Ibu Bekerja Mampu ke Nak Menjayakan Penyusuan Ekslusif?

Ibu Bekerjaya...Teruskan Penyusuan



Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Al-Baqarah:233)


Betapa besarnya pahala kita jika menuruti Firman Allah ini. Pahala menyusukan anak dan pasakkan niat kerana Allah ta'ala. Pastinya perintah Allah ini ada hikmahnya buat si ibu dan juga anak. Walaupun terdapat kajian yang dilakukan oleh pengkaji barat yang membuat perbandingan bayi yang minum susu ibu dengan bayi yang minum susu formula tidak membuktikan bahawa perkembangan bayi yang menyusu ibu itu lebih baik daripada bayi yang minum susu formula, siapalah kita untuk menidakkan perintah Allah ini. Siapalah pengkaji itu...manusia biasa yang mungkin jua berbuat kesilapan. Secara peribadi saya terasa hati dengan artikel itu..nnt kalau saya jumpa saya akan kongsikan.

Jadi, ibu-ibu di luar sana yang baru mendapatkan cahaya mata yang comel tu, kuatkanlah azam untuk memberikan yang terbaik buat anak, iaitu susu ibu. Kita memang mampu untuk membeli susu yang mahal yang kononnya melengkapi nutrisi hampir menyamai susu ibu, tetapi berusahalah dulu untuk memberikan susu ibu. Niat dan azam yang kuat adalah antara tips yang penting untuk menjayakan penyusuan ekslusif terutama di awal 6 bulan kelahiran.


Bagaimana Ibu Bekerja Memastikan Bekalan Susu Anak Sentiasa Cukup?


1. Rangsang Pengeluaran Susu

Apabila anda sebagai ibu sudah berazam, perlulah diteruskan dengan usaha. Apakah usaha kita sebagai ibu yangtelah melahirkn anak dan ingin menyusukannya? Ok, sejurus selepas melahirkan,  bila nurse dah bersihkan bby dah siap diazankan dan diiqamatkan, terus ambil baby dan susukannya. Memang akan rasa agak kekok, terutama bagi yang pertama kali menjadi ibu. Mintalah bantuan jururawat. Bayi pun masih tak berapa pandai nak melekapkan mulut dia kat puting ibu, tapi daya hisapannya memang subhanallah, Allah jadikan semulajadi bayi ini pandai menghisap. Apabila dia dapat melekap, anda akan lihat betapa bersungguhnya dia menghisap. Nikmati saat ini selagi anak anda masih tidak mahu melepaskannya. Pada saat ini, susu masih tidak banyak dan mungkin juga belum ada, si kecil itulah yang akan merangsang pengeluaran susu yang dimulakan dengan cairan emas iaitu kolosterum yang sangat berkhasiat. Bayi di awal kelahiran tidak memerlukan banyak susu.



2. Mengepam Susu Sewaktu Anak Tidur
Anak kita masa awal kelahiran, dalam tempoh sebulan tu memang kuat tidur. Memang la kan, apa lagi bayi kecil tu nak buat. Tidur, menyusu, berak kencing, menangis. Jadi, ibu ambil kesempatan ini untuk mengumpulkan stok susu. Sesi perahan ini boleh dilakukan setelah seminggu berpantang, bergantung kepada keadaan ibu juga. Kalau rasa nak mula lewat sikit pun takpe, dua minggu lepas pantang mungkin? Tapi ingat, bila mula kumpul lewat, maka akan kuranglah hasilnya. Sesi perahan boleh lah dibuat 3 atau 4 jam sekali. Apa yang saya buat pula (saya ni kurang disiplin sikit), saya target satu hari paling sikit pun simpan 8oz, tak kira la berapa kali sesi. Saya fleksibel.


3. Makan Secara Seimbang
 Emak saya tidak terlalu cerewet masa menjaga saya pantang..hehe saya yang tak cerewet. Saya tak boleh nak berpantang sangat, tapi saya ikut la jangan makan berminyak sangat, elakkan makanan pedas, makanan yang gatal (udang , sotong, dll). Minum air banyak-banyak tu penting, walaupun orang tua mungkin tak galakkan minum air banyak, nanti peranakan kembang katanya (tak tau la betul tak), tapi saya minum air banyak. Cuma saya minum kerap tapi sedikit-sedikit. Ibu menyusukan mesti cepat haus. Perlukan banyak protein juga, jadi makan la ikan, atau ayam, bilis, boleh juga ambil ESP.
 
4.Elakkan Menggunakan Stok EBM
Tujuan kita menyimpan stok EBM adalah untuk digunakan bila kita sudah naik bekerja kan? Jadi, jangan gunakan dengan cara yang tidak berhemah stok tersebut ye. Iaitu dalam keadaan yang sangat terdesak sahaja. Even, kalau nak latih bayi guna botol (walaupun tidak digalakkan, tapi saya gunakan botol gak sebab tanak susahkan pengasuh nanti) sebelum naik keraj, kita pam susu dan terus bagi yang fresh tu, bukan ambil dari stok.

5. Teruskan dan tingkatkan sesi perahan di tempat kerja
Bila dah mula bekerja, teruskanlah dan tingkatkan sesi perahan anda, kerana bayi tiada bersama anda. Kalau boleh laksanakan 3 kali sesi perahan di waktu kerja. Perlu istiqamah untuk lakukan ini. Demi anak yang dikasihi, pastinya kita sanggup kan.



6. Berusaha, berdoa dan bertawakal

Manusia hanya mampu berusaha dan berikhtiar, maka berdoalah agar Allah mempermudahkan niat kita untuk menyusukan anak kita sehingga dua tahun. Setelah berdoa, maka bertawakkal kepadaNya. Jika setelah pelbagai usaha dilakukan, namun hasilnya tidak juga seperti yang anda inginkan, janganlah terlalu kecewa. Mungkin ada hikmahnya.

Ibu Menyusu Perlukan Sokongan

Ya, ibu yang menyusukan anak perlukan sokongan fizikal dan emosi. Sokongan dari suami, ibu bapa, rakan-rakan sangat membantu dalam menjayakan penyusuan ibu. Ia akan membantu mengekalkan emosi positif ibu yang secara tidak langsung akan membantu melancarkan lagi pengeluaran susu. Ibu juga perlu memastikan fizikalnya sihat dan cergas. Ibu mungkin memerlukan supplemen untuk memastikan tahap kecergasan ibu berada pada tahap yang optimum.

Antaranya ialah :


  • B-complex
  • Vitamin C
  • Zink
  • Zat besi






Saya doakan anda akan berjaya dalam misi penyusuan ekslusif anda ye. 

Salam sayang dari saya,


Juhaina binti Mohammad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464
COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia

Fanpage: https://www.facebook.com/umminashuha
Blog : www.umminashuha.blogspot.com 


                                                             

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan