Posts

Resepi Kek Coklat yang Mudah dan Sedap

Image
Salam semua, hari ni terasa nak share resipi Kek Coklat yang memang yummy! Sebenarnya, diriku bukanlah seorang yang suka mem"baking" or mem"biskut". Tapi, oleh kerana diri sendiri dan suami juga of course anak-anak suka sangat makan kek coklat, gigihlah ummi belajar buat kek coklat. Namanya pun belajar, mesti la ada sesi-sesi kek tak jadi. hehe. Walaubagaimanapu, ummi tak berputus asa. Macam-macam resepi ummi cari dan cuba, dan akhirnya ummi pergi kelas buat kek. Satu hari je pun kursusnya. Stok kek coklat untuk snek anak-anak Maka, dengan ini diriku berbesar hati nak kongsikan resepi Choc Moist Cake yang awesome daripada cikgu kelas buat kek iaitu Kak Ju. Dengan resepi ni juga saya dapat buat kek birthday anak-anak sendiri, dan juga untuk suami. Jimat kos beli kek, dan juga lebih terjamin sebab tangan ummi yang buat, dan mesti sedap kerana ditambah dengan kasih sayang, hihi. Kek Birthday Anas dan Nashuha yang ummi buat Resepi Choc Moist Cake Bahan ...

Kenapa ku Rasa Masa Pantas Berlalu?

Image
Asssalamualaikum, huh, lama nau tak update entry. Camno la blog nak glemer ni, Camnilah anak-anak syurga saya bermain, habis sepah rumah Sedar tak sedar 2015 ni dah masuk bulan Mei, dah hampir setengah tahun. Kenapa terasa masa terlalu cepat sangat berlalu. Bermula pagi dengan kelam kabut rutin kesibukan ibu nak siapkan anak-anak ke sekolah, pergi kerja, kemudian rutin mengambil anak-anak di tadika, sekolah, dan rumah pengasuh, (3 tempat tu nak singgah). Hidup memang terasa sangat sibuk. Ye la, masa ambil anak di 3 tempat berasingan, bukannya boleh sampai je sekolah berenti jap, terus jalan balik, nak kene turun jemput, sembang sikit dengan cikgu baru bleh nak gerak kan. Masa banyak juga habis di dalam perjalanan. Walaupun, adakala saya memikirkan "orang lain takde pun susah-susah buang masa dalam kereta lama-lama macam aku", Allah akan datangkan orang lain yang hidupnya lebih mencabar dari saya, seperti pasangan weekend husband and wife, yang mana semua urusan anak...

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Image
Assalamualaikum, salam ceria, Teringat pula masa zaman sekolah dulu, jika ada lawatan sekolah je mesti pergi Melaka. Saya berasal dari Johor, jadi kalau lawatan ke Melaka tu kiranya taklah jauh sangat. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan. Rasanya sampai sekarang pun, banyak sekolah akan pilih Melaka sebagai tempat lawatan sambil belajar untuk murid sekolah. Kenapa Melaka? Sebelum saya teruskan cuba tengok video kat bawah ni. Jika anda sangat suka travel jauh-jauh, pantang hari cuti mesti je nak berjalan-jalan. Berjalan bukan dekat-dekat pula tu. Tapi, cepat penat atau mudah rasa letih lepas tu, esok nak kerja tapi tak larat sampai nak ambil MC. Best ke macam tu? Jadi untuk kekal cergas selepas travel jauh, sampai kawan ofis pun terkejut bila tengok anda tak macam balik dari travel pun. Apa tipsnya? Wajib tonton video ni. Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo . Melaka Bandaraya Bersejarah yang terkenal de...

Tips Menjadikan Hari ini Lebih Baik dari Semalam

Image
Assalamualaikum semua, Hari ni lebih baik dari semalam? Perlu ke amik kisah hal semalam? Nak banding-bandingkan dengan hari ni pulak tu. Perkara yang dah lepas tak perlu lah nak dikenang-kenang kan. Tapi, tu la korang tak tau, bila kita tak pernah nak analisa kita punya life, buat muhasabah diri setiap hari, sampai bila-bila pun kehidupan kita takkan berubah. Melalui rutin hidup yang sama, membosankan, takde tujuan. Macam mana nak jadikan kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam? Mari saksikan video ni bagaimana kita nak menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.   Jadi, kita tahu bahawa muhasabah diri tu memang penting untuk memastikan kita kekal positif. Bagaimana cara muhasabah yang betul? Pertama, muhasabah diri yang memang biasa kita lakukan ialah mengenang apakah dosa, perkara buruk yang kita lakukan agar kita takkan mengulanginya pada hari esok. Kita bertaubat dari kesilapan kita. Tetapi, adakalanya oleh kerana asyik mengenang perkara buruk yang ...

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan

Image
Hai, assalamualaikum semua.. Entry kali ni nak berkongsi tips menghilangkan parut chicken pox yang ohsem sehingga kulit lebih cantik berbanding sebelum kena chicken pox. Chicken pox atau pun cacar air atau dipanggil juga cengkering, rasanya kebanyakan orang maklum tentang penyakit ni. Sebelum tu, mari kita tengok video kak Nur Hidayah yang terkena chicken pox dpadausia dewasa. Chicken pox kalau kene pada orang dewasa, parutnya memang susah nak hilang. Tapi beliau berjaya pulihkan parut tu. Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo . Kalau pengalaman saya sendiri, saya kena chicken pox masa tingkatan 2. Bermula dengan demam seram sejuk, dan pada masa yang sama saya merasakan seperti ada jerawat atas kulit kepala. Tangan pun gatal la nak pecahkan jerawat yang muncul tu. Selepas itu, naik lagi kat badan dan tangan, barulah ada kawan saya bagitau yang jerawat tu sebenarnya cacar air atau chicken pox. Oleh kerana saya bersekolah asrama, m...

Cara Berkesan Merawat Masalah Rambut Gugur Agar Tak Rasa Malu dengan Suami Mr Perfect 10

Image
Assalamualaikum semua, Kita orang perempuan terutama sekali yang dah beranak pinak tu mesti punya maslaah yang sama iaiatu rambut gugur. Orang tua-tua kata bila anak dan pandai menyembur air liur tu lagi la teruk gugur rambut mak..huhu. Tapi itu mitos je sebenarnya. Hal ini berlaku adalah disebabkan perubahan hormon wanita selepas bersalin. Rimas ke rimas bila keadaan ni terjadi? hihi..tiada pilihan jawapan, of course la rimas kan. Saya sendiri mengalami situasi tu sampai malas nak sikat rambut. Sakit mata tengok lantai lepas tu, bersepah-sepah rambut. Mood nak iakt rambut cantik cantik , nak buat ala ala Elsa Froen pun hilang. Ksian kat encik suami, serabai je tengok isteri dia..hehe. Bila saya tengok video kakak ni, saya berazam untuk konsisten dengan set yang dia ambil. Tapi saya belum beli pula syampu. Saya akan konsisten dengan ESP dan Zink.Harapnya serasi dengan saya. Cik puan kat luar sana harus atasi masalah rambut gugur ni tau. Walaupn kita bertudung, rambut tu mahkota...

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran

Image
Assalamualaikum, salam ceria semua. Sebelum saya teruskan perkongsian saya, di bawah ni saya kongsikan tentang tips menyucikan diri dengan cara bersedekah. Pernah dengar kan sedekah, suci harta dan suci jiwa? Jom kita dengar kakak cantik ni cakap apa.                 Entry kali ni nak berkongsi tentang tips mak-mak ye. Iaitu tips menyimpan sayur dalam peti sejuk supaya tahan segar lebih lama. Sebagai ibu bekerjaya seperti saya ni, mestinya kita tetap akan berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat keluarga kita. Kalau boleh semua perkara nak buat sendiri, apatah lagi dalam meneydiakan makanan buat insan tersayang. Kalau boleh hari-hari biarlah suami dan anak-anak makan hasil air tangan kita. Macam saya sendiri, memang boleh dikatakan setiap hari memasak. Jadi, sebelum nak masak tu kene la pastikan semua barang-barang dah ada dalam peti sejuk kan. Takkan setiap hari mau pegi kedai beli. Dah la kalau pegi kedai nak beli  dua bar...