Monday, 12 September 2016

Landmark Study Shaklee Bukti Vitamin Shaklee Menjamin Kehidupan Sihat Lebih Lama

Assalamualaikum, Salam Aidil Adha...

Sepatutnya saya tulis artikel ini semalam, tapi sibuk beraya (sibuk la sangat) jadi saya tak sempatkan diri saya nak tulis. Kali ni saya nak berkongsi sedikit pengetahuan saya tentang Landmark Study Shaklee yang mejadi bukti keberkesanan vitamin Shaklee.


Sebab Landmark Study Dilakukan

Makanan tambahan atau supplemen kini menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian. Kehidupan yang serba sibuk menyebabkan kita tidak punya banyak masa untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan, pemakanan juga sering kali kita ambil yang segera dengan membeli saja di kedai tanpa menitikberatkan keseimbangan nutrisi di dalam makanan tersebut. Supplemen yang diambil adalah berfungsi untuk melengkapkan keperluan nutrisi dan membantu sistem tubuh badan kita berfungsi dengan lebih baik. Apakah perkaitan supplemen dengan Landmark Study Shaklee yang saya nak ceritakan ni?


Setelah Mr. Roger Barnett membeli Shaklee, dia seperti ada rasa tidak puas hati apabila Shaklee claim yang produk mereka selamat dan berkesan. Bagi diri beliau, sesiapa pun boleh claim sebegitu. Maka beliau dengan rasa bertanggungjawab ingin memastikan hal ini adalah benar, beliau pun dengan hati terbuka meminta National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) melakukan penyelidikan terhadap supplemen Shaklee.


Pelaksanaan Landmark Study

Penyelidikan tersebut telah diketuai oleh Dr. Gladys Block bersama penyelidik-penyelidik yang lain dari University of California, Berkeley yang dilantik oleh National Health and Nutrition Examination Survey (NHaNES) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat kajian berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US. Dr Gladys Block merupakan pakar dalam bidang Epidemiology dan Public health Nutrition.



Tujuan utama Landmark Study Shaklee dilakukan adalah antuk memahami hubungan antara makanan tambahan dan kesihatan jangka panjang. Landmark Study pertama seumpamanya telah dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari University of California, Berkeley, School of Public Health.


Dalam penyelidikan ini, 3 jenis kumpulan iaitu pertama yang guna supplemen Shaklee, kedua yang guna supplemen jenama lain, dan ketiga yang tidak mengamalkan sebarang supplemen. Selain daripada mengedarkan borang soal selidik, ujian darah juga dilakukan untuk mengetahui status kesihatan mereka.

Keputusan atau Hasil Penyelidikan / Landmark Study

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kumpulan pertama iaitu pengguna Shaklee mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding kumpulan kedua dan ketiga. Mereka juga mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap penyakit terutama penyakit kardiovaskular.




Manakala kumpulan kedua mempunyai tahap kesihatan paling rendah dan paling terdedah terhadap risiko penyakit berbanding kumpula ketiga yang tidak mengambil sebarang supplemen. Maksudnya lebih baik tidak mengambil supplemen kan.


Hasil Kajian Disemak pihak ketiga

Walaupun keputusan kajian telah membuktikan keberkesanan supplemen Shaklee, Dr. Gladys Block tetap meminta saintis luar untuk menyemaknya sekali lagi. Sedikit pun Roger Barnett tidak risau kerana beliau tersangat yakin dengan supplemen Shaklee ni.




Kesan Landmark Study Shaklee

Kesan daripada landmark study ni menyebabkan keyakinan saya sebagai pengguna produk Shaklee semakin menebal. Tiada keraguan terhadap keberkesanan vitamin Shaklee yang saya telan. Sebagai pengedar juga, saya lebih mudah meyakinkan pelanggan saya.

Kalau korang juga nak jadi pengguna dan pengedar supplemen terbaik ni, sila hubungi saya. Saya bersedia membantu.



Juhaina binti Mohamad
Shaklee independent distributor (1066975)
013-293 2464

COD : Krubong, Malim, Ayer Keroh, Durian Tunggal,Melaka tengah, alor gajah
Penghantaran : seluruh Malaysia






No comments:

Post a Comment