Cara Alternatif Berkesan dan Selamat Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum,

Darah tinggi, darah tinggi, darah tinggi. Mak saya, dan juga mak mertua saya menghidap penyakit darah tinggi. Ini bermakna, sayal dan juga suami saya berpotensi untuk mendapat penyakit ni. Anda pula bagaimana? Cuba selidik-selidik susur galur dalam keluarga anda, ada tak yang ada masalah darah tinggi?

Darah Tinggi  Penyumbang Utama Kematian di Malaysia.

Darah tinggi juga digelar pembunuh senyap kerana kehadirannya kadang-kadang tanpa sebarang simptom yang nyata.Sebanyak 32.7% atau 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi atau hipertensi. Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020.Angka yang sangat menakutkan kan?

Merbahayakah darah tinggi?
Darah tinggi adalah faktor utama serangan jantung (heart attack), lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan juga boleh menyebabkan buta. Saya rasa banyak juga berita terutama artis-artis muda yang meningal dunia kerana serangan jantung seperti Allayarham Faizal Yusof, Allahyarham Yus Jambu dan lain-lain (al-Fatihah buat mereka)


Punca Tekanan Darah Tinggi

Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri. Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Hampir 90%  pesakit darah tinggi tiada penyebab yang khusus dan ini dikenali sebagai Essential atau Primanory Hypertension. Walaubagaimanapun, beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada Primanory Hypertension iaitu amalan pemakanan, aktiviti fizikal, persekitaran. Faktor genetik, makanan tinggi garam dan lemak, obesiti juga merupakan punca darah tinggi . Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.


Langkah-langkah pencegahan

Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.  Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.

Kaedah Merawat Darah Tinggi

Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal. 

Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang. Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah. Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.

Jenis-jenis ubat darah tinggi

  1. Diuretik: Membuang garam dan air berlebihan daripada badan
  2. Penghalang beta: Memperlahankan degup jantung supaya jantung tidak perlu bekerja lebih bagi mengepam darah
  3. Penghalang saluran kalsium: Mengendurkan saluran darah bagi menghalang kalsium daripada memasuki sel-sel otot
  4. Perencat enzim menukarkan angiotensin II (ACE): Merencat pembentukan angiotensin II, sejenis hormon yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah
  5. Penghalang penerima angiotensin II (ARB): Menyekat secara langsung kesan-kesan bahaya angiotensin II ke atas pembuluh darah.
Cara Alternatif Berkesan Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Selain kaedah perubatan, anda boleh berikhtiar dengan supplemen Shaklee. Antara produk yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah Vivix.
Kandungan Vivix yang kaya dengan resveratrol sangat-sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida , LDL, dan lemak berlebihan di dalam darah serta meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL. Resveratrol di dalam Vivix juga berperanan sebagai ” pembersih pembuluh darah “, membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah.
Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh, serta dapat memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah jantung.
Sejauh mana keberkesanan Vivix ni? Saya kongsikan beberapa testimoni 


Jika anda ingin mendapatkan Vivix, boleh hubungi saya seperti butiran di bawah.

Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Pentingnya Hobi untuk Kurangkan Stress

Puisi yang Menyentuh Hati Seorang Perempuan

Tips Menghilangkan Parut Chicken Pox yang Cepat dan Berkesan