Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Assalamualaikum, salam ceria,

Teringat pula masa zaman sekolah dulu, jika ada lawatan sekolah je mesti pergi Melaka. Saya berasal dari Johor, jadi kalau lawatan ke Melaka tu kiranya taklah jauh sangat. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan. Rasanya sampai sekarang pun, banyak sekolah akan pilih Melaka sebagai tempat lawatan sambil belajar untuk murid sekolah. Kenapa Melaka?


Sebelum saya teruskan cuba tengok video kat bawah ni. Jika anda sangat suka travel jauh-jauh, pantang hari cuti mesti je nak berjalan-jalan. Berjalan bukan dekat-dekat pula tu. Tapi, cepat penat atau mudah rasa letih lepas tu, esok nak kerja tapi tak larat sampai nak ambil MC. Best ke macam tu? Jadi untuk kekal cergas selepas travel jauh, sampai kawan ofis pun terkejut bila tengok anda tak macam balik dari travel pun. Apa tipsnya? Wajib tonton video ni.
Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.


Melaka Bandaraya Bersejarah yang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik seperti Kota A Famosa di Banda Hilir, Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama dan kini ada banyak lagi tarikan baru di Melaka seperti Melaka River  Cruise, Rumah Terbalik, dan satu lagi The Shore Oceanarium.

Sebenarnya, saya nak cerita pengalaman saya baru-baru ni ke The Shore Oceanarium yang terletak di pasaraya The Shore di bandar Melaka.... Saya pergi masa cuti sekolah bulan Mac baru-baru ni. Kesian kat anak, cuti sekolah ummi dan abah sibuk kerja, jadi tak dapat nak ke mana-mana. Kalau yang sama opsyen kerja dengan saya iaitu Pensyarah Politeknik mesti faham, bulan Mac adalah bulan terakhir untuk menghabiskan silibus dan juga nak menyiapkan "assessment" pelajar. Untuk bercuti panjang memang cari pasal la, jenuh nak menggantikan kelas dan sebagainya

Maka, ummi ni pun decide untuk berjalan di sekitar Melaka yang tidak kurang hebatnya berbanding ke negeri lain. Sekurang-kurangnya anak-anak ada kenangan yang manis di masa cuti sekolah mereka..hehe. The Shore Ocanarium ni baru dibuka pada Ogos 2014 kalau tak silap. Kira masih panas la juga..Harga tiket masuk boleh tahan, iaitu RM28 dewasa dan kanak-kanak dan warga emas RM18. Tapi hari tu kami dikira pakej dewasa (2) kanak-kanak(2) RM80, jimat RM12.

 Setelah masuk ke dalam, kami disajikan dengan gamat, eceh..macam disajikan makanan pula, maksudnya mula-mula sekali ada kolam kecil yang ada gamat, ikan yu, tapak sulaiman. Pelawat dibenarkan untuk pegang haiwan-haiwan tersebut, tetapi tak dibenarkan angkat keluar dari air. Saya berjaya pegang gamat dan tapak sulaiman, tapi ikan yu tak berani la.

Masuk ke dalam lagi, ada Magic Aquarium, di mana pelawat boleh mamasukkan tangan ke dalam dua lubang yang disediakan. Ikan-ikan tu nanti akan kerumun tangan kita, macam fish spa gitu. Magic aquarium ni katanya guna konsep keseimbangan vakum, di mana air takkan keluar dari lubang tu.

Terdapat juga pelbagai spesis kura-kura, seronok Anas dapat tengok kura-kura. Selalu suruh ummi lukis kura-kura, hari tu dapat tengok lagi banyak kura-kura hidup. Nampak gambar kat atas tu, bersungguh dia tengok kura-kura di sebalik cermin.





Seperti taman akuatik lain, pelbagai jenis ikan ada. Ada kuda laut juga ye, comel je tengok kuda laut tu kan. Terdapat juga laluan bawah air, boleh tengok ikan-ikan berenang atas kepala kita. Akhir sekali terdapat kolam penyu yang dipanggil Kampung Penyu. Anak-anak seronok tengok penyu-penyu berenang-renang di kolam tu. Kalau nak bagi makan penyu pun boleh, tapi kena beli makanan penyu RM10 di kaunter, masa mula masuk. Kami tak beli pun.

Sepanjang kami berjalan di dalam Oceanarium tu, kami diberikan kertas soalan kuiz. Kuiz tu ada soalan-soalan berkaitan haiwan-haiwan yang ada dalam oceanarium. Kalau jawab semua soalan dengan betul nanti dapat cenderamata. Bersungguhlah ummi menjawab soalan kuiz tu. Dah macam treasure hunt plak. Tapi takpe, selain dapat cenderamata, sekurang-kurangnya dapat ilmu walaupun perkara yang kita rasa simple tapi ada juga yang kita tak tahu tau.

Perjalanan dalam Oceanarium ni mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam, bergantung kesungguhan anda untuk melihat hidupan-hidupan di situ. Setelah keluar, ummi yang excited terus menuntut cenderamata untuk kuiz (confirm je betul semua). Dapat 4 key chain Oceanarium yang comel.

The Shore Oceanarium memang tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak melawat sambil belajar. Anak-anakku memang sangat teruja dengan keindahan pelbagai jenis hidupan laut ciptaan Allah. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan