Tips Kekal Bertenaga Ketika Hamil Agar Tiada Sesiapa Yang Terabai

Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips buat ibu-ibu dan bakal ibu iaitu tips kekal bertenaga ketika hamil agar tiada sesiapa yang akan terabai. Ha ha ha, kenapa saya tambah yang ayat belakang tu? Ini kerana mengikut pengalaman saya sendiri, apabila hamil terutama yang trimester pertama tu. Sungguh-sunnguh jadi ibu dan isteri yang tak berdaya. Masa tu tak kenal lagi erti kepentingan supplemen ni. Kasihan anak-anak dan suami, terabai je rasanya. Di rumah, ibu-ibu ni macam tunggak kepada keceriaan rumahtangga tau.

Walaupun kita sedang hamil, tanggungjawab kita tetap sama. Sebagai ibu, isteri, pekerja, dan paling utama sebagai Hamba Allah. Untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan, kita kena pastikan kita bertenaga dan sihat.

TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA HAMIL TRIMESTER PERTAMA

Trimester pertama adalah fasa yang mencabar dan kritikal bagi sesetengah ibu hamil. Kebanyakan wanita akan rasa tidak selesa, pening kepala, mual, loya, selalu masuk angin, muntah-muntah atau gejala "morning sickness". Ini adalah perkara biasa kerana perubahan hormon badan kita, dan rahim kita baru nak terbentuk janin. Nikmatilah fasa awal ini dengan sabar dan kuat semangat ya. Semoga dengan kesabaran kita, Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Walau bagaimanapun, adalah perlu untuk berikhtiar untuk mengatasi masalah trimester awal agar kita tetap mampu melakukan aktiviti harian kita. Antara tips mudah yang perlu diamalkan oleh ibu hamil pada waktu ini ialah:



  • Makan sikit-sikit tetapi secara kerap. Pastikan di dalam beg tangan tersedia biskut-biskut, kurma, kismis atau apa sahaja makanan ringan yang berkhasiat untuk dikunyah bila terasa loya.
  • Kurangkan makanan berminyak dan terlalu pedas.
  • Amalkan vitamin B complex. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya.
  • Banyak makan sayur-sayuran hijau seperti bayam.
TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA HAMIL UNTUK FASA SETERUSNYA

Setelah melepasi fasa trimester pertama, masuk la fasa seterusnya. Mungkin waktu ni dah kurang mabuk-mabuk, loya dan morning sickness. Masa ni dah boleh buat kerja macam biasa, tetapi tetap kita perlukan "sesuatu" agar kita tetap bertenaga. Kudrat ibu mengandung ni dah tak sama macam orang tak mengandung tau. "sesuatu" yang saya maksudkan adalah samam ada makanan tambahan, atau tips-tips yang boleh membantu. Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

1. Perbanyakkan aktiviti fizikal
Apabila badan sudah semakin berat, maka ia bukan alasan untuk kita duduk-duduk sahaja. Amalkan senaman ringan, atau banyakkan berjalan. Jika ada kesempatan, berenang juga sangat baik untuk ibu hamil.

2. Banyakkan minum air kosong
Amalan minum air kosong ni memang perlu sangat diamalkan oleh sesiapa, apatah lagi ibu hamil. Ibu hamil mudah letih, ini mungkin kerana kurang air, atau haus.

3. Hirup udara segar
Menghirup udara segar akan membantu tubuh kita memperolehi bekaan oksigen yang mencukupi. Oksigen yang cukup akan meningkatkan daya tahan tubuh badan.

4. Mandi secara kerap
Keadaan cuaca yang panas, dan ditambah pula ibu hamil memang mudah berasa panas, mandi adalah satu penyelesaian yang baik. Mandi juga dapat meredakan tekanan, dan sekaligus dapat meningkatkan daya tahan tubuh juga.

5. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
Salah satu punca letih adalah kerana kurang tidur pada waktu malam. Jika ada ruang waktu, cubalah ambil masa untuk tidur sebentar pada waktu siang. Jika cukup tidur, badan akan rasa bertenaga.



SIHAT BERTENAGA DENGAN SET HAMIL SHAKLEE


1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)


  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Vitamin-C


  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi agar tidak mudah mendapat jangkitan penyakit dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Selain itu, ia juga penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran selepas bersalin.

3) B-Complex


  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
  • B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Ia amat baik untuk ibu-ibu selepas bersalin bagi mengelakkan meroyan.

4) Ostematrix (Calcium and Magnesium)


  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
  • Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

5) OmegaGuard (EPA and DHA)


  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Atas sebab ini pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
  • Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.


Kesimpulannya, jika anda hamil, tingkatkan lagi penjagaan diri sebab ada nyawa lain bersama kita. Lagi satu, ketika hamil pun ada orang lain di sekeliling kita yang perlukan kita, jangan biarkan mereka terabai kerana keletihan kita.Untuk konsultasi selanjutnya boleh hubungi saya.

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-292 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan