Sakitnya kene Senggugut Sampai Rasa Nak Pengsan

Assalamualaikum dan haaaaiiiiiii semua,

Sape yang pernah kene senggugut? Sila jawab dalam hati. Orang yang pernah kena senggugut saje boleh cerita macam mana rasanya. Tak boleh nak bagitau la, sakit kat mana sebenarnya, spesifik sakit tu kat mana nath. Ada rasa sakit pinggang, ada rasa sakit kat ari-ari, sakit perut memulas macam nak baung air besar, seram sejuk. Pendek kata memang menyeksakan.

rawat senggugut

Saya sendiri memang hampir setiap bulan atau setiap kali nak datang haid, senggugut tu akan mengiringi sekali. Hadoi, guling-guling la nak tahan sakit. Masa zaman sekolah dulu, saya ambil panadol menstrual yang khas untuk masa period. ada lagi tak ye sekarang? Masa zaman kat Universiti pulak, upgrade sikit ubat tu, saya amik ponstan. Pernah tu saya pergi pusat kesihatan pelajar UM, selamba je saya minta kat pembantu kesihatan, "bang, saya nak ponstan. Nak buat stok sekali la." Terkejut muka abang dressar tu. Hehe. Tapi, saya biasa makan ponstan tu kalau ada kuliah je la, kalau takde kuliah saya tahan guling-guling je, atau saya iron selimut, pastu selimut panas tu letak kat perut. Lega la sikit, yang penting saya dapat tidur.

Ada la orang-orang kata, orang perempuan yang selalu kene senggugut ni bila dah kahwin, sama ada dia susah dapat anak atau terlebih subur. Tak pasti la betul ke tidak. Tapi apa yang pasti, senggugut saya hilang selepas saya melahirkan anak. Sekarang ni bila nak datang bulan, selamba je, takde hal pun sakit-sakit pingang ke apa ke, takdo. Alhamdulillah, Allah jua yang menghilangkan rasa sakit tu.

Fakta Tentang Senggugut
rawat senggugut

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.


Bagi para wanita yang ada masalah senggugut tu, janganlah pasrah semata-mata. Cubalah ikhtiarkan untuk rawatinya. Senggugut ni akan mengganggu kerja-kerja harian kita jika dibiarkan. Terutama yang sudah bergelar isteri dan ibu, tak boleh nak layan dah sakit kita tu tiap-tiap bulan. Kesian orang-orang yang tersayang tu.

Cuba kita saksikan video kakak ni untuk atasi masalah haid beliau.


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Dapatkan set atasi senggugut daripada saya. Anda akan dapat konsultasi secara percuma daripada saya sepanjang hayat saya. InsyaAllah.

rawat senggugut

JUHAINA BINTI MOHAMAD

Call/ SMS/ Whatssapp
013-292 2464

Facebook saya:

Fanpage saya:
https://www.facebook.com/umminashuha


COD : MELAKA TENGAH, AYER KEROH, MITC, ALOR GAJAH, DURIAN TUNGGAL, MALIM, BATU BERENDAM

PENGHANTARAN: KE SELURUH MALAYSIA BY POS MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan