Tips Mengawal Penyakit Diabetes atau Kencing Manis secara Tradisional

Assalamualaikum semua,

Memiliki kehidupan yang bahagia adalah impian semua manusia. Kebahagiaan pula adalah sesuatu yang subjektif untuk diukur dan parameter bahagia juga berbeza bagi setiap orang. Ada orang bahagia dengan harta yang banyak, ada orang bahagia dengan anak2 yang ramai, ada orang bahagia dengan pekerjaannya.. eh macam2 lagi la. Tapi apa2 jua parameter bahagia tu, yang pastinya bahagia letaknya di hati, dan apa jua yang melanda hidup kita, pilihlah untuk bahagia.

Tapi, satu lagi parameter bahagia yang sangat penting iaitu sihat. Nikmat sihat ni memanglah tiada galang gantinya, dan kita selalunya akan hargainya bila kita dah jatuh sakit. Hai, takkan dah jatuh sakit baru nak hargai waktu sihat kan, waktu sihat la nak kene jaga supaya tak datang macam2 penyakit. Habis tu, kalau dah sakit? Kalau dah sakit jangan pula nak berputus asa, berusahalah untuk merawat penyakit tu. Apalah sebenarnya yang diriku melalut ni ye?

Nak cerita tentang penyakit kencing manis dan diabetes yang seolah-olah dah menjadi penyakit yang biasa dihidapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia, terutama apabila usia mencecah 40tahun dan ke atas. Sebenarnya, orang yang ada masalah kencing manis ni, ada simptom atau tanda-tandanya. Antaranya ialah:
  1. Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  2. Sering ke tandas.
  3. Terasa badan lemah.
  4. Berat badan turun dengan cepat
  5. Penglihatan semakin kabur.
  6. Terasa pening kepala.
  7. Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Golongan Berisiko Tinggi

Siapakah orang yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ni? Mereka ialah :-
  1. Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  2. Mereka yang berat badan agak tinggi
  3. Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  4. Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
  5. Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Tips Mengawal Penyakit Diabetes atau Kencing Manis Secara Tradisional


Sebenarnya banyak ulam ulaman tempatan kita cukup hebat dalam merawat masalah kencing manis ni seperti buah petai dan jering, dimana dua-dua ulaman ini bersifat kelat. Unsur ini dapat menolong menyerap gula dalam darah dan memulih sel-sel yang telah rosak. Sama juga dengan benda lain seperti Akar manggis, tebu gajah, gambir dan sebagainya boleh merawat sakit kencing manis.
Antara ulam-ulaman tradisional yang boleh merawat kencing manis:

1. Buah petai, selalu makan 2 3 biji pada setiap kali makan. Jangan lebih boleh merosakkan buah pinggang.

2. Pucuk petai siam, selalu makan dijadikan ulam.

3. Akar manggis, 1 jengkal,direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1/3 airnya. Diminum 1/4 cawan. 3 kali sehari selama 3 hari.

4. Kayu tebu gajah, 3 kerat, direbus dan diminum. (kurang digalakkan bagi pesakit darah rendah kalau selalu (meminumnya).

5. Daun sirih serta sulurnya, direbus 7 helai, diminum.

6. Dedalu yang tumbuh di atas pokok limau nipis, direbus dan minum (Mujarab).

7. Buah tamar serta bijinya ditumbuk sebanyak sekilo dimakan selama 3 hari. (Mujarab).

8. Kulit kayu manis, diasah dan diminum.

9. Pokok misai kucing, direbus segengam dan diminum.

10. Akar nipah,direbus segengam dan diminum.

11. Akar lalang secekak direbus diminum

12. Teberau (tebu hutan) direbus 3 ruas (dibuang bukunya) diminum (berhenti minum jika dah pulih, kerana meminum air akat teberau secara serius boleh melemahkan tenaga batin.

13. Pelepah betik yang kuning (hampir gugur) direbus 3 pelepah dan minum.

14. Akar mempelas, dipotong sulurnya ditadah airnya diminum 1/4 cawan 3 kali sehari.

15. Isi kelapa hijau kehingusan dimasak sehingga menggelegak kemudian masukan serai 7 batang. Minum ketika suam 1 gelas 3 kali sehari.

Pantang penyakit kencing manis: bahan-bahan makanan manis seperti pisang lemak manis, durian dan nasi (bila banyak).

Vivix Shaklee Membantu Pesakit Diabetes

           Nak amalkan perua tradisional memang bagus, tetapi ada satu kerumitan di situ. Jangan bimbang, dengan bantuan penyelidik Shaklee yang menjalankan bermacam-macam kajian, terhasillah Vivix yang sangat ampuh untuk memperbaiki sehingga ke DNA manusia. Mampu membantu merawat penyakit diabetes juga. Jom saya kongsikan beberapa testimoni terbaik vivix.



Untuk dapatkan vivix, tolong jangan segan-segan hubungi saya.


Juhaina binti Mohammad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464
COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran