7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

Assalamualaikum semua, Harap-harap sihat belaka ye semua. Bukan setakat sihat, cergas dan ceria je selalu. Tetapi, kalau badan terasa lemah-lemah, selalu diserang sakit seperti batuk, demam dan selsema, kemungkinan dalam badan ada ada banyak parasit. UN kali ni nak cerita tentang 7 tanda badan anda mengandungi parasit. Jom Detoks. Apakah Jenis Parasit di Dalam Badan Kita Pastinya anda pernah tahu yang sifat parasit adalah suka sangat le menumpang di organisma hidup yang lain. Sudah la menumpang, habis dia tumpang makan sekali segala nutrien dari organisma tu. Nampak tak jahat ke tak jahatnya parasit ni? Kalau dalam badan manusia pula, orang selalu sebut cacing, dan biasanya orang sangka ada dalam badan kanak-kanak je. Sebab tu anak-anak kena minum ubat cacing, tapi tidak sebenarnya, orang dewasa juga ada cacing ye dalam badan. Jenis cacing yang bersarang di dalam badan manusia seperti cacing pita, cacing gelang, cacing tambang, cacing kerawit. Sebenarnya ada banyak lagi jenis...