Monday, 16 January 2017

Punca Kenapa Susah Hamil dan Tips Untuk Cepat Hamil

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Memiliki cahaya mata setelah berkahwin adalah satu impian yang pasti ingin direalisasikan. Sebagai manusia biasa, kita pastinya nak membina keluarga kita daripada berdua kepada bertiga, berempat dan seterusnya. Anak-anak ni pengikat kasih suami dan isteri. Ye la kan, kadang-kadang kita suami isteri ni ada masa perang dingin, anak-anak la yang mendamaikannya. Kalau tak, sampai ke sudah la dingin je.
anak sulung saya

anak kedua

yang ketiga

Memasang impian memang la seronok, tetapi bergantung juga kepada rezeki. Ada pasangan suami isteri yang Allah bagi cepat dapat anak, ada yang tunggu bertahun-tahun baru dapat. Bagi pasangan yang dah lama berkahwin dan belum dikurniakan anak, mungkin ada faktor-faktor yang menyebabkan isteri sukar hamil.

FAKTOR KENAPA SUSAH HAMIL

Berat Badan Yang Kurang Ideal

Seringkali kita dengar apabila seorang wanita yang ingin hamil, selalu nasihat yang diberi ialah kurangkan berat badan bagi yang agak besar dan naikkan berat badan bagi yang terlalu kurus. Ini kerana jika terlalu kurus, kemungkinan untuk berlakunya menstruasi yang tidak teratur. Manakala jika berat berlebihan pula akan menyebabkan gangguan keseimbangan hormon oleh kolestrol. Secara tidak langsung kedatangan haid pun tidak teratur.

Tekanan Perasaan /stress


Zaman sekarang kebanyakan wanita pun sama2 bekerja mencari rezeki. Tekanan yang dihadapi wanita sekarang menyebabkan ia terbawa-bawa sehingga ke rumah. Begitu halnya dengan si suami yang juga balik rumah dengan tekanan kerja. Stress seperti ini akan mempegaruhi spermatogenesis iaitu penghasilan sperma dan ovulasi turut terganggu. Selain itu, keghairahan untuk bersama pun tiada. Hasilnya, kuranglah potensi untuk hamil.



Menghisap Rokok atau Menghidu Asap Rokok





Jumlah perokok kat negara kita ni semakin bertambah. Lagi menakutkan, perokok wanita pun semakin ramai. Walaupun di kotak rokok tu letak gambar-gambar yang menakutkan, nampaknya tidak berkesan kepada perokok tegar. Bagi umat Islam pula, merokok telah difatwakan sebagai HARAM.

Merokok juga akan menjejaskan penghasilan sperma bagi lelaki, dan juga menyebabkan gangguan kesihatan kepada wanita terutama wanita hamil. Kalau rasa dah lama kahwin tetapi tiada anak, mungkin tabiat merokok tu salah satu punca penghalang. Jadi, berhentilah merokok!


Mengambil Ubat-ubatan



Penggunaan ubat tertentu mungkin akan mengganggu kesuburan wanita. Jadi, cuba dapatkan nasihat doktor tentang hal ini.

Faktor Usia


Semakin berusia seorang wanita maka semakin menurun kadar produktivitinya. Terutama bagi wanita berumur 37 tahun ke atas. Potensi untuk hamil pun berkurang.


Faktor-faktor sukar hamil di atas hanyalah sebahagian daripadanya. Mungkin ada penyumbang lain kepada kesukaran seorang wanita untuk hamil. 


TIPS UNTUK CEPAT HAMIL

Tips untuk cepat hamil yang saya berikan ni bukan sesuai untuk semua orang, anda tetap perlu mendapatkan nasihat yang pakar sekiranya tidak berjaya hamil setelah melakukan tips-tips berikut.

Menentukan Posisi Berhubungan Intim


Dikatakan posisi yang paling bagus adalah suami di atas kerana ini akan membuatkan sperma suami cepat masuk ke saluran tiub fallopio isteri. Wallahu a'lam.

Berbaring setelah melakukan hubungan intim


Berbaring seketika lebih kurang 10 ke 15 minit adalah salah satu cara untuk cepat hamil. Kedudukan kaki ditinggikan sedikit daripada kepala 

Menjaga Nutrisi Pemakanan


Untuk meningkatkan tahap kesuburan, perlukan makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, ayam, daging dan lain-lain.

Melakukan Hubungan Intim Sesuai Dengan Ajaran Agama Islam


Sebelum bersama seeloknya ambil wudhu terlebih dahulu. Kemudian dilakukan dengan memberi salam dan berdoa dahulu.

Perbanyakkan Sedekah Kepada Fakir Miskin Dan Anak Yatim


Bersedekah melapangkan rezeki. Kita boleh berdoa bersama sedekah kita agar Allah kurniakan anak.
Banyak manfaat sedekah ni. Antaranya:
Allah berfirman, artinya,“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin….”
(QS. an-Nisa: 36).
Allah telah berfirman dalam kitab-Nya, artinya, “Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.”
(Q.S. Adh Dhuhaa, 93:8-9)
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, …”. (Q.S. Al Baqarah, 2 : 177)
Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, …”     . (Q.S. Al Baqarah, 2:215)
“…Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan….”. (Q.S. Al Baqarah, 2:220)

Menjadualkan masa subur

Jika wanita merancang untuk hamil, catatkan waktu datang haid supaya dapat agak kitaran haid dan sekaligus menentukan waktu subur. 

Menggunakan Alat Menguji Kesuburan


Terdapat gajet untuk menguji kesuburan yang mungkin boleh membantu anda. Waktu subur adalah waktu paling ideal untuk bersama suami jika anda ingin hamil.

Gaya hidup sihat

Amalkan gaya hidup yang sihat dengan makan makanan yang seimbang dan bernutrisi, dan bersenam. Ini akan membantu penghasilan sperma yang lebih baik.

Mendapatkan Konsultasi Doktor Pakar


Ini adalah aspek paling penting kerana berjumpa yang pakar akan membantu dan memberi nasihat kaedah-kaedah yang lebih tepat untuk atasi masalah anda.

CEPAT HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

 Set Kesuburan Shaklee, adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.

Di dalam set kesuburan premium ni mengandungi


(1) ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain. 



(2) Vita-Lea (Multivitamin) 
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum

(3) Vitamin C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan

(4) B-Complex 
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan 
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.

(5) Vitamin E & Selenium –
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
(6) Zinc 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
(7) Alfalfa 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugutsakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
(8) GLA Complex – 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 

Walaupun kita berusaha dengan pelbagai ikhtiar, jangan lupa berdoa dan berharap daripada Allah kerana Dia yang Maha pemberi rezeki. Bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan.

Jika anda ingin mempunyai zuriat dan berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee ini, boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut.

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia




No comments:

Post a Comment