsema, mengurangkan risiko sakit jantung dan macam-macam lagi. Apa yang perlu kita lakukan adalah menghadapi setiap perkara atau situasi secara persepsi yang positif. Tidak kira sesukar mana pun situasi yang kita hadapi, pastinya ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Take it positive.

10. Jauhi orang-orang yang mudah stress: Sebenarnya aura yang negatif atau positif ni boleh berjangkit. Sebab itulah kita akan mudah merasai emosi yang dirasai oleh orang-orang di sekeliling kita. Betul tak? Jadi, jangan tambah stress dengan bergaul dengan orang-orang yang mudah stress.

Sebenarnya ada banyak lagi cara sihat untuk menghilangkan stress, kita boleh mengaji al-Quran, berzikir, solat sunat, menyanyi, memasak, berkebun dan lain-lain. Lakukan perkara yang kita suka.


Cara atasi tekanan

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan