Ibu Perlukan Nutrisi Lebih dari Bapa?



Ibu Perlukan Nutrisi Lebih dari Bapa?


Ummi ke abah yang kene lebih zat ni?
 Wah, bunyi macam berbaur semangat feminisme tajuk entri ni ye. Tapi begitulah hakikatnya. Saya sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata dapat merasakan betapa perlunya saya kepada nutrisi tambahan dek kerana ummi ni kena jadi superwoman. Siang hari bekerja, balik je nk kutip anak, sorang kat tadika, dua lagi di rumah pengasuh. Dalam kereta lagi dh bersilat dah, tangan sebelah pegang stereng, sebelah nk pujuk bby nashuha nangis, tak pun nk mendepa tangan sebab nk brek, anas dok berdiri kat tengah-tengah… Sampai rumah je, layan baby kejap then nak bersilat lagi kat dapur. Pendek kata sampai rumah tu macam recharge energy balik nak bertukar jadi bibik sedunia pulak. Jadi, ummi perlukan tenaga untuk memastikan urusan rumahtangga settle dengan baik. Tenaga tu terkadang ada kerana rasa kasih dan sayang kita kepada keluarga yang tinggi menyebabkan kita ketepikan semua rasa letih dan penat. Tapi saya berharap sangat tenaga saya lebih dari itu, maka saya ambik la supplemen Shaklee.  Antara yang sesuai untuk saya ialah B-Complex. Ok la, sebenarnya saya nak cerita pasal kepentingan nutrisi kepada ibu yang hamil dan menyusukan bayi.

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Produk Shaklee sangat dicadangkan untuk ibu Mengandung dan Menyusukan Bayi, antaranya:

ESP- rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.




Ostematrix
- Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.

B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.

Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]


Hubungi saya untuk dapatkannya:

Juhaina binti Mohammad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464
COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia

Fanpage: https://www.facebook.com/umminashuha
Blog : www.umminashuha.blogspot.com 
  

Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Mudah, Murah dan Berkesan Atasi Liang Kulit Terbuka agar Wajah anda Tidak Seperti Kulit Limau

Berbaloikah Menghabiskan Duit dan Masa di The Shore Oceanarium Melaka?

Tips Menyimpan Sayur Agar Tahan Segar Lebih Lama dan Tiada Pembaziran