Indahnya "Breastfeeding Journey"

Saya sangat teruja dengan isu breastfeeding setelah mengandung anak yang kedua. Saya istilahkan saya gagal breastfeeding secara ekslusif untuk anak sulung saya Ammar Fakhri kerana belum cukup umur 6 bulan saya sudah plus kan dengan susu formula walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Maksudnya, saya tetap hantar EBM + FM ke rumah pengasuh anak. Masa tu, knowledge tentang breastfeeding tersangat kurang. Jarang surf internet tentang breastfeeding, takde pengalaman.Masa tu mengepam pun guna manual pump cap pureen. Walhal susu banyak je...1001 alasan kalau nak bagi...hapuskanlah alasanmu itu juhaina... Walaubagaimanapun, Ammar Fakhri berjaya disusukan sehingga 2thn 8 bulan. Ammar stop breastfeed ketika ummi mengandung hampir 8 bulan. Susah juga nk pujuk untuk berhentikan BF ni, especially waktu malam. Mujur juga Ammar sudah memahami, ummi bagitau " Ammar, dalam perut ummi ada baby. Ammar dah besar, lepas ni baby pulak nak nenen (merujuk...