5 Sebab Wanita Memerlukan Omega-3

Perkataan LEMAK memang amat ditakuti oleh kebanyakan wanita, sehingga timbul dendam yang mendalam dengan segala lemak yang ada di dunia ini. Tapi usahlah berdendam dengan lemak baik yang memang penting untuk diet seharian kita. Lemak tepu ( yang terdapat dalam daging , tenusu dan telur) atau lemak trans ( didapati dalam makanan seperti kentang goreng , kuih , kek, dan lain-lain ) adalah lemak yang tidak baik untuk badan. Lemak ini akan membawa kepada simptom arteri tersumbat dan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit koronari. Walaubagaimanapun, tidak semua lemak diet adalah sama. Terdapat satu jenis lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh kita iaitu Omega-3. Omega-3 adalah sejenis lemak politaktepu yang penting untuk kesihatan yang optimum. Namun, tubuh manusia tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi ia adalah penting untuk mendapatkan Omega -3 dalam diet harian anda. Terdapat pelbagai bentuk omega -3 asid lemak - alfa -linolenik (ALA), asid docosahexaenoic (DHA) ...