Tips Atasi Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat

Assalamualaikum semua,

Cuba pegang sikit kulit muka, apa rasanya?Alhamdulillah jika muka anda bersih, gebu, "flawless". Tetapi, jika muka anda berminyak dan berjerawat, pasti tak selesa kan. Muka adalah bahagian yang paling penting dijaga kerana mukalah yang pertama sekali yang akan dipandang orang. Mempunyai kulit berminyak akan menyebabkan ketidakselesaan. Ini kerana, kulit berminyak akan menyebabkan mudahnya jerawat naik, jika pakai bedak sekalipun akan mudah luntur dan bercapuk. Ha, kan dah tak comel!

FAKTOR KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak kerana untuk melindungi kulit kita daripada terlalu kering. Walaubagaimanapu, jika berminyak keterlaluan pula akan mendatangkan maslah lain pula. Beberapa faktor yang menyebabkan kulit berminyak, antaranya:

  • Ketidakseimbangan Hormon
    • Kebiasaannya wanita yang sedang datang haid akan lebih cenderung menghasilkan lebih banyak minyak pada bahagian muka.
  • Tekanan (stress)
    • Dalam keadaan tekanan atau stress akan mendorong hormon kartisol yang merupakan tunjang utama terhasilnya minyak di muka. Jangan stress sangat ye, nanti muka banyak jerawat.
  • Cuaca panas
    • suhu panas atau cuaca panas juga akan menyebabkan kulit muka kita menghasilkan lebih banyak minyak siring dengan keluarnya peluh-peluh di muka.
  • Pola Pemakanan 
    • Corak pemakanan yang banyak berminyak juga akan meningkatkan lagi kadar pengeluaran minyak di muka. Kurang-kurangkanlah makanan bergoreng dan berminyak ye.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
    • Pemilihan kosmetik yang sesuai juga penting agar kulit tidak rosak. Kesilapan pemilihan kosmetik akan menyebabkan kulit muka berminyak dan berjerawat.
  • Keturunan
    • Jika ibu bapa kita jenis kulit berminyak, kemungkinan untuk kita mempunyai kulit berminyak juga tinggi.

TIPS ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK

1. Menjaga Kebersihan Muka

Mencuci muka adalah cara terbaik untuk menjaga kebersihan muka dan menghilangkan minyak pada pori-pori muka. Minyak dihasilkan oleh kelenjar sebaceous dan dikeluarkan melalui pori-pori pada kulit kita. Untuk menjaga agar penghasilan minyak dalam keadaan terkawal, kita perlu menjaga muka agar tetap bersih. Pastikan kita gunakan pencuci muka yang mempunyai pH yang seimbang. Waktu paling penting untuk mencuci muka ialah waktu malam dan pagi setelah bangun tidur. 

2. Menggunakan Pelembab


Ramai orang mengabaikan penggunaan pelembab kerana bimbang kulit semakin berminyak. Tetapi sebenarnya pelembab merupakan perkara penting untuk menjaga kesihatan kulit. Pilih pelembab yang berasaskan air. Lagi baik kalau ditambah dengan penggunaan krim malam sebelum tidur.

3. Menggunakan Kertas Penyerap Minyak

Jika terlalu sibuk sehingga tidak sempat mencuci muka di waktu kerja, boleh gunakan kertas penyerap minyak. Pastikan cara penggunaannya dengan menekap secara lembut dan jangan dikesat atau diusap di muka kerana ia boleh menyebabkan luka di muka.

4. Menjaga pemakanan

Untuk menjaga keseimbangan penghasilan minyak di muka, kita perlu juga menjaga pemakanan kita. Lebihkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum banyak air kosong


PENJAGAAN KULIT DENGAN SHAKLEE

Untuk mempunyai kulit yang cantik, ia memerlukan penjagaan dari dalam. Bukan semata-mata luaran sahaja. Jika badan kita mendapat nutrisi yang cukup, ia secara tidak langsung akan memancarkan serinya di wajah gitu. Apa yang terdapat dalam set penjagaan kulit Shaklee ialah:

1. Sunstained Release Vitamin C


Antara fungsi SR vit C ialah:
– Menguatkan sel2 tisu dalam badan.
– Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
– Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

2. Vitamin E complex


Fungsinya ialah:

– Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
– Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
– Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
– Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar


3. B-Complex



B for Beauty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam. Antara fungsinya ialah: 

- Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering


4. Energizing Soy Protein (ESP)


Kelebihan ESP ialah:
-Mengandungi 9 jenis asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Hanya boleh diperolehi daripada makanan bagi pembentukkan sel2 kulit.
-Sel kulit muka kita akan digantikan setiap 21 hari, jadi pengambilan protein yg berkualiti tinggi seperti ESP penting untuk memperbaharui -sel2 kulit dan menyingkirkan sel2 kulit mati. Menganjal dan melembutkan kulit muka


Kesimpulannya, untuk memiliki kulit yang bebas cela atau ertikata lain nak kulit flawless bukan senang-senang je dapat, perlu ada usaha untuk mencegah atau merawat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang set penjagaan kulit Shaklee ni boleh hubungi saya.


Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia







Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan