Wednesday, 29 January 2014

Indahnya "Breastfeeding Journey"



          Saya sangat teruja dengan isu breastfeeding setelah mengandung anak yang kedua. Saya istilahkan saya gagal breastfeeding secara ekslusif untuk anak sulung saya Ammar Fakhri kerana belum cukup umur 6 bulan saya sudah plus kan dengan susu formula walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Maksudnya, saya tetap hantar EBM + FM ke rumah pengasuh anak. Masa tu, knowledge tentang breastfeeding tersangat kurang. Jarang surf internet tentang breastfeeding, takde pengalaman.Masa tu mengepam pun guna manual pump cap pureen. Walhal susu banyak je...1001 alasan kalau nak bagi...hapuskanlah alasanmu itu juhaina... Walaubagaimanapun, Ammar Fakhri berjaya disusukan sehingga 2thn 8 bulan. Ammar stop breastfeed ketika ummi mengandung hampir 8 bulan. Susah juga nk pujuk untuk berhentikan BF ni, especially waktu malam. Mujur juga Ammar sudah memahami, ummi bagitau " Ammar, dalam perut ummi ada baby. Ammar dah besar, lepas ni baby pulak nak nenen (merujuk kepada BF)." Ammar akur jua akhirnya, walaupun lama dah actually bagitau dia.
Ammar Fakhri

        Apabila mengandung anak yang kedua (Muhammad Anas Syahmi), saya berazam untuk BF exclusively untill 2 years. Saya prepare awal, study mcm mana nak merealisasikan hajat saya tu. Saya beli breastpump spectra 3, siap dual pump, Storage bottle cap bumble bee.

         Lepas melahirkan Anas, saya pun sekali lagi menguatkan azam saya bahawa saya mampu menyusukan anugerah Allah ini semaksima mungkin. Masa tu mmg rasa nk sampai dua tahun la. Saya mula mengepam susu lebih kurang setelah seminggu berpantang. Satu hari dapat 5 - 6 oz pun dah ok bagi saya. Kebetulan masa tu saya dalam cuti semester pengajian master saya di utem. Saya akan mula naik sem sebelum habis berpantang.  Saya dah mula ke kelas pada masa sebulan berpantang.  Dah macam orang tak berpantang dah. Drive keta gi hantar anak2 ke rumah pengasuh.drive keta waktu maghrib lps habis kelas.  Masa tu tawakkal je la. Jadi kuat sebab ada sahabat yg baik sama2 belajar, sama2 mengandung dan sama2 baru melahirkn.  Dan...yg pastinya dia pun sama2 dalam pantang mcm saya. Kak Zeyana Abdullah namanya...cantik oranya...hihi. Kami berkongsi suka duka sepanjang mula mendaftar sbg student utem, sampai tamat pengajian. Ni citer lain...
Muhammad Anas Syahmi

         Waktu sy mula ke kelas ni stok susu takde la banyak sangat, ada lebih kurang 40-50 botol. Setiap botol 4-5oz. Saya hanya meletakkan keyakinan bahawa stok itu pasti cukup dan akan bertambah. Masa tu peti sejuk dh sarat...x terfikir pulak nak beli deep freezer. Faktor kewangan juga mengekang saya. Masih belajar dengan personal financial,   kena la berjimat sikit2. ( alasan...huhu). Sebenarnya rugi saya tak beli masa tu....saya take for granted bila peti sejuk dh penuh,   sy tak bersungguh dah nak kumpul stok byk2.

            Saya maintain kan bilangan stok susu tu sekadar memenuhi peti sejuk saya...lbih kurang hampir 50 botol kot...x berapa nak ingat. Tapi Allah nak uji saya... saya diserang sakit tulang belakang (Prolapsed Intervetebral Disc ).  Masa tu Anas berusia 10 bulan. Saya diberi pil tahan sakit Arcoxcia kalau x salah ejaan. Saya percaya yang ubat ini telah menyebabkan penghasilan susu saya merudum. Sedih sangat masa tu rasenye.  Stok dah mula berkurangan....Jadi, saya pun berhenti makan ubat tahan sakit tu... dah la mahal, (insurans yang cover..Alhamdulillah). Saya tahan sakit sendiri je la...
   
             Memang agak mencabar usaha untuk exclusive BF dengan pada masa tu saya sebagai part time students. Kekangan masa yang menyebabkan jadual mengepam sangat teruk.. Tapi saya cuba sebaik mungkin. Bulan puasa juga adalah waktu yang sangat menduga iman saya. Awal-awal puasa, penghasilan susu masih baik, tetapi bila masuk akhir-akhir Ramadhan tu, sehari saya cuma dapat dalam 10 - 12 oz saje dengan 3kali pam kot..(tak ingat). Stok dah mula kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anas dah berusia 11 bulan masa tu.. Tawakkal kepada Allah...itu je yang saya mampu buat. Sebolehnya memang taknak lagi bertukar kepada FM.. Alhamdulillah berjaya mengharungi jugak sampai habis Ramadhan.

            Ini nak citer fasa-fasa terakhir saya BF kan Anas... masa tu sibuk dengan Projek Akhir pengajian Master saya. Sibuk untuk menyiapkan penulisan laporan. Masa tu Anas dah berusia 1 tahun 5 bulan, penghasilan susu merudum dengan hebatnya. Saya sangkakan ini kesan saya terlalu stress dengan projek. Dalam fikiran saya, its ok, x lama dah ni nak abih..dah nak present dah. Saya pun dah mula rasa tak sedap badan, kerana stress agaknya (sangkaan saya). Selesai present projek tu, rasa tak sedap badan beriringan dengan mabuk tak hilang jugak. Rasa loya macam mengandung tu...tak tahan.. saya pun beli la pregnancy test. Confirm!!!!! Patut la susu dah tak banyak... huhuhu...Perasaan saya masa tu 2 in 1 (gembira coz nak dapat anak lagi n sedih mungkin dah tak dapat exclusive BF untuk anas lg). Dalam keadaan mabuk yang agak teruk berbanding kandungan sebelum ini, maka saya berhenti mengepam. Anas pun tak susah untuk pisah direct feeding... Sian kan??huhu....

           Sekarang anak saya sudah 3.... ;-), Alhamdulillah.... I'm start again as BF mother... memulakan semula rutin mengumpul stok. Saya dah beli deep freezer sebagai langkah memotivasikan diri untuk menghasilkan lebih banyak susu buat anak saya Nur Atikah Nashuha. Hope the BF journey will be longer than before. 2 years at least.. Insha Allah. Nanti saya akan share antara tips yang saya amalkan untuk menjayakan misi penyusuan ekslusif ni ye.


No comments:

Post a Comment