Tips Membawa Anak ke Pasaraya Agar Anda Boleh Membeli-belah tanpa Tekanan

Assalamualaikum, salam ceria, Membeli-belah di pasaraya adalah aktiviti yang kerap kami sekeluarga lakukan bersama-sama. Kadang-kadang tu pergi ke pasaraya bukanlah semata-mata ingin shopping barang-barang, tapi nak bagi anak-anak seronok bersiar-siar daripada dok terperap dalam rumah je. Apa yang bagus berjalan-jalan dalam pasaraya ni sejuk ada aircond, jadi anak-anak rasa selesa. Cuaca di Malaysia sekarang ni boleh tahan panasnya, so nak kurangkan terdedah kat panas terik camtu la. Anakanda saya kalau berpanas lama sangat, mudah demam especially Ammar. Tapi, dalam pasaraya kalau ramai sangat orang pun anak mudah dapat penyakit sebab terdedah dengan virus. Kita mana tau kan, orang yg datang pasaraya tu ada penyakit, atau bawa virus. Jadi, tetap kene awasi part yang tu. Membeli-belah bersama anak-anak adakala menjadi aktiviti yang sangat memenatkan dan boleh jadi stress. Ini kerana sikap anak yang tidak terkawal seperti terlalu aktif meneroka pasaraya sehingga ibu nak memb...