Sakitnya kene Senggugut Sampai Rasa Nak Pengsan

Assalamualaikum dan haaaaiiiiiii semua, Sape yang pernah kene senggugut? Sila jawab dalam hati. Orang yang pernah kena senggugut saje boleh cerita macam mana rasanya. Tak boleh nak bagitau la, sakit kat mana sebenarnya, spesifik sakit tu kat mana nath. Ada rasa sakit pinggang, ada rasa sakit kat ari-ari, sakit perut memulas macam nak baung air besar, seram sejuk. Pendek kata memang menyeksakan. Saya sendiri memang hampir setiap bulan atau setiap kali nak datang haid, senggugut tu akan mengiringi sekali. Hadoi, guling-guling la nak tahan sakit. Masa zaman sekolah dulu, saya ambil panadol menstrual yang khas untuk masa period. ada lagi tak ye sekarang? Masa zaman kat Universiti pulak, upgrade sikit ubat tu, saya amik ponstan. Pernah tu saya pergi pusat kesihatan pelajar UM, selamba je saya minta kat pembantu kesihatan, "bang, saya nak ponstan. Nak buat stok sekali la." Terkejut muka abang dressar tu. Hehe. Tapi, saya biasa makan ponstan tu kalau ada kuliah je la, kalau t...