Posts

Khasiat Performance Drink Shaklee Minuman Isotonik Alternatif Anda

Image
Assalamualaikum, Semoga semuanya ceria2 selalu walau dalam apa keadaan. Walaupun berpuasa, haruslah tetap bertenaga dan cergas. Banyak kerja yang nak kena siapkan. Anda semua biasa tak minum minuman isotonik tak kira jenama apa sekalipun? Saya sendiri pun biasa juga minum minuman2 tu terutama apabila berlakunya tanda dehidrasi. Tetapi, sedar tak kita yang minuman tersebut sebenarnya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan sudah tentunya akan memudaratkan badan kita jika diambil berlebihan. Jadi, sekiranya anda memang memerlukan minuman seperti itu, bertukarlah kepada Performance drink shaklee. Lagi-lagi di bulan berpuasa ni, badan kita perlu sangat untuk mengekalkan air.  Apa yang ada dalam Performance Drink Shaklee? ✔ Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain ✔Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah ✔Membantu meng...

7 Tanda Badan Anda Mengandungi Parasit. Jom Detoks

Image
Assalamualaikum semua, Harap-harap sihat belaka ye semua. Bukan setakat sihat, cergas dan ceria je selalu. Tetapi, kalau badan terasa lemah-lemah, selalu diserang sakit seperti batuk, demam dan selsema, kemungkinan dalam badan ada ada banyak parasit. UN kali ni nak cerita tentang 7 tanda badan anda mengandungi parasit. Jom Detoks. Apakah Jenis Parasit di Dalam Badan Kita Pastinya anda pernah tahu yang sifat parasit adalah suka sangat le menumpang di organisma hidup yang lain. Sudah la menumpang, habis dia tumpang makan sekali segala nutrien dari organisma tu. Nampak tak jahat ke tak jahatnya parasit ni? Kalau dalam badan manusia pula, orang selalu sebut cacing, dan biasanya orang sangka ada dalam badan kanak-kanak je. Sebab tu anak-anak kena minum ubat cacing, tapi tidak sebenarnya, orang dewasa juga ada cacing ye dalam badan. Jenis cacing yang bersarang di dalam badan manusia seperti cacing pita, cacing gelang, cacing tambang, cacing kerawit. Sebenarnya ada banyak lagi jenis...

Benarkah Vivix Menimbulkan Kontroversi di Kalangan Penghidap Penyakit Kronik?

Image
Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca blog Ummi Nashuha (UN) dalam keadaan yang sihat dan bahagia sentiasa. Bahagia itu letaknya di hati, bukan pada rumah yang besar, kereta mewah, atau duit berkepuk-kepuk. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi kehidupan kita. Kesihatan juga salah satu sumber kebahagiaan. "Mukmin yang kuat(sihat) lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah". Dengan kekuatan, of course badan yang sihat baru kuat, banyak sangat amalan dan kebajikan yang dapat kita lakukan. Kalau kita sakit diabetes, kanser kronik, darah tinggi atau strok, pastinya kita akan dalam keadaan lemah. Apa kaitan dengan Vivix ni? Mari UN ceritakan tentang Vivix ni. Apakah VIVIX? Jika dilihat pada botolnya pun kita boleh agak produk ini agak eksklusif, dan pastinya kualitinya dan keberkesanannya juga terbaik.  Vivix adalah campuran polifenol kuat, dan eksklusif dengan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam kajian makmal untuk memberi kesan positif kepada empat mek...

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Assalamualaikum, salam jumaat yang penuh rahmat. Allahumma solli 'ala Muhammad... Kali ini, saya nak kongsikan puisi yang selalu saya dengar dalam radio IKIM FM, oleh seorang ustazah dari Indonesia iaitu ustzah Halimah Al Aydrus. Biar saya dengar banyak kali pun, air mata saya akan tetap menitis dek kerana terkesan dengan setiap bait puisi itu. Cuba lah baca, dan hayatinya wahai wanita. Perempuan        Duhai..  Siapakah kau ini??           Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda              Permata yg siang malam dijaga keduanya..                          Jika jd pasangan, ia adalah kesenangan terindah             ...

Coretan Ringkas Ummi untuk Yang Tersayang

Image
Assalamualaikum, alahai rindunya kat blog sendiri. Tersangat la sibuk dengan urusan keduniaan sampai tak ingat nak update blog sendiri. (ini semua alasan)..huhu. Sedar tak sedar, dah nak habis bulan januari 2016. Rasa macam baru je kot tukar kalendar 2015. Betapa masa yang berlalu sangat pantas sekarang ni. Anak-anak semakin membesar, umur ummi abah semakin pun makin banyak angkanya. Bersyukur Allah masih bagi pinjam nyawa untuk ummi dan abah menjaga amanah Allah yang terindah Ammar Fakhri, Muhammad Anas Syahmi dan Nur Atikah Nashuha. Rasanya, 24 jam yang ummi ada, memang kebanyakannya hanya berkisar tentang korang bertiga.  Ammar Fakhri dah masuk darjah dua. Dah selamat berkhatan hujung tahun 2015 dengan jayanya...ummi bangga dengan Ammar (terharu anak dah bujang). Semakin mudah diuruskan, untuk ke sekolah, suruh solat pun akan pasti buat walaupun mungkin lengah2 dan tahap kelajuan solat tu macam ETS, mengaji Al-Quran, buat homework. Bagi ummi, semua itu ada peningkatan ...

Percutian Menyeronokkan Bertaraf 5 Bintang di Cyberview Resort & Spa

Image
Assalamualaikum, Alkisahnya cerita ni kisah percutian menyeronokkan bertaraf 5 bintang di Cyberview Resort and Spa, saya dan keluarga kecil saya beberapa minggu lepas. Cuti sekolah yang berbaki lagi tiga hari perlu dimanfaatkan bersama-sama. Bak kata kawan sepejabat saya, nak bagi anak berenang-renang di kolam, nak lompat-lompat atas katil (kalau katil rumah kene marah je), nak bagi telefon untuk ditekan-tekan nombornya. Jadi, ummi dan abah pun survey la hotel-hotel yang sesuai. Segala macam website seperti Agoda, trivago, Expedia, booking dan yang sewaktu dengannya dibuka. Nak buat perbandingan, nak baca customer review. Kala boleh nak bercuti ke tempat yang tak berapa jauh sebab nanti penat masa travel, ada kolam renang. Akhirnya pilihan kami adalah Cyber view Resort and Spa do Cyberjaya. Dari Melaka nak je situ hanya lebih kurang 1 jam stgh sahaja. Saya booking hotel di booking.com setelah buat perbandingan dengan Agoda. Harga bilik deluxe termasuk tax adalah RM325.50. Mun...

Tips Mencuci Pinggan Mangkuk Agar Kerja Dapur anda Lebih Mudah

Image
Assalamualaikum, Salam akhir Ramadhan, semoga semua sedanga memecut untuk mengimarahkan bulan penuh rahmat ini. Mencuci pinggan mangkuk adalah tugas terutama wanita yang sudah menjadi darah daging. Maksudnya kalau sambil pejam mata pun mesti boleh siap basuh pinggan. Kalau tengah malam sedang syok tidur, tetiba terjaga dan teringat sinki penuh dengan pinggan mangkuk pun mata boleh jadi segar. Sinki yang bersih dan kosong adalah sangat penting bagi kita, ibu-ibu ni. Bukannya apa, sesi menyediakan makanan untuk keluarga bukan sekali dua. Terutama kalau yag surirumah, atau kalau bagi yang bekerja macam saya pun, pada hujung minggu dan tidak ke mana-mana. Perlu fikir untuk masaka sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kalau sinki kosong memang best kita nak buat kerja-kerja memasak, tapi sebaliknya kalau sinki penuh, mood nak memasak pun ke laut. Antara tips mencuci pinggan mangkuk ialah: 1. Rendam pinggan mangkuk dengan air, terutama bekas yang ada nasi ya...