Kenali Osteoporosis : Faktor dan Cara Pencegahan



KENALI OSTEOPOROSIS : FAKTOR DAN CARA PENCEGAHAN
Tulang rangka merupakan sistem asas tubuh yang terbentuk daripada tisu-tisu kompleks. Manusia mempunyai 206 batang tulang yang berfungsi sebagai penyokong dan pelindung kepada tubuh. Tulang juga adalah pusat pengeluaran sel-sel darah.

Kalsium dan fosforus adalah dua unsur utama yang terdapat di dalam tulang. Sebanyak 99% daripada kalsium di dalam tubuh disimpan di dalam tulang.

Tulang mengalami proses hakisan dan larutan. Kemudian ia dibentuk semula menurusi proses 'remodelling' bergantung kepada faktor usia seseorang. Kehilangan jisim tulang pada usia 30 tahun ke atas dikenali sebagai 'osteoperia'. Proses 'osteoperia' yang berlebihan dipanggil 'osteoporosis'. Adakah anda pernah mendengar tentang penyakit osteoporosis? Kalau anda pernah tengok iklan susu Anlene, mesti anda tahu  apa itu osteoporosis.

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).
Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India. Kalau dalam iklan Anlene tu pun banyak memaparkan wanita sebagai modelnya.

Oleh itu, kita perlu tahu apa faktor-faktor penyebab dan bagaimana hendak mengelak dari mendapat penyakit ini.

KLASIFIKASI OSTEOPOROSIS

Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) :

1. Osteoporosis Primer
Antara sebab-sebabnya ialah:-
  •  Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah
  • Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis
  • Tidak diketahui- jarang berlaku

2. Osteoporosis Sekunder
Antara penyebabnya ialah:-
  •  Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism.
  • Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin
  • Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis 
  •  Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.
FAKTOR-FAKTOR

Faktor-faktor berikut di bawah boleh menyumbang kepada osteoporosis iaitu:-

Faktor-faktor yang tidak boleh diubah
1.      Umur yang meningkat
2.      Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih”
3.      Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
4.      Saiz badan yang sediakala kecil
5.      Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis

Faktor-faktor yang boleh diubah
1.      Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
2.      Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
3.      Merokok berlebihan
4.      Mengambil minuman berakohol
5.      Mengambil caffeine berlebihan
6.      BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
7.      Kekurangan hormone estrogen
8.      Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang



BAGAIMANA MENGENALPASTI SESEORANG ITU OSTEOPOROSIS?

Osteoporosis dikatakan “silent disease”, di mana biasanya tiada tanda apa-apa. Hanya setelah mengalami patah tulang baru diagnosa dibuat.
Walaubagaimanapun, antara tanda-tanda yang biasa dilihat ialah bongkok yang keterlaluan (dorsal kyphosis), patah tulang ketika kecederaan yang minima, kurang ketinggian disebabkan tulang belakang dihimpitkan, dan sakit tulang belakang.
Antara penyiastan yang boleh dilakukan ialah:-
  • Bone mineral density test (BMD) – guna mesin X-Ray spt DXA, SXA, juga menggunakan Ultrasound tulang tumit mudah didapati di hospital swasta
  • X-Ray tulang belakang, pinggul
  • Ujian darah/ air kencing – tahap kalsium, fungsi ginjal dan penyakit2 lain
  • Tahap hormone dalam darah – hormone T4, TSH, FSH, LH, testosterone
Contoh x-Ray tulang pinggul seorang pesakit yang mengidap sakit di pinggul kiri menunjukkan tanda osteoporosis tulang pinggul sebelah kiri

Contoh x-Ray tulang peha menunjukkan osteoporosis tulang femur (peha) yang ditunjukkan dalam segi tiga.


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

1.      Pengambilan kalsium dan Vit D yang mencukupi
Rakyat Malaysia dikatakan mengambil hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan, sedangkan bagi wanita 19-49 tahun – 800 mg sehari diperlukan, wanita lebih dari 50 tahun – 1000 mg sehari diperlukan
Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuk:-
  • Yogurt biasa 2% 1 cawan – 415 mg
  • Susu tinggi kalsium 1 cawan – 500 mg, susu biasa cuma 300 mg
  • Susu skim 1 cawan – 300 mg
  • Keju 1 cawan – 217 mg
  • Kacang soya ½ cawan – 88 mg
  •  Broccoli ½ cawan – 89 mg
  • Buah oren – 52 mg
  •  Ikan salmon 3-4 oz – 225 mg

Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat.
Vitamin D pula, kalau kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk kita. Bagi, wanita yang berumur, terlantar di katil atau yang kurang membuat aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari yang boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. Vit D juga boleh didapati dalam telur, daging dan ikan salmon dan sardin.
2.      Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
3.      Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan. Seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali untuk mengekalkan keseimbangan hormone. Contohnya, lebih baik jalan kaki daripada naik kereta apabila ke kedai berdekatan, naik tangga daripada naik lif bila ke pasaraya dan berdiri daripada duduk
4.      Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat barang
5.      Elakkan minuman beralkohol
6.      Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat
7.      Elakkan merokok
8.      Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera.

Jagalah tulang anda, para wanita sekalian, tugas anda menjaga keluarga, menguruskan rumahtangga. Kalau tulang kita patah nanti camno nak uruskan keluarga? Jadi, pastikan kita membuat pencegahan awal daripada penyakit osteoporosis ini. Amalkan pemakanan yang seimbang. Kalsium tak cukup? Boleh ambill Ostematrix Shaklee.

Bagaimana untuk dapatkannya? Hubungi saya:
Juhaina binti Mohamad
SMS/ Whatssapp : 013-292 2464

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan