Tips Menjaga Kulit Agar Wajah Agar Tidak Kelihatan Kusam
Assalamualaikum walarahmatullah, Sekejap saja dah hari jumaat kan. Hari jumaat ni banyakkan bersedekah, berselawat, dan amalan-amalan lain. Entri kali ini, saya nak berkongsi tentang tips menjaga kulit agar wajah tidak kelihatan kusam. Kadang-kadang tanpa kita sedari, semakin lama kulit kita semakin kusam. Muka kita memang dah sedia cantik pun, tetapi tidak berseri. Terdapat beebrapa faktor sebenarnya yang memberi kesan kepada kulit wajah yang tidak bermaya. Antaranya adalah stress, kurang minum air kosong, kurang tidur, penggunaan produk kosmetik, corak pemakanan seharian yang mungkin banyak minyak dan juga kurang tidur. Mula la lepas tu kita belek muka di cermin, bandingkan muka dengan orang lain. "Kenapa kulit muka tak flawlwss mcama orang lain ye?". TIPS MUDAH MENJAGA KULIT WAJAH Terdapat beberapa tips mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat. Saya akan kongsikan beberapa tips yang saya rujuk daripada artikel-artikel lain. Tapi ingat, banyak mana pun tips ya...